K merupakan anime yang dihasilkan oleh studio GoHands dan diarahkan oleh Shingo Suzuki, yang juga adalah pereka watak untuk siri ini. Rancangan ini ditayangkan di MBS, CBC dan TBS di Jepun pada 4 Oktober. Syarikat penyiaran Animax Asia juga menyiarkan rancangan ini pada waktu yang sama.
Sekolah Tinggi Ashinaka dikenali kerana latarnya yang unik dimana seluruh kampus dibina di atas sebuah pulau. Yashiro Isana, (juga dikenali sebagai Shiro) sedang makan tengah hari dengan seekor kucing di atas bumbung sekolah. Shiro menjalankan tugas untuk rakannya, Kukuri tapi ketika dalam perjalanan, dia telah dikejar oleh beberapa orang lelaki. Kemudian, Shiro telah diselamatkan oleh Kuro Yatogami yang mendakwa bahawa dia mahu meletakkan satu pengakhiran kepada segala kejahatan.