Königsberg di Prusia | |
---|---|
Bekas negara: | Prusia/Reich Jerman |
Königsberg merupakan sebuah bekas bandar di Jerman, ibu negeri wilayah Prusia Timur dari lewat Zaman Pertengahan hingga tahun 1945. Lokasi strategiknya di timur Laut Baltik menjadikan Königsberg antara pelabuhan terbesar di Jerman selepas Hamburg, Stettin dan Rostock. Königsberg juga memainkan peranan penting sebagai sebuah bandar universiti (Universiti Königsberg ataupun dikenali sebagai Albertina) dan berkembang sebagai sebuah pusat intellektual dan kebudayaan Jerman. Selama kewujudannya, Königsberg telah melahirkan ramai tokoh Jerman yang tersohor dalam bidang falsafah, sastera dan matematik, antaranya Immanuel Kant, David Hilbert, Käthe Kollwitz, ETA Hoffmann dan Michael Wieck (seorang cucu saudara pemuzik terkenal Robert Schumann).
Setelah hampir 700 tahun didiami oleh kaum etnik Jerman, Königsberg diserahkan kepada Kesatuan Soviet selepas kekalahan rejim Nazi dalam Perang Dunia Kedua. Penduduk asalnya dibuang negeri dan digantikan dengan kaum Rusia. Königsberg dinamakan semula kepada Kaliningrad.
Rujukan
- Kesusasteraan
- Baedeker, Karl (1904). Baedeker's Northern Germany. New York: Charles Scribner's Sons. m/s. 395.
- Biskup, Marian. Königsberg gegenüber Polen und dem Litauen der Jagiellonen zur Zeit des Mittelalters (bis 1525) in Królewiec a Polska Olsztyn 1993 (Jerman)
- Bötticher, Adolf (1897). Die Bau- und Kunstdenkmäler der Provinz Ostpreußen. Heft VII. Königsberg. Königsberg: Rautenberg. m/s. 395. (Jerman)
- Christiansen, Erik (1997). The Northern Crusades. London: Penguin Books. m/s. 287. ISBN 0-14-026653-4.
- Clark, Christopher (2006). Iron Kingdom: The Rise and Downfall of Prussia 1600–1947. Cambridge: Belknap Press of Harvard. m/s. 776. ISBN 0-674-02385-4.
- Gause, Fritz: Die Geschichte der Stadt Königsberg in Preußen. Three volumes, Böhlau, Cologne 1996, ISBN 3-412-08896-X (Jerman).
- Holborn, Hajo (1964). A History of Modern Germany: 1648-1840. New York: Alfred A. Knopf. m/s. 556.
- Holborn, Hajo (1982). A History of Modern Germany: 1840-1945. Princeton: Princeton University Press. m/s. 844. ISBN 0-691-00797-7.
- Kirby, David (1990). Northern Europe in the Early Modern Period: The Baltic World, 1492–1772. London: Longman. ISBN 0-582-00410-1.
- Kirby, David (1999). The Baltic World, 1772–1993: Europe’s Northern Periphery in an Age of Change. London: Longman. ISBN 0-582-00408-X.
- "Juden in Königsberg". Ostpreussen.net. 2006-12-12. Dicapai pada 2008-03-05. (Jerman)
- Turnbull, Stephen (2003). Crusader Castles of the Teutonic Knights (1): The red-brick castles of Prussia 1230–1466. Oxford: Osprey Publishing. m/s. 64. ISBN 1-84176-557-0.
- Urban, William (2003). The Teutonic Knights: A Military History. London: Greenhill Books. m/s. 290. ISBN 1-85367-535-0.
- Wieck, Michael (2003). A Childhood Under Hitler and Stalin: Memoirs of a "Certified Jew. Madison: University of Wisconsin Press. ISBN 0-299-18544-3.
- Zinkevičius, Zigmas (2008). Mažosios Lietuvos indėlis į lietuvių kultūrą. Vilnius: Mokslo ir enciklopedijų leidybos institutas. m/s. 286. ISBN 978-5-420-01621-3.