Jerangkung Dalam Almari | ||||
---|---|---|---|---|
![]() | ||||
Album studio oleh Wings | ||||
Dilancarkan pada | 1991 | |||
Tempat | Malaysia ![]() | |||
Genre | Rock, Hard Rock | |||
Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia ![]() | |||
Syarikat | Fly Wings, BMG | |||
Penerbit | M. Nasir, Ali Bakar | |||
Kronologi Wings | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Jerangkung Dalam Almari merupakan album studio keempat oleh Kumpulan Wings. Ianya diterbitkan pada tahun 1991 dengan kemunculan pertama Jojet bersama kumpulan Wings setelah ketiadaan Black yang menarik diri selepas album ketiga mereka. Ini adalah album pertama Jojet bersama kumpulan Wings. Beliaulah pemain dram sebelumnya menubuhkan dengan Teruna Sekampung (kini dipanggil Wings). Setelah album ini yang terdapat lagu R N R Lu Punya Suka dikeluarkan, M. Nasir telah mengesahkan Wings adalah kumpulan rock no. 1 Malaysia.
Senarai runut
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Watari (Instrumental)" | Wings | Wings | 2:23 | |
2. | "R 'N' R Lu Punya Suka" | Bob Lokman | M. Nasir | 5:58 | |
3. | "Aku Pun Tahu" | Nasir Jani | M. Nasir | 5:30 | |
4. | "Gemala Saktiku" | Loloq | M. Nasir | 6:46 | |
5. | "Lipas Kudung" | M. Nasir | Joe | 4:37 | |
6. | "Dalam Kehadiran Sofiah" | S. Amin Shahab | M. Nasir/Miz Ann | 5:47 | |
7. | "Kau Bukan "Brader"" | M. Nasir | Joe | 4:15 | |
8. | "Jerangkung Dalam Almari" | Loloq | M. Nasir | 4:28 | |
9. | "Awang Trasher" | Loloq | M. Nasir | 4:26 | |
10. | "Tirai Horizon" | M. Nasir | M. Nasir/Miz Ann | 6:07 | |
Maklumat Tambahan
PETIKAN DARI ALBUM JERANGKUNG DALAM ALMARI: "Pada tanggal 27hb Januari 1991, kumpulan Wings telah ditimpa malapetaka kebakaran rumah. Sebelum itu pemain gitar kami telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas satu tuduhan yang lain. Pada tahun 1990, Black telah mengundurkan diri. Tempatnya digantikan oleh Jojet ialah bekas pemain dram Teruna Sekampung. Kami menganggap peristiwa-peristiwa ini sebagai titik-titik hitam dalam karier kami. Sebagai pemuzik rock, banyak lagi perkara malang yang telah kami alami. Walau bagaimanapun kami bersyukur ke hadrat ilahi, alhamdulillah album-album Wings telah mendapat sambutan yang begitu luas dan pencapaian yang tinggi. Dengan terbitnya album jerangkung dalam almari ini, kami berdoa agar perkara yang malang ini tidak akan berlaku lagi dan cukuplah setakat yang telah kami tempuhi. Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada pemain bass kami, iaitu Eddie, semuga berbahagia, kekal, di murahkan rezeki dan selamat ke anak cucu. Terima kasih kepada Roslan Aziz (.... nasi beriani), Rahmad Pasri (BMG-Singapura), Riffin, Bai, Abang AML, Hair & Make-up: REFLECTION HAIR SALOON; Photo: YOUNKER DESIGN. Juga kepada SALEM kerana menaja kami semenjak 1990"
Pautan Luar
http://www.muzikrock.com/album/jerangkung_dalam_almari_01.html Diarkibkan 2009-08-27 di Wayback Machine