Kad tebuk (atau kad Hollerith atau kad IBM) ialah kadbod yang mengandungi maklumat digital yang diwakili oleh kewujudan atau ketiadaan lubang pada kedudukan pratertakrif. Ia ialah suatu bahantara perakaman yang hampir usang.
Kad tebuk digunakan secara meluas pada sepanjang abad ke-19 untuk mengawal mesin tenun tekstil dan pada sepanjang abad ke-20 untuk input, pemprosesan, dan storan data dalam mesin rakaman unit.
Komputer digital yang awal menggunakan kad tebuk sebagai bahantara utama untuk memasukkan kedua-dua atur cara dan data melalui mesin kekunci tebuk secara luar talian. Sesetengah mesin undi pernah menggunakan kad tebuk.
Lihat juga
- Imej kad
- Pengaturcaraan komputer dalam era kad tebuk
- Sejarah perkakasan pengkomputan
- Storan data kertas
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Punched cards |
- UNIVAC Punch Card Gallery (Menunjukkan contoh kedua-dua potongan penjuru kiri dan kanan.)
- Cardamation - sebuah syarikat A.S. yang masih menyediakan peralatan dan bekalan kad tebuk setakat 2008
- Sebuah Pelagak Kad Tebuk
Rencana ini pada asalnya berdasarkan bahan daripada Free On-line Dictionary of Computing yang dilesenkan di bawah GFDL.