John White (lahir 15 Jun 1973 di Mount Isa, Australia) ialah seorang bekas pemain skuasy.
White menduduki tempat kedua semasa Kejohanan Terbuka Dunia dan Terbuka British pada tahun 2002. Dia memenangi gelaran PSA Masters pada tahun 2003 (menewaskan Thierry Lincou pada pusingan akhir 15-8, 17-15, 17-16). White menjadi pemain No. 1 dunia pada bulan Mac 2004.
White dibesarkan di Australia, tetapi mewakili Scotland dalam skuasy peringkat antarabangsa.
Pautan luar
- Laman web rasmi John White Diarkibkan 2008-01-25 di Wayback Machine
- Profil di psa-squash.com
- Profil di squashinfo.com Diarkibkan 2006-12-14 di Wayback Machine
- Laman di squashpics.com Diarkibkan 2006-11-17 di Wayback Machine
- Artikel di squashtalk.com (Mac 2001) Diarkibkan 2006-02-20 di Wayback Machine