Kapan merujuk kepada kain pembalut mayat. Kain kafan biasanya dipilih bewarna putih bagi melambangkan kesucian. Tradisi ini terdapat dalam agama samawi.
Islam
Dalam upacara pengebumian Islam, mayat wajib dikapankan selepas dimandikan dan sebelum disolatkan. Proses pembalutan mayat menggunakan kain kapan ini digelar 'takfeen'.
Cara pembalutan kapan dan bahan serta warna kain digunakan untuk pembalutan ini boleh berbeza mengikut tempat dan situasi dari masa ke semasa. Meskipun demikian, aspek penting pada cara pembalutan dan bahan digunakan adalah kafan seharusnya mudah/tidak terikut dengan cara pemakaian mayat yang amat menonjol. Kain yang digunakan untuk tujuan ini seharusnya tidak terlalu menyerlah. Oleh sebab itu jugalah kebanyakan mayat Muslim dibalut dengan kain putih mulus yang diperbuat dari kapas asli. Kain kapan yang hendak membaluti mayat juga adalah digalakkan untuk disembur/dicalitkan haruman yang tidak mengandungi alkohol dan bahan terlarang (haram) dalam Islam. [1]
Kain kapan yang wajibnya cuma selapis. Namun sunat digunakan tiga kain kapan untuk mayat lelaki dan lima untuk perempuan. Belanja kain kapan dan lain-lain berhubung dengannya hendaklah dari harta si mati (harta suami jika isteri dan harta bapa jika anak).[2]
Mayat askar/tentera atau warga Muslim yang mati di medan perang kerana berjuang untuk mendaulatkan syariat Islam, negara dan bangsa kerana Allah s.w.t. tidak perlu untuk dimandikan, dikapankan dengan kain putih atau disolatkan. Cukuplah mayat orang yang mati syahid itu dikebumikan sahaja dengan pakaian yang sedang dipakainya. Begitu juga orang yang meninggal dalam ihram dikafankan dengan kain ihramnya sahaja.[3]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Sahih Muslim Volume 2, Book 23, Number 353-358
- ^ Cara Mengkafan Diarkibkan 2011-07-11 di Wayback Machine Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
- ^ Sa'id bin Ali bin Wahf Al-Qahthani, Dr.Sa'id A. WQahthani. Ensiklopedi shalat: menurut al-Qur'an dan as-Sunnah, Jilid 3. Bab ke-15: Mengkafani Jenazah. 2006.