Jeri Jamalullail juga dikenali sebagai Jeri Shades sebagai pelopor Kumpulan Shades, sebuah kumpulan paduan suara 5 anak muda yang mula dikenali pada tahun 1995 melalui album Shades | Shades di bawah naungan syarikat rakaman Warner Music (M) Sdn Bhd.
Nama sebenar beliau ialah Syed Ahmad Firdaus bin Syed Ariffin Jamalullail. Lahir pada tahun 1972 di Kuala Lumpur. Kumpulan Shades merupakan tuket bagi beliau menjadi salah seorang artis tanahair sehingga kini.
Bersama Shades beliau telah menjulang trofi Artis Baru Berkumpulan Terbaik 1996 dan merakamkan 5 album. Pernah menjadi artis undangan untuk majlis harijadi cucu Sultan Brunei (1997),majlis ulangtahun perkahwinan Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah 1998 dan mewakili Malaysia dalam International Acappella Festival di Singapura 2013.
Memulakan karier lakonan secara serius pada 2018 dengan watak-watak kecil melalui drama-drama tempatan dan antarabangsa sehingga mula mendapat peluang menjadi pelakon pembantu melalui SPECIAL FORCE : Anarki (Man Jerung) 2022, KHUN SA (Long Hassan) 2023 dan BLOOD BROTHERS (Ayah Bad) 2025.
Masih aktif hingga sekarang. Turut aktif bersama beliau adalah anak-anaknya Ali Jamalullail (Nadim-PENDEKAR AWANG, 2024), Baqir Jamalullail (Mihad-MEMOIR SEORANG GURU, 2024) dan Hawra Jamalullail (Hana-BANDUAN, 2025)








