Amanat Hati Nurani Rakyat | |
Jenis | Akhbar harian |
---|---|
Format | Broadsheet |
Diasaskan | 28 Jun 1965 |
Pemihakan politik | Sekular |
Bahasa | Indonesia |
Dihentikan penerbitan | 1965, 1978 (sementara) |
Ibu pejabat | Kompas Gramedia Building Jl. Palmerah Selatan No. 22 – 28 Jakarta 10270 Indonesia |
Edaran | average of 500,000[1] |
Pemilik | Kompas Gramedia |
Pengasas | P. K. Ojong and Jakob Oetama |
Penerbit | PT Kompas Media Nusantara |
Nombor OCLC | 12594358 |
Laman sesawang | kompas.id kompas.com |
Kompas merupakan akhbar kebangsaan Indonesia. Ibu pejabatnya terletak di Jakarta. Kompas merupakan salah sebuah surat khabar yang ternama di Indonesia. Kompas diterbitkan pada 28 Jun 1965 oleh P.K. Ojong (1920-1980) dan Jakob Oetama. Ketika ini edarannya melebihi 550,000 naskhah sehari dan merupakan surat khabar umum yang mempunyai edaran yang terbesar di Indonesia. Kompas adalah sebahagian dari Kumpulan Kompas Gramedia.
Sejarah
Akhbar ini pada mulanya dicangkan oleh Jeneral Ahmad Yani, ketika itu kamander Tentera Indonesia, menteri dan pemimpin Parti Khatolik Indonesia. Yani mencadangkan Seda untuk menerbitkan akhbar yang mewakili kumpulan Parti Khatolik, bagi mematahkan propaganda komunis yang ditaja oleh Parti Komunis Indonesia - PKI.
Seda mencadangkan idea tersebut pada rakannya, P.K. Ojong dan Jakob Oetama. Ojong kemudiannya bersetuju untuk memulakan projek itu dan Oetama menjadi ketua pengarang pertamanya. Kemudian misi akhbar diubah untuk menjadi bebas dan berkecuali dari sebarang kelompok politik.
Penerbitan ini pada awalnya dinamakan Bentara Rakyat. Dengan cadangan Presiden Sukarno, ia dinamakan semula sebagai Kompas, sempena alat pandu arah.
Kompas memulakan penerbitannya pada 28 Jun 1965 dari pejabat nya di tengah Jakarta, dengan edaran awal pada 4,800 salinan. Sejak 1969, ia merupakan akhbar kebangsaan terbesar di Indonesia. Pada 2004, edaran hariannya mencecah sehingga 530,000 salinan, dan edisi Ahadnya, 610,000 salinan. Pembaca berjumlah sekitar 2.25 juta.
Sebagaimana kebanyakan akhbar utama, Kompas dibahagi pada tiga bahagian utama: seksyen hadapan mengandungi berita kebangsan dan antarabangsa, seksyen perniagaan dan kewangan, dan seksyen sukan.
Rujukan
- ^ "Kompas Gramedia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-03. Dicapai pada 8 May 2013.