Pada 6 Februari 2017, Jubli Nilam Elizabeth II (bahasa Inggeris: Sapphire Jubilee of Elizabeth II ), memperingati enam puluh lima tahun baginda bertakhta, berlangsung. Raja yang paling lama memerintah dalam sejarah British, Ratu Elizabeth II ialah raja British pertama yang menyambut jubli nilam.[1]
Bertentangan dengan Jubli Perak, Emas dan Intan baginda, tiada perayaan awam yang meluas untuk Jubli Nilam. Sebagai ganti, seperti Jubli Delima Februari 1992, baginda Ratu tidak menjalankan sebarang urusan rasmi.[1][2] Oleh itu, baginda meluangkan hari itu dengan "merenung senyap" pada ulang tahun kemangkatan paduka ayahanda baginda, George VI, dan menjalankan kerja rasmi di Rumah Sandringham.[1][2] Baginda mencemar duli suatu kebaktian di Gereja St Peter dan St Paul di Newton Barat, Norfolk pada Ahad 5 Februari, di mana baginda dijunjung oleh ramai rakyat yang merafak sembah tahniah.[2] Perayaan skala yang lebih besar berlangsung pada bulan Jun 2016, memperingati hari keputeraan ke-90 baginda Ratu, dan mana-mana perayaan besar akan diperuntukkan untuk Jubli platinum yang boleh jadi pada tahun 2022.[2][3] Meskipun cadangan untuk perayaan yang lebih besar untuk memperingati ulang tahun ke-65 baginda Ratu naik takhta pada bulan Jun 2017, termasuk cuti bank yang dibangkitkan, tiada perayaan diadakan.[4]
Jubli Nilam mempromosikan setem biru dari Mel Diraja (Royal Mail), duit syiling peringatan dari Kilang Wang Diraja (Royal Mint), dan pengeluaran semula potret 2014 rasmi Ratu Elizabeth II oleh David Bailey.[5] Dalam potret rasmi ini, baginda Ratu mengenakan barang kemas nilam yang baginda dikurniakan sebagai kurnia kahwin daripada paduka ayahanda baginda.[6] Pada bulan September 2017, sebuah balai raya baru di Collier Row, Romford, dinamakan Balai Raya Jubli Nilam (Sapphire Jubilee Community Centre) sebagai penghormatan kepada Ratu.[7]
Jubli ini juga melibatkan berbunyinya loceng di Gereja Westminster, 41 das tembakan meriam kehormat oleh Trup Raja, Artileri Kuda Diraja di Taman Green, 62 das tembakan meriam kehormat oleh Syarikat Artileri Terhormat di Menara London dan tembakan meriam kehormat di beberapa tempat lain di United Kingdom.[2][8] Theresa May, Perdana Menteri United Kingdom, merafak sembah tahniah kepada Ratu, berkata dalam bahagian bahawa peristiwa ini "satu peristiwa penting yang luar biasa lagi untuk Ratu kita yang luar biasa. ... Saya tahu negara akan menyertai saya hari ini dalam menyambut dan menjunjung kasih untuk khidmat seumur hidup Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ratu telah kurniakan kepada negara kita dan kepada Komanwel. ... Baginda benar-benar menjadi ilham untuk kita semua dan saya bangga, bagi pihak negara ini, merafak sembah tahniah dan junjung kasih atas menyambut Jubli Nilam ini."[2][9] Di sebuah perayaan seratus lima puluh tahun Kanada di Rumah Kanada pada 19 Julai 2017, Kerongsang Emping Salji Jubli Nilam dipersembahkan kepada Ratu sebagai persembahan daripada Gabenor Jeneral Kanada.[10][11]
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c Rayner, Gordon (29 January 2017). "The Blue Sapphire Jubilee: Queen will not celebrate 65th anniversary but instead sit in 'quiet contemplation' remembering father's death". The Daily Telegraph. Dicapai pada 3 February 2017.
- ^ a b c d e f Furness, Hannah; Boyle, Danny (6 February 2017). "Queen makes history with Sapphire Jubilee: Royal gun salutes mark 65-year reign". The Daily Telegraph. Dicapai pada 26 November 2017.
- ^ Silver, Dena (6 February 2017). "Queen Elizabeth Celebrates the Sapphire Jubilee With Lots of Sapphires". Observer. Dicapai pada 18 March 2017.
- ^ "Queen's Sapphire Jubilee: Call to mark milestone with bank holiday". BBC News. 6 March 2017. Dicapai pada 26 November 2017.
- ^ Walker, Jonathan (11 March 2017). "Give us a bank holiday for the Queen's jubilee". Birmingham Post. Dicapai pada 2017-03-18.
- ^ Burrell, Jessica (2 February 2017). "When is the Queen's Sapphire Jubilee and how will it be celebrated?". London Evening Standard. Dicapai pada 26 November 2017.
- ^ "Green credentials for new centre". The Enquirer. 7 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-20. Dicapai pada 26 November 2017.
- ^ Vonberg, Judith (6 February 2017). "Queen Elizabeth II marks 65 years on British throne". CNN. Dicapai pada 18 March 2017.
- ^ "Queen's Sapphire Jubilee: Gun salutes mark 65 years on the throne". BBC News. 6 February 2017. Dicapai pada 18 March 2017.
- ^ General, The Office of the Secretary to the Governor. "The Governor General of Canada" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-19.
- ^ "Canada Plus – August 2017". Global Affairs Canada, UK Embassy. Dicapai pada 2018-07-19.