KPop Demon Hunters | |
---|---|
Tiga orang ahli kumpulan Huntrix (from left to right: Mira, Rumi, and Zoey) berdiri di atas pentas sebagai pemburu syaitan bersenjata, berlatarkan paparan digital yang memaparkan kumpulan tersebut memakai busana normal sempena promosi jelajah dunia, dengan pemandangan bandar raya Seoul sebagai latar belakang. Poster keluaran | |
Pengarah | |
Lakon layar | |
Cerita oleh | Maggie Kang[1] |
Dihasilkan oleh | Michelle Wong[2] |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Nathan Schauf[3] |
Muzik oleh | Marcelo Zarvos[1] |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Netflix[1] |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 100 minit[5] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $100 juta+[6] |
Pecah panggung | $19.2 juta[7] |
KPop Demon Hunters adalah sebuah filem animasi bergenre fantasi dan muzikal[8][9][10] arahan Maggie Kang dan Chris Appelhans, berdasarkan lakon layar yang mereka tulis bersama dengan Danya Jimenez dan Hannah McMechan, berdasarkan cerita yang dicipta oleh Kang. Dihasilkan oleh Sony Pictures Animation untuk Netflix, filem ini disuarakan oleh Arden Cho, Ahn Hyo-seop, May Hong, Ji-young Yoo, Yunjin Kim, Daniel Dae Kim, Ken Jeong dan Lee Byung-hun, antara lainnya. Filem ini berkisarkan kumpulan wanita K-pop bergelar Huntr/x[a] yang menjalani kehidupan berganda sebagai pemburu syaitan dan berhadapan dengan persaingan daripada kumpulan lelaki Saja Boys yang terdiri daripada syaitan secara rahsia.
KPop Demon Hunters terhasil daripada hasrat Kang untuk mencipta cerita yang diilhamkan oleh warisan budaya keturunan Koreanya, menggunakan elemen mitologi, demonologi (ilmu berkenaan syaitan) dan K-pop untuk menghasilkan filem yang menonjol secara visual sambil berakar budaya. Filem itu dilaporkan akan diterbitkan di Sony Pictures Animation menjelang Mac 2021, melibatkan seluruh pasukan kreatifnya. Filem ini dianimasikan oleh Sony Pictures Imageworks dan dipengaruhi gaya oleh pencahayaan konsert, fotografi editorial, dan video muzik serta anime dan drama Korea. Runut bunyi menampilkan lagu asli oleh beberapa bakat, dan skor yang digubah oleh Marcelo Zarvos.
KPop Demon Hunters mula disiarkan di Netflix pada 20 Jun 2025, manakala versi sing-along (format sari kata lagu untuk nyanyian beramai-ramai) menerima tayangan teater terhad selama dua hari di negara-negara terpilih dari 23 hingga 24 Ogos 2025. Filem ini mendapat pujian kerana animasi, gaya visual, lakonan suara, penulisan dan muziknya, malah disifatkan sebagai "fenomena budaya" oleh pelbagai pihak. Ia menjadi karya asli (Netflix Original) yang paling banyak ditonton dalam sejarah Netflix dengan 266 juta tontonan, dan tayangan teater nyanyian bersamanya adalah yang paling luas untuk filem Netflix dan yang pertama menduduki tempat teratas box office di Amerika Syarikat, mengatasi Glass Onion: A Knives Out Mystery (2022). Runut bunyinya juga mengecapi kejayaan besar dengan mengungguli pelbagai carta muzik, termasuklah menjadi runut bunyi filem pertama di Billboard Hot 100 yang mempunyai empat buah lagu memasuki sepuluh teratas.
Plot
Pada zaman dahulu, kaum syaitan menangkap dan menyuapkan jiwa manusia kepada penguasa mereka, Gwi-Ma, sehingga tiga orang wanita terpilih menjadi pemburu syaitan dan mengurung kaum syaitan dengan penghalang ajaib yang dipanggil "Honmoon." Warisan mereka berterusan merentas generasi, dengan setiap trio baharu menggunakan suara nyanyian mereka untuk memelihara Honmoon dan berusaha mengukuhkannya menjadi Honmoon Emas, iaitu meterai pelengkap yang menghalang syaitan daripada memasuki dunia manusia secara berkekalan.
Pada masa kini, kumpulan gadis K-pop "Huntr/x" yang terdiri daripada Rumi, Mira dan Zoey, adalah trio pemburu syaitan terbaharu di bawah bimbingan Celine, pemburu terdahulu yang membesarkan Rumi. Selepas melengkapkan jelajah dunia mereka, Huntr/x mengeluarkan dan bersedia untuk persembahan langsung pertama single baharu, "Golden", sehingga Rumi mula kehilangan suara kerana warisan syaitan rahsianya, yang hanya Celine tahu. Sewaktu kecil, Rumi diberitahu oleh Celine bahawa belang-belang syaitan pada badannya akan terpadam apabila Honmoon bertukar menjadi emas.
Di dunia syaitan, Gwi-Ma semakin marah dengan kegagalan anak buahnya. Tampil sekumpulan syaitan berlima yang diketuai oleh bekas manusia Jinu, membentuk kumpulan lelaki K-pop bernama "Saja Boys" untuk mencuri peminat Huntr/x dan melemahkan Honmoon, sebagai pertukaran untuk Gwi-Ma memadamkan ingatan manusia Jinu. Huntr/x segera menyedari sifat-sifat syaitan Saja Boys dalam penampilan sulung mereka lalu pergi bertarung. Ketika bertarung, Jinu menyedari belang syaitan Rumi tetapi membantu menyembunyikannya daripada Mira dan Zoey. Tidak lama kemudian, Jinu pergi berjumpa dengan Rumi secara rahsia dan menceritakan bahawa syaitan diperhambakan oleh perasaan aib melalui suara dari Gwi-Ma, malah mendedahkan bahawa sekitar 400 tahun dahulu, dia menerima suara yang indah daripada Gwi-Ma untuk membawa dia sekeluarga keluar dari kemiskinan, tetapi kemudian dikutuk jatuh ke dunia syaitan, maka Jinu kini hidup dengan dibebani rasa bersalah atas kejatuhan keluarganya.
Menjelang Anugerah Idola, Huntr/x bergegas untuk menghasilkan lagu baharu, "Takedown", untuk mendedahkan Saja Boys yang sedang melonjak popularitinya. Mira mula curiga apabila Rumi mempersoalkan liriknya yang menaruh kebencian berlebihan terhadap syaitan. Berhadapan dengan kemelut identiti, Rumi memujuk Jinu untuk membantu Huntr/x memenangi Anugerah Idola dan menguatkan Honmoon supaya dia boleh hidup bebas di dunia manusia, malah menceritakan bahawa suaranya semakin lemah disebabkan rasa aibnya terhadap keturunan syaitannya, tetapi sembuh setelah meluahkan perasaan kepada Jinu. Jinu mengaku bahawa hatinya tidak diganggu lagi setelah didekati Rumi dan oleh itu bersetuju untuk mensabotaj Saja Boys. Gwi-Ma mengingatkan Jinu tentang perjanjian antara mereka serta hakikat bahawa Jinu sendiri meninggalkan keluarganya untuk hidup mewah, malah mengugut untuk mengganggu hatinya semula selagi tidak dipatuhi.
Di majlis Anugerah Idola, Saja Boys gagal menghadirkan diri, manakala Huntr/x mempersembahkan lagu "Golden" setelah mengetepikan "Takedown" atas perselisihan yang timbul. Bagaimanapun, syaitan penyamar yang dihantar oleh Jinu menyamar sebagai Mira dan Zoey untuk memperdaya Rumi untuk menyanyikan "Takedown", menyebabkan belang syaitan Rumi terbongkar. Rumi melarikan diri dari pentas dan bertembung dengan Mira dan Zoey sebenar yang terasa dikhianati setelah mengetahui bahawa Rumi keturunan syaitan dan berpakat sulit dengan Jinu. Dikecam oleh Rumi kerana menipu, Jinu pun mengaku berbohong tentang masa silamnya. Gwi-Ma memukau Mira, Zoey dan orang ramai untuk menghadiri persembahan akhir Saja Boys yang bertujuan menghancurkan Honmoon yang sudah lemah dan oleh itu membebaskan dirinya. Rumi pergi menyeru Celine sekuat hati untuk menamatkan hayatnya, namun Celine enggan dan sebaliknya berikrar untuk merahsiakan peristiwa berkenaan. Rumi mengecam Celine kerana tidak pernah menyayanginya dengan ikhlas.
Rumi mengganggu persembahan Saja Boys dan memecahkan pukauan Gwi-Ma dengan sebuah lagu baharu yang mengenai keaiban dan penerimaan diri. Kumpulan Huntr/x bersatu semula untuk melawan dan membebaskan orang ramai. Jinu bertaubat dan mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Rumi daripada Gwi-Ma dengan menyerahkan jiwa yang baru dipulihkan, maka Huntr/x berdaya mengalahkan Gwi-Ma dan Saja Boys, mengurung semula kaum syaitan dan mencipta Honmoon baharu.
Setelah itu, Rumi tidak lagi malu dengan belangnya, berbaik semula dengan Mira dan Zoey, dan mereka bertiga kemudian bertemu dengan peminat secara terbuka.
Pelakon suara
- Arden Cho sebagai Rumi, vokalis utama dan ketua Huntr/x yang bersenjatakan pedang saingeom.[13][14] Rumi merupakan anak kepada bapa syaitan dan mendiang ibu Ryu Mi-yeong, bekas pemburu syaitan dan idola K-pop.[15][16]
- Suara nyanyian oleh Ejae.
- Rumi Oak sebagai Rumi kecil.
- May Hong sebagai Mira, ahli visual dan penari utama Huntr/x,[16] yang bersenjatakan lembing gokdo.[13][14] Berlatar belakang golongan kaya tetapi dianggap "kambing hitam" dalam keluarga kerana sifatnya yang suka melawan.[16]
- Suara nyanyian oleh Audrey Nuna.
- Ji-young Yoo sebagai Zoey, rapper utama, penulis lirik, dan ahli bongsu (maknae) Huntr/x,[16] yang bersenjatakan pisau lontaran shinkal.[13][14] Zoey adalah warganegara Amerika keturunan Korea yang dibesarkan di Burbank.[16][17]
- Suara nyanyian oleh Rei Ami.
- Ahn Hyo-seop sebagai Jinu, ketua Saja Boys dan syaitan yang dihantui masa lampau. Ditemani harimau biru belaan dan murai bermata enam.[18]
- Suara nyanyian oleh Andrew Choi.
- Yunjin Kim sebagai Celine, bekas pemburu syaitan dan idola K-pop yang menjaga Rumi.[16][17]
- Suara nyanyian oleh Lea Salonga.[19]
- Joel Kim Booster sebagai Romance Saja
- Suara nyanyian oleh Samuil Lee.
- Alan Lee sebagai Mystery Saja
- Suara nyanyian oleh Kevin Woo.
- SungWon Cho sebagai Abby Saja[16][20][b]
- Suara nyanyian oleh Neckwav.
- Baby Saja: Suara nyanyian oleh Danny Chung.
- Daniel Dae Kim sebagai "Healer Han", seorang doktor.[16][17]
- Ken Jeong sebagai Bobby, ejen dan pengurus Huntr/x.[16][17]
- Lee Byung-hun sebagai Gwi-Ma, raja syaitan yang berupa mulut raksasa berapi.[16] Lee menyandang watak ini dalam alih suara bahasa Korea.[22][23]
Penerbitan
Pembangunan
Pada Mac 2021, sebuah filem dengan tajuk kerja K-Pop: Demon Hunters diumumkan sedang diusahakan oleh Sony Pictures Animation, diarah oleh Maggie Kang dan Chris Appelhans bersama pasangan penulis skrip Hannah McMechan dan Danya Jimenez, dan Aron Warner dan Michelle LM Wong selaku penerbit.[4][24] Mingjue Helen Chen dan Ami Thompson juga masing-masing dinyatakan sebagai pereka produksi dan pengarah seni.[4]
Kang selaku pencipta ingin membuat filem yang berlatarkan budaya Korea, di mana beliau mendalami mitologi dan ilmu pengetahuan berkenaan syaitan untuk menghasilkan karya visual yang cukup unik jika dibandingkan dengan media arus perdana.[25] Kang juga menggelar filem itu sebagai "surat cinta" kepada K-pop dan asal-usulnya dari Korea.[4] Berkenaan reka bentuk watak-watak, Kang mengidamkan jenis watak yang santai dan menyeronokkan, jauh berbeza daripada wirawati Marvel yang sekadar gasak dan seksi, tetapi akhirnya membuahkan watak yang merangkumi kesemua sifat tersebut.[26] Beliau juga dipengaruhi oleh Bong Joon Ho yang dikatakan bijak menghidupkan filemnya dengan menyusuh bermacam-macam suasana.[25] Appelhans menyusul setelah diberitahu Kang tentang idea awal, walhal beliau merancang untuk berehat panjang selepas mengarahkan Wish Dragon (2021).[25] Appelhans menyatakan hasratnya untuk menghasilkan filem tentang "kuasa muzik" yang memupuk kebahagiaan dan perpaduan masyarakat.[4] Kang menceritakan bahawa bahawa mereka mendalami budaya wanita bomoh Korea untuk sejarah pemburu syaitan, kerana golongan tersebut selalunya menyanyi sambil menari untuk melindungi masyarakat.[27]
Ketiga-tiga ahli Huntr/x direka berdasarkan kumpulan gadis K-pop seperti Itzy, Blackpink dan Twice, malah Kang mengulas bahawa 2NE1 dan Blackpink dijadikan rujukan awal.[28] Watak Mira diilhamkan oleh peragawati Korea, Ahn So-yeon. [29] Kumpulan Saja Boys pula diilhamkan oleh kumpulan lelaki Korea seperti Tomorrow X Together, BTS, Stray Kids, Ateez, BigBang, dan Monsta X.[30] Pelakon dan penyanyi Korea, Cha Eun-woo adalah pengaruh utama bagi Jinu, ketua kumpulan itu.[31] Jinu satu-satunya ahli Saja Boys yang mempunyai nama sebenar manakala ahli-ahli lain diberi nama yang lebih menggambarkan arketaip K-pop.[32] Baek Byung-yeul dari akhbar The Korea Times menyatakan bahawa kedua-dua kumpulan digayakan dengan ciri-ciri Korea zaman silam dan kini, di mana ahli Huntr/x memakai loket norigae yang disebatikan dengan fesyen K-pop terkini, manakala Saja Boys yang memakai hanbok hitam dan topi bulu kuda tradisional ketika mendendangkan "Your Idol", membayangkan jeoseung saja, iaitu malaikat maut dalam budaya Korea.[14] Malah, senjata-senjata yang digunakan oleh Huntr/x pun berakarkan perkakas tradisional Korea.[14]
Max Kim dari Los Angeles Times mendapati ilham sejarah yang dipetik daripada artis-artis yang dijulang sebagai perintis K-pop, seperti Jeogori Sisters, The Kim Sisters dan S.E.S.[33] Kang menyerlahkan peralihan visual pada reka bentuk watak seperti Saja Boys yang bermula dengan penampilan serba manis dan beransur-ansur menjadi gelap.[34] Appelhans mengulas, antara cabaran reka bentuk yang dihadapi adalah dari segi kostum yang juga digunakan sebagai plot point, misalnya busana serba emas yang dipakai semasa lagu "Golden" melambangkan cita-cita Huntr/x menggapai kesempurnaan dan kebebasan dari cacat cela,[34] tetapi pada penghujung babak kedua, cita-cita itu digambarkan malap apabila Rumi merana kerana kehidupan yang hancur berkecai. [34]

Hanh Nguyen untuk majalah Salon menunjukkan bahawa bahawa watak pasangan harimau dan murai belaan Jinu (masing-masing dinamakan Derpy dan Sussie oleh pasukan kreatif) adalah berasaskan seni tradisional minhwa, khususnya genre Hojak-do yang menggandingkan harimau, burung murai dan pokok pain, dan semakin diwarnai unsur satira menjelang abad ke-17.[18][35] Park Han-sol dari The Korea Times menulis bahawa seni minhwa selalunya berunsur seloroh di mana watak harimau dan murai menyampaikan kritikan tersirat terhadap pihak pemerintah.[36] Pelukis papan cerita Radford Sechrist menjelaskan bahawa warna biru cerah Derpy mungkin adalah input daripada jurureka produksi Helen Mingjue Chen yang ingin menyuntik keajaiban pada harimau itu, di samping juga mengesahkan bahawa Sussie mempunyai enam biji mata, tiga di setiap sisi.[18] Kang menerangkan bahawa Derpy pada mulanya dibuahkan sebagai "watak suka-suka" tanpa peranan yang nyata, tetapi tidak diingini sebagai sekadar pembantu.[18] Idea menjadikan Derpy sebagai haiwan belaan Jinu didatangkan dari lukisan Chen tentang "patung harimau menjadi hidup" bersebelahan dengan Jinu baju terbuka, dan akhirnya Derpy diolah sebagai utusan yang menghubungkan Jinu dan Rumi, diiringi oleh watak burung.[18] Tambah Kang lagi, Derpy dan Sussie bukan syaitan walaupun "hidup di antara dua dunia".[37]
Pemilihan pelakon
Barisan pelakon suara watak dan suara nyanyian dipilih pada masa yang berasingan, di mana pemilihan penyanyi terdahulu.[8] Ejae pada asalnya dibawa ke dalam produksi sebagai pencipta lagu sebelum ditawarkan peranan suara nyanyian Rumi; dalam temu bual dengan komuniti dalam talian Genius Korea, Ejae berpendapat beliau terpilih kerana para pengarah sudah terbiasa mendengar suaranya dalam demo.[8][38] Arden Cho, pelakon suara Rumi, pada mulanya mengikuti uji bakat untuk watak Celine, hanya kemudian mencuba untuk watak Rumi kerana dorongan pengarah bersama Maggie Kang.[39] Untuk peranan Gwi-Ma pula mula-mula terbayangkan Park Jin-young kerana watak itu pada mulanya berkonsepkan perwatakan yang lebih ranggi dan lawak, tetapi akhirnya ditukar kerana Gwi-Ma diperhalusi menjadi watak antagonis tradisional yang mengancam dan oleh itu ditugaskan kepada Lee Byung-hun.[40][41] Pada April 2025, Ji-young Yoo telah diturunkan untuk membintangi filem itu sebagai Zoey.[42][43] Selebihnya pelakon diumumkan lewat bulan itu. [1]
Animasi
Filem ini dianimasikan oleh Sony Pictures Imageworks di cawangan Vancouver dan Montreal dengan Josh Beveridge sebagai ketua animasi watak.[25] Appelhans menegaskan inspirasi diambil daripada video muzik, foto-foto editorial, drama korea, tata cahaya konsert, dan sentuhan anime.[25] Kang pula menjelaskan bahawa setelah menonton filem Spider-Verse, juga terbitan Sony, yang dianimasikan dalam gabungan 2D dan 3D, keputusan diambil untuk "melangkah maju" dari setiap elemen 2D serta memetik inspirasi banyak-banyak daripada rupa bentuk dan suasana anime untuk diolah menjadi versi CG.[25] Beveridge juga menyatakan inspirasi "estetik 2D tetapi dengan bahasa tiga dimensi" dan bahawa filem itu harus mempunyai "rupa grafik yang sangat berani".[25]
Beveridge juga mengetengahkan peralihan wajah watak-watak untuk mencerminkan nada filem, baik "saat kegemilangan" mereka sebagai bintang pop dalam dunia animasi, ataupun wajah "agresif" yang semakin cengkung dan berkerut, mahupun bentuk chibi dengan kecomelan yang berlebihan.[25] Kang menekankan bahawa seluruh kakitangan berusaha untuk menggambarkan identiti Korea secara autentik melalui animasi watak seperti "bentuk mulut dan bentuk mata yang sangat bercirikan Korea".[34] Walaupun watak-wataknya berbahasa Inggeris, Kang menjelaskan bahawa juruanimasi telah mengolah bentukan mulut yang hanya boleh dilakukan oleh orang Korea dalam bahasa Korea.[34]
Muzik
Berkenaan perbezaan lagu Huntr/x dengan Saja Boys, Appelhans menjelaskan bahawa pihaknya mengingingkan lagu Saja Boys menangkap telinga tetapi tidak terasa jiwa yang mendalam, berbeza dengan lagu Huntr/x yang tulus dan terdedah kepada emosi, iaitu "hati tergilakan lelaki di luar, disentuh wanita di dalam."[28] Lagu-lagu asli untuk filem ini digubah oleh Danny Chung, Ido, Vince, Kush, Ejae, Jenna Andrews, Stephen Kirk, Lindgren, Mark Sonnenblick, dan Daniel Rojas; dan diterbitkan oleh Teddy Park, 24, Ido, Dominsuk, Andrews, Kirk, Lindgren, dan Ian Eisendrath, sementara Marcelo Zarvos menyusun skor. Runut bunyi yang turut menampilkan suara Ejae, Audrey Nuna, Rei Ami, Andrew Choi, Kevin Woo, samUIL Lee, Neckwav dan Lea Salonga, dikeluarkan pada 20 Jun 2025 dengan single pertama "Takedown" dipersembahkan oleh Jeongyeon, Jihyo dan Chaeyoung dari Twice.[43][44][45]
Di Amerika Syarikat, albumnya mencatatkan kemasukan carta tertinggi Billboard 200 untuk runut bunyi yang dikeluarkan pada tahun 2025 dengan muncul di tangga kelapan, malah merupakan runut bunyi pertama tahun 2025 yang mencapai sepuluh teratas.[46] Ia juga merupakan album runut bunyi filem animasi tertinggi dalam carta sejak Spider-Man: Across the Spider-Verse (2023) di nombor tujuh, serta runut bunyi Netflix pertama yang menduduki kemuncak Top Soundtracks sejak Stranger Things: Soundtrack dari Siri Netflix, Musim 4 (2022).[47] Laporan BBC menunjukkan bahawa lagu "Golden" oleh Huntr/x dan "Your Idol" oleh Saja Boys telah menungguli carta artis Spotify AS, di mana Huntr/x menduduki tangga kedua kumpulan K-pop wanita mengatasi Blackpink, sementara Saja Boys menjadi juara carta kumpulan K-pop lelaki mengatasi BTS.[48]
Single kedua "Golden" lama-kelamaan menjuarai carta Billboard Global 200[49] dan juga Billboard Hot 100 di AS.[50] Di Korea Selatan, "Golden" juga menjadi lagu ketiga yang mencapai di Korea Selatan menjadi lagu ketiga yang mencapai perfect all-kill pada tahun 2025,[51] apatah lagi memecahkan rekod perfect all-kill terbanyak setiap jam sepanjang zaman.[52] Selain itu, runut bunyi KPop Demon Hunters menjadi runut bunyi pertama yang mempunyai empat lagu dalam paras 10 teratas sepanjang sejarah Billboard Top 100, iaitu "Golden", "Your Idol", "Soda Pop", dan "How It's Done".[53] Ia merupakan runut bunyi filem pertama sejak Waiting to Exhale (1995) yang menampilkan sekurang-kurangnya tiga buah lagu dalam 10 teratas.[54]
Keluaran
Apabila filem itu mula-mula diumumkan pada Mac 2021, jadual tayangannya belum ditetapkan.[4] Kemudian pada bulan yang sama, filem itu disenaraikan untuk suatu peringkat tayangan pawagam, belum tentu umum atau terhad.[24] Pada April 2022, dilaporkan bahawa filem ini telah didaftarkan oleh Netflix[55][56] dan disahkan akan distrimkan pada Februari 2023, menurut temu bual Business Insider dengan Ketua Pegawai Eksekutif filem Sony Pictures, Tom Rothman.[57]
Sony telah memeterai perjanjian berganda dengan Netflix pada tahun 2021.[58][59][6] Menurut Matthew Belloni dari laman web Puck, ini termasuklah perjanjian tayangan pawagam bersama Netflix, di samping perjanjian 'terus ke platform' berasingan di mana Sony mencadangkan projek filem tertentu kepada Netflix terlebih dahulu, baik animasi mahupun lakonan hidup, dan Netflix pula menjamin untuk meluluskan sejumlah minimum filem untuk diusahakan bersama sambil memegang hak kata putus selaku pengedar.[6] KPop Demon Hunters adalah antara tajuk yang dihasilkan di bawah perjanjian terus ke platform ini. Belloni melaporkan bahawa di bawah syarat perjanjian tersebut, Sony akan dibayar premium yang telah dirundingkan berdasarkan belanjawan untuk filem, yang mana sesetengah pihak menduga bahawa premium itu adalah 25 peratus daripada belanjawan tetapi tidak melebihi $20 juta setiap filem, malahan Netflix akan mengekalkan semua hak pengedaran dan tidak membahagikan keuntungan.[6] Pamela McClintock dari The Hollywood Reporter menekankan bahawa Netflix menanggung keseluruhan belanjawan $100 juta selain membayar Sony sebanyak $25 juta, malah Sony juga menerima sebahagian hasil jualan runut bunyi dan yuran penerbitan muzik untuk lagu tertentu, manakala Netflix membayar sebahagian pendapatan kepada syarikat animasi Sony.[60]
Pada Jun 2024, filem ini diumumkan akan ditayangkan pada 2025.[61] Pada April 2025, seorang animator mendedahkan bahawa ia akan ditayangkan pada bulan Jun, kemudian tarikh tayangan disahkan jatuh pada 20 Jun 2025.[1] Selain daripada penstriman di Netflix, KPop Demons Hunters mendapat tayangan terhad di pawagam-pawagam terpilih di negeri-negeri New York dan California. Menurut Billboard, keluaran ini sudah memadai untuk memenuhi syarat ketat kelayakan anugerah yang ditetapkan Akademi Seni & Sains Filem.[62] Filem ini juga dikeluarkan dalam versi sing-along di pawagam terpilih di Amerika Utara, UK, Australia, dan New Zealand pada 23–24 Ogos 2025,[63][64][65][66] kemudian dikeluarkan di Netflix.[67]
Sambutan
Penontonan
Pada 29 Julai 2025, Netflix mengumumkan bahawa KPop Demon Hunters telah menjadi filem animasi asli Netflix yang paling banyak ditonton sepanjang zaman.[68][69] Kemudian dilaporkan pada 26 Ogos bahawa KPop Demon Hunters telah mengatasi Red Notice (2021) sebagai filem yang paling kerap ditonton di platform itu, iaitu ditonton sebanyak 236 juta kali dalam tempoh sepuluh minggu selepas tayangan perdana.[70][71] Pada 3 September, dilaporkan bahawa KPop Demon Hunters telah melepasi 266 juta tontonan, mengatasi musim pertama Squid Game untuk menjadi karya Netflix yang paling banyak ditonton dalam sejarah.[72]
Kutipan pawagam
KPop Demon Hunters versi sing-along mula ditayangkan di pawagam pada 23 Ogos 2025[73][74] dengan ramalan kutipan dalam $18–20 juta daripada 1,700 pawagam pada hujung minggu pembukaannya.[75] Ini merupakan tayangan pawagam terluas untuk filem terbitan Netflix, jauh mengungguli 698 pawagam yang menayangkan Glass Onion: A Knives Out Mystery (2022). Inilah filem Netflix pertama yang menjuarai carta kutipan hujung minggu,[76] serta tayangan pawagam terbaik buat platform berkenaan, sekali lagi mengatasi Glass Onion ($13.1 juta pada 2022).[77] Walau bagaimanapun, Netflix memilih untuk tidak melaporkan hasil kasar.[74]
Di pasaran domestik Amerika Syarikat dan Kanada, KPop Demon Hunters mengutip sebanyak $19.2 juta selama dua hari daripada 1,700 buah pawagam,[7][77] mengungguli filem seram Weapons.[77] Jeremy Fuster dari TheWrap menyatakan bahawa walaupun KPop Demon Hunters sudah keluar di penstriman pada Jun 2025, namun tayangan pawagamnya yang terhad diramal mengatasi kutipan tiga hari pembukaan filem animasi lain The Bad Guys 2 ($22 juta) dan Elio ($20.8 juta). Memandangkan tiada filem animasi yang mengatasi kutipan $100 juta dalam pasaran domestik pada tempoh musim panas tahun 2025,[c] Fuster berpendapat bahawa KPop Demon Hunters harusnya melepasi boleh paras itu walaupun popularitinya sudah melonjak kerana keluar di Netflix.[78]
Matt Schimkowitz dari The AV Club mengulas bahawa walaupun Netflix secara amnya tidak menayangkan filem di pawagam, namun peluang tayangan terhad memperoleh permintaan tinggi daripada penonton yang besar kemungkinan sudah menontonnya di Netflix.[75] Ben Fritz dari The Wall Street Journal sependapat dengan menyatakan bahawa Netflix secara amnya menghindari tayangan pawagam kecuali tayangan terhad untuk kelayakan anugerah serta "memuaskan hati para penggiat filem terulung [yang berpendapat tayangan penstriman merendahkan maruah filem berbanding tayangan pawagam]."[76] Keputusan untuk menayangkan KPop Demon Hunters di pawagam didatangkan dengan sanjungan tinggi yang dikecapinya.[76]
Ulasan dan kritikan
KPop Demon Hunters menerima sanjungan yang meluas daripada pengkritik mahupun penonton[79][80][81] yang memuji animasi, muzik, lakonan suara dan penceritaannya.[82] Laman web agregator ulasan Rotten Tomatoes mencatatkan bahawa 97 peratus daripada 71 ulasan pengkiritk adalah positif, dengan konsensus yang menyifatkan KPop Demon Hunters sebagai tontonan seisi keluarga yang meriah, dilengkapi runut bunyi yang mantap, sementara pesaingnya Metacritic yang menggunakan kiraan purata berwajaran (weighted average) mencatatkan markah 77 per 100 daripada 8 ulasan, menandakan ulasan rata-rata positif. Filem ini diuar-uarkan sebagai "fenomena kebudayaan" oleh pelbagai saluran media yang rata-rata menekankan runut bunyi, watak, dan jalan cerita, di samping penghormatan kepada anime dan representasi "fandom" dan budaya Asia yang dianggap kunci kejayaannya.[83][84][85] Kecemerlangan filem penstriman ini disifatkan sebagai luar jangkaan sehingga dibanding-bandingkan dengan Encanto (2021) oleh Disney.[86]
Nota
- ^ Disebut "Huntrix" (/ˈhʌntrɪks/).[11][12]
- ^ Juga digelar Abs Saja.[21][20]
- ^ Filem animasi terkini yang mencecah $100 juta setakat ini ialah Despicable Me 4 (2024).
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i j k Hatchett, Keisha (April 24, 2025). "Demon Hunters, Arriving This Summer, Unveils Full Voice Cast". Tudum. Netflix. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2025. Dicapai pada April 24, 2025. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Voice Cast Netflix PR" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Three producers pull back the curtain on the work they did to earn the Producers Mark" (PDF). On The Mark. Producers Guild of America. May 2025. m/s. 36–37. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada August 2, 2025.
- ^ "Nathan Schauf". Sony Pictures Animation. Diarkibkan daripada yang asal pada July 2, 2025. Dicapai pada June 16, 2025.
Nathan Schauf is a lead editor at Sony Pictures Animation, most recently working on the studio's highly anticipated feature film 'KPop Demon Hunters.'
- ^ a b c d e f Donnelly, Matt (March 8, 2021). "Animated Musical About Demon Hunting K-Pop Girl Group in the Works at Sony (EXCLUSIVE)". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2024. Dicapai pada March 15, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Variety-2021" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "KPop Demon Hunters (PG)". British Board of Film Classification (dalam bahasa Inggeris). June 19, 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2025. Dicapai pada 20 Jun 2025.
- ^ a b c d Belloni, Matthew (August 15, 2025). "The Tragedy of 'KPop Demon Hunters'". Puck (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 15, 2025. Dicapai pada August 15, 2025.
- ^ a b "KPop Demon Hunters – Financial Information". The Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada August 26, 2025. Dicapai pada August 26, 2025.
- ^ a b c (Temu ramah). Diarkibkan daripada yang asal
|archive-url=
requires|url=
(bantuan) pada July 31, 2025. Missing or empty|title=
(bantuan) Ralat petik: Tag<ref>
tidak sah, nama "ForbesCasting" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Kim, Jeong-eon (July 11, 2025). "K-pop idols shine in Netflix's animated film 'K-Pop Demon Hunters'". ChosunBiz. Diarkibkan daripada yang asal pada August 6, 2025. Dicapai pada August 6, 2025.
- ^ Singer, Emma (July 21, 2025). "10 Best Netflix Anime to Watch After KPop Demon Hunters". Comic Book Resources. Diarkibkan daripada yang asal pada July 22, 2025. Dicapai pada August 6, 2025.
- ^ Pasia, Nicole; Angela, Lim (July 15, 2025). "Why 'KPop Demon Hunters' is the pop-culture event of the summer". Seattle Times. Diarkibkan daripada yang asal pada July 21, 2025. Dicapai pada August 2, 2025.
- ^ Branigin, Anne (August 13, 2025). "Fictional K-pop trio hits No. 1 on Billboard Hot 100". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Diarkibkan daripada yang asal pada August 13, 2025. Dicapai pada August 13, 2025.
- ^ a b c Huyendo (June 30, 2025) [June 25, 2025]. "K-Pop Demon Hunters Concept Art Sparks Frenzy with Stunning Korean-Inspired Weapon Designs". KBIZoom. Diarkibkan daripada yang asal pada July 24, 2025. Dicapai pada July 18, 2025.
- ^ a b c d e Baek, Byung-yeul (June 23, 2025). "'KPop Demon Hunters' takes world by storm, combining K-pop energy with Korean heritage". The Korea Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada June 26, 2025. Dicapai pada June 24, 2025.
- ^ Myriam (July 3, 2025). "Glossaire complet des termes et mythologies coréennes de « KPop Demon Hunters » expliqué" [Complete Glossary of Korean Terms and Mythologies from 'KPop Demon Hunters' Explained]. K-Sélection. Diarkibkan daripada yang asal pada July 24, 2025. Dicapai pada July 22, 2025.
- ^ a b c d e f g h i j Bose, Pallabi (July 1, 2025). "Meet the cast of KPop Demon Hunters: The voice actors and singers behind the animated hit". Prestige. Diarkibkan daripada yang asal pada August 2, 2025. Dicapai pada July 28, 2025.
- ^ a b c d Hatchett, Keisha (June 19, 2025). "KPop Demon Hunters: Meet the Killer Voice Cast of the Animated Film". Tudum. Netflix. Diarkibkan daripada yang asal pada June 19, 2025. Dicapai pada July 28, 2025.
- ^ a b c d e Nguyen, Hanh (July 2, 2025). ""KPop Demon Hunters": Jinu's seriously derpy tiger origin story". Salon.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 25, 2025. Dicapai pada July 2, 2025.
- ^ Isaac, Raymund (June 22, 2025). "Lea Salonga credited in Netflix's 'KPop Demon Hunters' sebagai singing voice of Celine". GMA News. Diarkibkan daripada yang asal pada July 29, 2025. Dicapai pada July 27, 2025.
- ^ a b DeGrushe, Allison (July 9, 2025). "'KPop Demon Hunters' cast and character guide: Meet the voice actors bringing the singers and demons to life". Entertainment Weekly (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 23, 2025. Dicapai pada July 29, 2025.
- ^ Cho, SungWon [@prozdishere.bsky.social] (June 20, 2025). "I voice ABS SAJA (yes that's his name) of the SAJA BOYS in KPOP DEMON HUNTERS, the movie is out now on @netflix.com, this was a lot of fun to work on and the animation looks absolutely gorgeous". Bluesky Social. Diarkibkan daripada yang asal pada July 8, 2025 – melalui Bluesky.
- ^ Yu, Ji-hee (June 20, 2025). "이병헌, 메인 빌런으로 변신...애니 '케이팝 데몬 헌터스' 더빙 참여" [Lee Byung-hun transforms into the main villain ... Participates in dubbing for the animation 'KPop Demon Hunters']. Ilgan Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada July 24, 2025. Dicapai pada July 23, 2025.
- ^ Park, Soo-yeon (July 3, 2025). "이병헌, '귀마'의 목소리..."영어 더빙, 어려웠지만" (케데헌)" [Lee Byung-hun, the voice of 'Gwi-Ma' ... "English dubbing was tough" (KDH)]. Dispatch . Diarkibkan daripada yang asal pada July 3, 2025. Dicapai pada July 23, 2025.
- ^ a b "Film and TV Projects Going Into Production – K-Pop: Demon Hunters". Variety Insight. Diarkibkan daripada yang asal pada March 15, 2021. Dicapai pada March 15, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Variety Insight-2021" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d e f g h Gaur, Ryan (June 13, 2025). "The Directors of 'KPop: Demon Hunters' Take Us Backstage of Their Netflix/Sony Showstopper". Animation Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada June 17, 2025. Dicapai pada June 17, 2025. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Gaur-2025" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Romano, Nick (May 22, 2025). "KPop Demon Hunters trailer reveals a fiend-fighting girl group in pop-powered animated musical (exclusive)". Entertainment Weekly. Dotdash Meredith. Diarkibkan daripada yang asal pada July 25, 2025. Dicapai pada June 17, 2025.
- ^ Hullender, Tatiana (June 20, 2025). "KPop Demon Hunters Creators Tease Potential Sequel & Cast Reveal Their K-pop Biases". Screen Rant (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2025. Dicapai pada June 24, 2025.
- ^ a b Bell, Crystal (July 9, 2025). "How 'K-pop Demon Hunters' became a love letter to K-pop and its fandom". Mashable (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 16, 2025. Dicapai pada July 9, 2025. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "mashable" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Kim, Na-yeon (June 23, 2025). "'keipab demon heonteoseu' gamdog "sajaboijeu jin-u, cha-eun-ue yeong-gambad-a"" '케이팝 데몬 헌터스' 감독 "사자보이즈 진우, 차은우에 영감받아" ['Kpop Demon Hunters' Director: "Saja Boys' Jinu inspired by Cha Eun-woo"]. Star News. Diarkibkan daripada yang asal pada July 2, 2025. Dicapai pada June 23, 2025 – melalui Naver.
- ^ (Temu ramah). Diarkibkan daripada yang asal
|archive-url=
requires|url=
(bantuan) pada July 16, 2025. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ Wanametin, Thanayut (June 23, 2025). "H̄l̀x cn t̄hūk nả mā pĕnt̂n bæb! Cha Eunwoo h̄nụ̀ng nıere ngbạl dāl cı Jinu cāk K‑Pop Demon Hunters" หล่อจนถูกนำมาเป็นต้นแบบ! Cha Eunwoo หนึ่งในเเรงบัลดาลใจ Jinu จาก K‑Pop Demon Hunters [So handsome that he was used as a model! Cha Eunwoo, one of Jinu's inspirations from K-Pop Demon Hunters]. Elle Thailand (dalam bahasa Thai). Diarkibkan daripada yang asal pada June 26, 2025. Dicapai pada June 23, 2025.
- ^ Nguyen, Hanh (June 29, 2025). ""Keeping you obsessed": Netflix's demons vs. hunters movie captures the mystical allure of K-pop". Salon.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 23, 2025. Dicapai pada June 30, 2025.
- ^ Kim, Max (August 2, 2025). "South Koreans are obsessed with Netflix's 'K-pop Demon Hunters.' Here's why". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 11, 2025. Dicapai pada August 14, 2025.
- ^ a b c d e Bennett, Tara (June 21, 2025). "The Directors Of 'KPop Demon Hunters' Discuss The Unexpected Challenges Of Making An Animated K-Pop Film". Cartoon Brew (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 11, 2025. Dicapai pada June 24, 2025. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Bennett-2025" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Maggie Kang [@maggiemkang] (June 22, 2025). "And might as well give you the other one. The magpie's name is Sussie cuz it's always giving sus eyes. Derpy and Sussie" (Twit). Diarkibkan daripada yang asal pada July 5, 2025. Dicapai pada September 5, 2025 – melalui Twitter.
- ^ Park, Han-sol (July 4, 2025). "From tigers to grim reapers: Korean folklore easter eggs in 'KPop Demon Hunters'". The Korea Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 23, 2025. Dicapai pada July 7, 2025.
- ^ (Temu ramah). Diarkibkan daripada yang asal
|archive-url=
requires|url=
(bantuan) pada July 25, 2025. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ (Temu ramah). Diarkibkan daripada yang asal
|archive-url=
requires|url=
(bantuan) pada July 15, 2025. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ "'Kpop Demon Hunter' star Arden Cho gets candid about her characters; reveals she originally auditioned for Celine and not Rumi". Times of India. July 16, 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada July 19, 2025. Dicapai pada July 29, 2025.
- ^ Bakshi, Peuli (July 17, 2025). "Not Lee Byung Hun but THIS K-pop idol was first choice for KPop Demon Hunters' Gwi Ma role, director reveals". Pinkvilla. Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2025. Dicapai pada August 4, 2025.
- ^ Rai, Bhavya (July 16, 2025). "KPop Demon Hunters' Gwi Ma was originally envisioned to be a wannabe K-pop idol". Business Upturn. Diarkibkan daripada yang asal pada August 5, 2025. Dicapai pada August 4, 2025.
- ^ Cohen, David S.; Hendrickson, Paula; Idelson, Karen; Krewen, Nick; Longwell, Todd; Miller, Stuart (April 9, 2025). "Variety's Legal Impact Report 2025: Meet Hollywood's Top Entertainment Attorneys". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada April 23, 2025. Dicapai pada April 9, 2025.
- ^ a b Milligan, Mercedes (April 24, 2025). "Sony's 'KPop Demon Hunters' Cast, Music Roster & Netflix Premiere Date Revealed". Animation Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada May 30, 2025. Dicapai pada May 23, 2025. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Milligan" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Hatchett, Keisha (June 20, 2025). "KPop Demon Hunters: Inside the Animated Film's Electrifying Original Songs". Tundum (Press release). Netflix. Diarkibkan daripada yang asal pada June 25, 2025. Dicapai pada June 20, 2025.
- ^ Zachary, Brandon (June 20, 2025). "KPop Demon Hunters Soundtrack Guide: Every Song & When They Play". Screen Rant (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada June 21, 2025. Dicapai pada June 20, 2025.
- ^ Caulfield, Keith (June 29, 2025). "Morgan Wallen's 'I'm the Problem' Spends Sixth Week in a Row at No. 1 on Billboard 200". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada July 23, 2025. Dicapai pada June 29, 2025.
- ^ Grein, Paul (July 1, 2025). "'KPop Demon Hunters' Ends Hit Soundtrack Drought". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada July 24, 2025. Dicapai pada July 2, 2025.
- ^ Hoskins, Peter (July 4, 2025). "KPop Demon Hunters: Fictional K-pop bands beat BTS and Blackpink in US charts". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 2, 2025. Dicapai pada July 5, 2025.
- ^ Trust, Gary (July 14, 2025). "HUNTR/X's 'Golden,' From 'KPop Demon Hunters,' Hits No. 1 on Billboard Global Charts". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada July 24, 2025. Dicapai pada August 1, 2025.
- ^ Trust, Gary (August 11, 2025). "HUNTR/X's 'Golden' From 'KPop Demon Hunters' Hits No. 1 on Billboard Hot 100". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada August 11, 2025. Dicapai pada August 11, 2025.
- ^ Lim, M. (July 14, 2025). "HUNTR/X's "Golden" From "KPop Demon Hunters" Becomes 3rd Song To Achieve Perfect All-Kill In 2025". Soompi (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 16, 2025. Dicapai pada July 14, 2025.
- ^ Pascual, Pauline Joyce (August 12, 2025). "HUNTR/X's 'Golden' tops Billboard Hot 100, breaks Korea all-kill record". Daily Tribune (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 12, 2025. Dicapai pada August 12, 2025.
- ^ O'Connor, Roisin (August 26, 2025). "KPop Demon Hunters makes history on Billboard Hot 100". The Independent (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 27, 2025. Dicapai pada August 29, 2025.
- ^ Willman, Chris (August 25, 2025). "As 'Golden' Remains at No. 1, 'KPop Demon Hunters' Now Has Four Songs in the Hot 100's Top 10 — a Historic First for a Soundtrack". Variety (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 29, 2025. Dicapai pada August 29, 2025.
- ^ Moore, Kasey (February 17, 2023). "'K-Pop: Demon Hunters': Sony Animation Movie To Release Exclusively on Netflix". What's On Netflix. Diarkibkan daripada yang asal pada November 16, 2024. Dicapai pada April 22, 2025.
- ^ Milligan, Mercedes (April 13, 2022). "News Bytes: 'City of Ghosts' Nominated for Peabody, Sony's 'K-Pop' Might Groove on Netflix, 'Sonic 2' Blasts the BO & More". Animation Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada June 27, 2025. Dicapai pada April 22, 2025.
- ^ Atkinson, Claire (February 16, 2023). "Sony's movie chief talks China censorship, upcoming game adaptation 'Gran Turismo,' and how his studio is preparing for a potential Hollywood writers' strike". Business Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada May 30, 2025. Dicapai pada April 22, 2025.
- ^ "Sony Pictures enters a streaming deal with Netflix". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). April 8, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada May 9, 2025. Dicapai pada August 15, 2025.
- ^ Donnelly, Matt; Littleton, Cynthia (April 8, 2021). "Sony Pictures Moves Movie Output Deal From Starz to Netflix in Rich Pact". Variety (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 19, 2025. Dicapai pada August 15, 2025.
- ^ McClintock, Pamela (August 26, 2025). "'KPop Demon Hunters' Sequel Moving Ahead As Sony and Netflix Engage In Deal Talks". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 27, 2025. Dicapai pada August 27, 2025.
- ^ Grobar, Matt (June 6, 2024). "Maggie Kang & Chris Appelhans Directing Animated Feature 'K-Pop: Demon Hunters' For Netflix – First Look". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada June 21, 2025.
- ^ Grein, Paul (July 10, 2025). "'KPop Demon Hunters' Is a Streaming Phenomenon, So How Is It Eligible for Oscars? Here's How". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 25, 2025. Dicapai pada July 10, 2025.
- ^ Vlessing, Etan (August 12, 2025). "'KPop Demon Hunters' to Hit Theaters as Sing-Along Event". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 13, 2025. Dicapai pada August 12, 2025.
- ^ Hart, Aimee (August 13, 2025). "US cities are getting at least 4 different versions of the KPop Demon Hunters sing-along screenings". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 14, 2025. Dicapai pada August 13, 2025.
- ^ Badshah, Nadeem (August 13, 2025). "UK cinemas to host KPop Demon Hunters sing-alongs". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Diarkibkan daripada yang asal pada August 14, 2025. Dicapai pada August 13, 2025.
- ^ Brandle, Lars (August 15, 2025). "HOYTS to Exclusively Screen 'K-Pop Demon Hunters' Sing-Alongs". Variety Australia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 15, 2025. Dicapai pada August 15, 2025.
- ^ Oganesyan, Natalie (August 24, 2025). "'KPop Demon Hunters' Sing-Along Version To Debut On Netflix". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 25, 2025. Dicapai pada August 25, 2025.
- ^ Valdez, Nick (July 29, 2025). "Netflix Crowns Its New Most Watched Original Animated Movie of All Time". ComicBook.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 2, 2025. Dicapai pada July 29, 2025.
- ^ Briscuso, Lex (July 30, 2025). "Happy Gilmore 2 Secures Biggest U.S. Opening Weekend of All Time for a Netflix Film, KPop Demon Hunters Now the Most Popular Netflix Animated Film of All Time". IGN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 2, 2025. Dicapai pada July 30, 2025.
- ^ Lang, Brent (August 26, 2025). "'KPop Demon Hunters' Breaks Record As Netflix's Most-Watched Movie Ever". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada August 27, 2025. Dicapai pada August 26, 2025.
- ^ Roeloffs, Mary Whitfill (August 26, 2025). "'KPop Demon Hunters' Breaks Record As Netflix's Most-Watched Movie Ever". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada August 28, 2025. Dicapai pada August 26, 2025.
- ^ Hwiseon, Yeon (September 3, 2025). "KPop Demon Hunters surpasses Squid Game in Netflix viewership". The Chosun Ilbo. Dicapai pada September 6, 2025.
- ^ "Netflix's KPop Demon Hunters' Tops Box Office in Rare Event". Bloomberg News. August 24, 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada August 24, 2025. Dicapai pada August 24, 2025.
- ^ a b Rubin, Rebecca (August 24, 2025). "Box Office: Netflix's 'Kpop Demon Hunters' Leads With Estimated $18 Million Debut, 'Weapons' Stays Strong With $15.6 Million". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada August 24, 2025. Dicapai pada August 24, 2025.
- ^ a b Schimkowitz, Matt (August 24, 2025). "Netflix summons its first box office win with KPop Demon Hunters". The A.V. Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 25, 2025. Dicapai pada August 24, 2025. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "AVClub-2025" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c Fritz, Ben (August 24, 2025). "'KPop Demon Hunters' Is Netflix's First No. 1 Box-Office Hit". The Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 24, 2025 – melalui ProQuest. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c D'Alessandro, Anthony (August 25, 2025). "'KPop Demon Hunters' Delivers Netflix First No. 1 Box Office Win With $19M+, But Streamer Doesn't Want To Officially Report – Monday AM Update". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 25, 2025. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Deadline-2025" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Fuster, Jeremy (August 24, 2025). "'K-Pop Demon Hunters' Becomes Netflix's First Box Office No. 1". TheWrap (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 25, 2025. Dicapai pada August 24, 2025.
- ^ Simon, Scott (July 19, 2025). "A history of fictional bands from movies with hit tunes". NPR. Diarkibkan daripada yang asal pada July 19, 2025. Dicapai pada August 14, 2025.
The movie "KPop Demon Hunters" has not only received critical acclaim
- ^ Carter, Justin (August 2, 2025). "'KPop Demon Hunters' and 'Expedition 33' Are Having a Moment". Gizmodo. Diarkibkan daripada yang asal pada August 14, 2025. Dicapai pada August 14, 2025.
released earlier this year to fairly glowing reviews (if not outright critical acclaim)
- ^ Delgado, Sara (August 1, 2025). "Is Kpop Demon Hunters Getting a Sequel Trilogy? Here's What We Know So Far". Teen Vogue. Diarkibkan daripada yang asal pada August 26, 2025. Dicapai pada August 14, 2025.
Not only is the movie achieving critical acclaim
- ^ DeGrushe, Allison (July 15, 2025). "What we know about the Netflix hit's future". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada July 16, 2025. Dicapai pada August 14, 2025.
The movie has skyrocketed in popularity, earning acclaim for its vibrant animation, catchy soundtrack, standout voice performances, and engaging storyline.
- ^ Phillips, Maya (August 28, 2025). "The Overlooked Element to the 'KPop Demon Hunters' Phenomenon". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 29, 2025.
- ^ Ku, Yuna (August 29, 2025). "'The details were almost perfect': Kpop Demon Hunters sparks pride in Korea". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 30, 2025. Dicapai pada August 29, 2025.
- ^ Mello-Klein, Cody (August 26, 2025). "How did Netflix's 'KPop Demon Hunters' take over the world and become a global phenomenon?". Northeastern Global News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 30, 2025. Dicapai pada August 29, 2025.
- ^ Jones, Nate (August 22, 2025). "Will Things Stay Golden for KPop Demon Hunters at the Oscars?". Vulture (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 26, 2025. Dicapai pada August 29, 2025.