![]() |
Jin 金 ᠮᠠᠨᠵᡠ ᡤᡠᡵᡠᠨ atau ᠠᡳ᠌ᠰᡳᠨ ᡤᡠᡵᡠᠨ Aisin gurun | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1616–1636 | |||||||||||||
![]() Peta wilayah-wilayah Dinasti Jin Lewat (后金) 1626, terserlah warna hijau terang | |||||||||||||
Status | Khanate | ||||||||||||
Ibu negara | |||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Jurchen (bertukar nama sebagai Manchu selepas 1635), Mongolia, Mandarin[1] | ||||||||||||
Kerajaan | Kerajaan Beraja | ||||||||||||
Khan | |||||||||||||
• 1616–1626 | Nurhaci | ||||||||||||
• 1626–1636 | Hong Taiji | ||||||||||||
Badan perundangan | Dewan Kerajaan | ||||||||||||
Era Sejarah | Era empayar | ||||||||||||
• Tianming Khan naik takhta | 1616 | ||||||||||||
• Perisytiharan Tujuh Dendaman | 1618 | ||||||||||||
1619 | |||||||||||||
• Pengilhakan Dinasti Yuan Utara | 1635 | ||||||||||||
1636 | |||||||||||||
Mata wang | Koin Cina Tunai Cina | ||||||||||||
| |||||||||||||
Sekarang sebahagian dari | China Mongolia Russia Korea Utara |
Later Jin | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Bahasa Cina | |||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 後金國 | ||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 后金国 | ||||||||
Maksud harfiah | Later Gold(en) State | ||||||||
| |||||||||
Manchu name | |||||||||
Manchu script | ᠠᠮᠠᡤᠠ ᠠᡳᠰᡳᠨ ᡤᡠᡵᡠᠨ | ||||||||
Romanization | (Amaga) Aisin Gurun |
Jin Akhir, secara rasmi dikenali sebagai Jin atau Jin Raya, ialah dinasti diraja China yang dipimpin oleh Etnik Jurchen yang berasal daripada wilayah Manchuria. Ia pendahulu kepada Dinasti Qing. Kerajaan ini ditubuhkan pada tahun 1616 oleh Ketua Suku Jurchen dan Manchu, Nurhaci selepas Raja itu berjaya menyatukan seluruh Puak Jurchen yang terpisah-pisah. Nama Jin dirujuk oleh Nurhaci daripada Lima Dinasti Jin yang tubuh lebih awal yang dipimpin Puak Wanyan dari Etnik Jurchen yang telah memerintah China Utara pada abad ke-12 sehingga ke-13.
Pada tahun 1635, Khan Mongol Dinasti Yuan Utara Ejei Khan menyatakan tunduk di bawah pentadbiran Jin. Pada tahun berikutnya, Hong Taiji secara rasmi menukar nama kerajaan kepada "Qing Raya", yang menjadi tanda daripada bermulanya Dinasti Qing. Semasa peralihan Ming-Qing, Qing mengilhakan wilayah Dinasti Shun yang dipimpin Li Zicheng dan pelbagai penyokong setia Dinasti Ming di Selatan. Penerus daripada Jin Lewat itu kemudian mengasas sebuah empayar besar yang merangkumi seluruh China, meluaskan pentadbirannya sampai kepada Tibet, Manchuria, Mongolia, Turkestan Timur, Taiwan dan Siberia Selatan sehingga Revolusi Xinhai 1911 yang menubuhkan semula Pemerintahan Etnik Han.
Rujukan
- ^ Hong Taiji mediator wood letter card,have three languages of Manchu,Mongolian and Chinese. Chinese Economy (dalam bahasa Cina). 2008-02-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-18. Dicapai pada 2013-04-28.
- ^ Kai-lung Ho (2012). "The Myth of the Seal Transmitting the State in the Yuan and Qing Dynasties" (dalam bahasa Inggeris). New History Journal (新史學雜誌) - Academia Sinica. Dicapai pada 12 April 2023.