Jemorang merupakan sebuah kampung di daerah Matu, Sarawak. Penduduknya terdiri dari kaum Melanau yang beragama Islam.
Kegiatan ekonomi utama bagi penduduk adalah aktiviti pertanian. Ini termasuklah mengusahakan padi huma, sayura-sayuran, pokok buah-buahan, penternakan lembu, penternakan itik, penternakan ayam dan lain-lain.
Walau bagaimanapun aktiviti ekonomi ini dijalankan di kawasan pertanian seperti Tg Jol dan Bruan yang terletak kira-kira 15 KM dari kampung. Selain itu kampung Jemoreng terkenal dengan perusahaan minyak Sekyu. Walau bagaimanapun pengeluaran minyak Sekyu ini semakin berkurang ekoran penebangan hutan yang menjadi sumber utama kepada buah Sekyu.
untuk maklumat lanjut layari laman web ini
http://kpgjemorengmatu.pe.hu/home/ Diarkibkan 2016-08-05 di Wayback Machine