Jesse Woodson James (5 September 1847 - 3 April 1882) ialah penjenayah, ketua geng, perompak bank dan kereta api dari Missouri dan anggota terkenal Geng James-Younger. Dia yang sudah pun menjadi terkenal semasa hidup, menjadi lagenda dalam budaya di Barat selepas kematiannya. Beberapa sarjana meletakkannya dalam konteks pemberontakan bekas ahli Konfederat Perang Saudara, bukan sebagai manifestasi kepada pelanggaran undang-undang untuk keadilan ekonomi.