John III Sobieski | |
---|---|
Pembela Keimanan | |
Raja Poland Duk Agung Lithuania | |
Pemerintahan | 19 Mei 1674 – 17 Jun 1696 |
Kemahkotaan | 2 Februari 1676 |
Didahului oleh | Michael I |
Diikuti oleh | Augustus II |
Keputeraan | Istana Olesko, Olesko, Komanwel Poland-Lithuania | 17 Ogos 1629
Kemangkatan | 17 Jun 1696 Istana Wilanów, Warsaw, Komanwel Poland-Lithuania | (umur 66)
Pemakaman | Katedral Wawel, Kraków |
Pasangan | Marie Casimire Louise de La Grange d'Arquien (k. 1665) |
Anakanda antara lain... |
|
Kerabat | Sobieski |
Ayahanda | Jakub Sobieski |
Bonda | Zofia Teofillia Daniłowicz |
Agama | Katolik Rom |
Tandatangan |
John III Sobieski (Poland: Jan III Sobieski (pl); Lithuania: Jonas III Sobieskis (lt); Latin: Ioannes III Sobiscius (la) 17 Ogos 1629 – 17 Jun 1696) ialah Raja Poland dan Duk Agung Lithuania dari 1674 hingga kematiannya pada 1696.
Dilahirkan dalam kalangan bangsawan Poland, Sobieski mendapat pendidikan di Universiti Jagiellonian dan melawat Eropah pada masa mudanya. Sebagai seorang askar dan kemudiannya komander, dia bertempur dalam Pemberontakan Khmelnytsky, Perang Rusia-Poland dan semasa pencerobohan Sweden yang dikenali sebagai Banjir. Sobieski menunjukkan kehebatan ketenteraannya semasa perang menentang Empayar Uthmaniyyah dan menetapkan dirinya sebagai tokoh terkemuka di Poland dan Lithuania. Pada tahun 1674, beliau telah dipilih sebagai raja Komanwel Poland-Lithuania berikutan kematian Raja Michael secara mengejut dan tidak dijangka.
Pemerintahan Sobieski selama 22 tahun menandakan tempoh penstabilan Komanwel, sangat diperlukan selepas pergolakan konflik sebelumnya.[1] Popular di kalangan rakyatnya, beliau adalah seorang pemimpin tentera yang berkebolehan, paling terkenal kerana kemenangannya ke atas Empayar Uthmaniyyah dalam Pertempuran Vienna pada tahun 1683.[2] Uthmaniyyah yang dikalahkan menamakan Sobieski sebagai "Singa Lechistan", dan Paus menyanjungnya sebagai penyelamat Kristian Barat.[3] Mengalami kesihatan yang buruk dan obesiti di kemudian hari, Sobieski meninggal dunia pada 1696 dan dikebumikan di Katedral Wawel di Kraków. Dia digantikan oleh Augustus II dari Poland dan Saxony.
Rujukan
- ^ Aleksander Gieysztor (1979). History of Poland. PWN, Polish Scientific Publishers. m/s. 223. ISBN 83-01-00392-8.
- ^ J.A. Hammerton (2007). Peoples of All Nations: Their Life Today And Story of Their Past. Concept Publishing Company. m/s. 4142. ISBN 978-81-7268-144-9.
- ^ Mario Reading (2009). The Complete Prophecies of Nostradamus. Sterling Publishing Company, Inc. m/s. 382. ISBN 978-1-906787-39-4.