Justin Bartha | |
---|---|
Kelahiran | Justin Lee Bartha 21 Julai 1978 Fort Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat |
Pusat pendidikan | Tisch School of Arts |
Pekerjaan | Pelakon, penulis, penerbit |
Tahun aktif | 1998–kini |
Pasangan | Lia Smith (k. 2014) |
Anak-anak | 1 |
Justin Lee Bartha (dilahirkan pada 21 Julai 1978) ialah seorang pelakon, penulis dan penerbit Amerika, yang dikenali dengan lakonannya sebagai Riley Poole dalam siri filem ''National Treasure'', Doug Billings dalam trilogi ''The Hangover'' dan David Sawyer dalam siri komedi NBC, The New Normal.
Kehidupan awal
Bartha dilahirkan di Fort Lauderdale, Florida, dan berpindah ke West Bloomfield, Michigan, ketika dia berumur lapan tahun.[1] Bapanya, Stephen, ialah seorang pengusaha harta tanah, manakala ibunya, Betty, ialah seorang guru sekolah. Dia mempunyai seorang abang bernama Jeffrey. Bartha dibesarkan dalam keluarga yang mengikut ajaran Judaisme Pembaharuan.[2][3][4] Selepas menamatkan persekolahan daripada West Bloomfield High School pada 1996, dia berpindah ke New York dan mempelajari pembikinan filem dan teater di Tisch School of Arts, New York University.[5]
Karier
Bartha memulakan karier filemnya di belakang kamera sebagai pembantu penerbitan bagi filem Analyze This. Debut lakonannya tiba dengan filem pertamanya, 54, sebagai pengunjung kelab malam. Dia menulis dan mengarahkan sebuah filem pendek, Highs and Lows dengan Darrell M. Smith sebagai penerbit bersama, yang ditayangkan di Festival Filem South by Southwest pada 2003.[6] Selain itu, dia menulis, menerbitkan dan membintangi rintis MTV berjudul The Dustin and Justin Show.[6]
Bartha memegang watak utama dalam Gigli dan Carnival Sunyang dihentam teruk pada 2003 sebelum watak bersamanya dalam National Treasure (2004) sebagai Riley Poole, yang melonjakkannya ke dalam arus perdana.[7]
Pada 2006, Bartha memegang watak dalam Failure to Launch dan Teachers terbitan NBC yang hanya ke udara sebanyak enam episod.
Pada November 2007, Bartha membintangi drama-komik indie, Holy Rollers. Wataknya mengumpan seorang Yahudi Hasidi muda (Jesse Eisenberg) menjadi seorang pengedar pil khayal. Penggambaran bermula pada musim bunga 2008 di New York, dan filem itu diterbitkan pada 2010.[8] Bartha berpasukan kembali dengan Eisenberg dalam Asuncion.[9] Bartha juga membintangi bersama Catherine Zeta-Jones dalam filem Bart Freundlich, The Rebound yang mengisahkan pemuda berumur 25 tahun yang memulakan hubungan cinta dengan jirannya yang merupakan seorang ibu tunggal yang lebih berusia, penggambaran filem itu bermula pada April 2008 di New York dan berakhir pada Jun. Dalam siri filem komedi The Hangover, dia memegang watak Doug Billings, salah seorang anggota "Wolfpack" yang melakukan perjalanan hujung minggu bersama trio itu. Setelah berparti liar selama bermalam-malam, dia hilang dan rakan-rakannya terburu-buru mencarinya di merata tempat.
Bartha membintangi sebagai Max dalam teater kebangkitan semula Broadway Lend Me a Tenor oleh Ken Ludwig. Dia membuat persembahan bersama Tony Shalhoub, Anthony LaPaglia, Brooke Adams, dan Jan Maxwell. Sebuah komedi farsa, ia diarahkan oleh Stanley Tucci dan pratontonnya bermula di Music Box Theatre pada 11 Mac 2010, dengan tarikh pembukaan rasminya adalah pada 4 April 2010. Pada 2011, Bartha menandatangani untuk membintangi tayangan perdana teater Zach Braff, All New People di Second Stage Theatre. All New People bermula pada 28 Jun dan berlanjutan hingga pertengahan Ogos. Anna Camp, David Wilson Barnes dan Krysten Ritter turut membintangi dalam produksi ini di bawah arahan Peter DuBois.[10] Pada Februari 2012, Bartha menandatangani untuk turut membintangi dalam pilot komedi NBC, The New Normal.[11] Pada 7 Mei 2012, NBC mengarahkan projek itu disirikan.[12] Rancangan itu berkisarkan satu pasangan gay (yang dilakonkan Bartha dan Andrew Rannells) dan ibu tumpang (Georgia King) yang dipilih mereka untuk mengandungkan anak mereka. Tayangan perdananya adalah pada 11 September 2012,[13] tetapi dibatalkan secara rasmi pada tahun berikutnya pada 10 Mei 2013.[14]
Pada 2014, Bartha membintangi satu lagi teater Jesse Eisenberg, A Little Part of All Of Us, bersama Eisenberg, untuk Playing On Air, sebuah organisasi tanpa faedah yang “merakam teater pendek bagi radio umum dan fail media digital yang ditulis oleh penulis-penulis lakon yang handal dan dipersembahkan oleh pelakon-pelakon yang cemerlang.”[15][16]
Kehidupan peribadi
Bartha mengahwini pengajar kesihatan Lia Smith di Oahu, Hawaii, pada 4 Januari 2014.[17] Pada 13 April 2014, Lia melahirkan anak perempuan mereka, Asa Charlotte.[18] pernah bekerja dengan Matrix Theatre Company, menjadi pengarah jemputan Teen Company dalam "Are You Passing?", sebuah teater tentang keadaan pendidikan di Detroit.
Filmografi
Tahun | Judul | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1998 | 54 | Pengunjung kelab | Tidak dikreditkan |
1999 | Tag | Kip Woffard | Filem pendek |
2003 | Gigli | Brian | |
2002 | Carnival Sun | Brian | Filem pendek |
2004 | Strip Search | — | Filem TV |
2004 | National Treasure | Riley Poole | |
2005 | Trust the Man | Jasper Bernard | |
2006 | Failure to Launch | Ace | |
2007 | National Treasure: Book of Secrets | Riley Poole | |
2008 | New York, I Love You | Justin | Segmen: "Randy Balsmeyer" |
2009 | The Hangover | Doug Billings | |
2009 | Jusqu'à toi | Jack | Juga sebagai penerbit eksekutif |
2009 | The Rebound | Aram Finklestein | |
2010 | Holy Rollers | Yosef Zimmerman | |
2011 | The Hangover Part II | Doug Billings | |
2011 | Dark Horse | Richard | |
2013 | The Hangover Part III | Doug Billings | |
2013 | CBGB | Stiv Bators | |
2016 | Sticky Notes | Bryan | Pasca-penerbitan |
Tahun | Judul | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2006 | Teachers | Jeff Cahill | Watak utama; 6 episod |
2009 | WWII in HD | Jack Werner (suara) | Siri mini; 5 episod |
2012–2013 | The New Normal | David Sawyer | Watak utama; 22 episod |
2016 | Cooper Barrett's Guide to Surviving Life | Josh Barrett | Watak utama |
Tahun | Judul | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | The 64th Annual Tony Awards | Performing Artist | |
2010 | Lend Me a Tenor | Max | Broadway Revival |
2011 | All New People | Charlie | Second Stage Theatre |
2011 | Asuncion | Vinny | Off-Broadway |
2013 | The Sunshine Boys | Ben | Ahmanson Theatre |
2015 | Permission | Eric | MCC Theatre |
Rujukan
- ^ "Double Take". Dicapai pada Julai 4, 2009.
Bartha, 27, whose family belonged to Temple Israel, where he had his bar mitzvah.
- ^ "EXCLUSIVE: Jesse Eisenberg and Justin Bartha Take Flight in Holy Rollers". MovieWeb. Mei 21, 2010. Dicapai pada Mei 21, 2010.
- ^ "Justin Bartha Interview for Holy Rollers". The Cinema Source. Mei 20, 2010. Dicapai pada Ogos 11, 2012.
- ^ Mester, Ilan (Jun 10, 2010). "Justin Bartha Talks Holy Rollers, Hangover 2". Shalom Life. Dicapai pada Jun 26, 2010.
To prepare for the part, Bartha – who is Jewish – ...
- ^ Wigney, James (Mac 13, 2010). "The Rebound Ace". Sunday Herald Sun. Dicapai pada Mei 21, 2010.
- ^ a b "Justin Bartha Biography". Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 22, 2005. Dicapai pada September 16, 2006.
- ^ "Justin Bartha Interview, National Treasure 2". MoviesOnline. Dicapai pada Julai 4, 2009.
- ^ Goldstein, Gregg (November 18, 2007). "Drug-dealing Jews inspire comic drama". Reuters. Dicapai pada November 5, 2007.
- ^ "The New Yorker Digital Edition : May 25, 2015". archives.newyorker.com. Dicapai pada Januari 6, 2016.
- ^ "Justin Bartha, Anna Camp Sign On for Zach Braff's Off-Broadway Play". Broadway.me. Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 12, 2011. Dicapai pada Mei 31, 2011.
- ^ Ausiello, Michael (Februari 22, 2012). "Scoop: Hangover's Justin Bartha Joins Ryan Murphy's NBC Comedy Pilot The New Normal". TV Line. Dicapai pada Ogos 11, 2012.
- ^ "'The New Normal': NBC Orders Ryan Murphy Comedy And J.J. Abrams Drama To Series". The Huffington Post. Mei 7, 2012. Dicapai pada Ogos 11, 2012.
- ^ Goldman, Eric (Jun 14, 2012). "NBC Sets Fall Premiere Dates: Community, The Office and More". IGN.com. Dicapai pada Ogos 11, 2012.
- ^ Heredia, Gustavo (Mei 13, 2013). "'The New Normal' Star Justin Bartha Talks About The Show's Cancelation". huffingtonpost.com. Dicapai pada Mei 21, 2013.
- ^ Mogol, Allen (Februari 23, 2015). "Broadway Direct". broadwaydirect.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 11, 2017. Dicapai pada Ogos 4, 2016.
- ^ PlayingOnAir (September 14, 2015). "New Podcast! A LITTLE PART OF ALL OF US by Jesse Eisenberg". Playing On Air. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 17, 2016. Dicapai pada Ogos 4, 2016.
- ^ "Report: Justin Bartha Marries Lia Smith". People. Januari 5, 2014.
- ^ Monde, Chiderah (April 21, 2014). "Justin Bartha, wife Lia Smith welcome first child together: report". NEW YORK DAILY NEWS. Dicapai pada Jun 4, 2014.