Jwauijeong | |
---|---|
Nama Korea | |
Hangul | 좌의정/ 좌상/ 좌정승/ 좌규/ 좌합/ 좌대 |
Hanja | 左議政/ 左相/ 左政丞/ 左揆/ 左閤/ 左臺 |
Perumian Semakan | Jwauijeong[1]/ Jwasang / Jwajeongseung / Jwagyu / Jwahap / Jwadae |
McCune–Reischauer | chwaŭijŏng / chwasang/ chwakyu / chwahap / chwadae |
Jwauijeong (Hangul:좌의정; [tɕwa ɰi tɕʌŋ]; Jawi: جواويجوڠ ) ialah Anggota Majlis Negara Kedua[2] Uijeongbu (Majlis Negara), yang kedudukannya di bawah Yeonguijeong, semasa Dinasti Joseon Korea (1392 -1910).[3] Hanya seorang pegawai yang dilantik ke jawatan tersebut dan disebut sebagai Jwasang, Jwajeongseung, Jwagyu, Jwahap, atau Jwadae.
Sejak didirikan, Dinasti Joseon, yang telah mewarisi pemerintahan Dinasti Goryeo (918 - 1392), telah menyesuaikan organisasi pemerintahannya. Pada tahun 1400, tahun kedua setelah Raja Jeongjong naik takhta, baginda menamakan semula Dopyeonguisasa (都 評議 事 司; Majlis Privi[4]), badan tertinggi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal negara Goryeo, menjadi Uijeongbu dan mencipta jawatan Jwauijeong bersama dengan Uuijeong (Ahli Majlis Negara Ketiga[5]). Ketiga-tiga pegawai tersebut secara kolektif disebut sebagai Samjeongseung (Tiga pegawai atasan[6]) atau Samuijeong (Tiga Ahli Majlis Tertinggi).[3]</ref>
Lihat juga
Rujukan
- ^ "좌의정(左議政 ), Jwauijeong" (dalam bahasa Korean dan English). The Academy of Korean Studies. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada 2009-01-31.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Choi (2006), The Origin of the Roman Catholic Church in Korea p. 372
- ^ a b 좌의정 (左議政) (dalam bahasa Korean). Empas /EncyKorea. Dicapai pada 2009-01-31.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "도평의사사 (都評議使司), Dopyeonguisasa" (dalam bahasa Korean dan English). The Academy of Korean Studies. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada 2009-01-31.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "우의정(右議政), uuijeong" (dalam bahasa Korean dan English). The Academy of Korean Studies. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada 2009-01-29.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "정승(政丞), Jeongseung" (dalam bahasa Korean dan English). The Academy of Korean Studies. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-15. Dicapai pada 2009-01-29.CS1 maint: unrecognized language (link)
- Lee, Ki-Baik (1984). A New History of Korea. Harvard University Press. ISBN 0-674-61575-1.
- Choi, Jai-Keun (2006). The Origin of the Roman Catholic Church in Korea. The Hermit Kingdom Press. ISBN 1-59689-064-9.