Jenayah siber terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain.
Klasifikasi Jenayah siber
- Penipuan
- Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
- Kecurian maklumat.
- Capaian secara tidak sah keatas sistem
- Menyalin perisian secara tidah sah.
- Pengintipan
- Judi siber
- Skim cepat kaya
- Pornografi
- Penggodam atau "Hacker"
- Penyebaran virus
Takrifan jenayah
Mr Donn B. Parker menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.
Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk merealisasikannya