Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan atau singkatannya JKKKP ialah jawatan yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan Malaysia selepas 8 Mac 2008. Jawatankuasa ini bertindan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sedia ada yang ditadbir oleh kerajaan negeri. Ketua kampung menjadi pngerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.
Biasanya setiap kali mesyuarat JKKK , penghulu akan turut hadir . Setiap JKKK akan dibayar elaun atau saguhati kerana hadir mesyuarat yang diadakan di balai raya atau dewan orang orang ramai. Ketua kampung juga biasanya menjadi pengerusi sesebuah surau atau masjid di setiap kampung.
Selepas pilihan raya Malaysia 2008 , parti Pakatan Rakyat berjaya menguasai 5 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Oleh yang demikian pentadbiran peringkat kampung yang diuruskan oleh JKKK kini dibawah seliaan dan pentadbiran kerajaan negeri.
Tan Sri Muhammad Muhamad Taib selaku Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah telah meneliti peruntukan undang-undang sedia ada dan menubuhkan JKKKP agar kerajaan persekutuan dapat menyalurkan bantuan kewangan terus tanpa melalui JKKK . Kerajaan persekutuan kawalan BN waktu it enggan menyalurkan bantuan melalui kerajaan negeri yang diuruskan pembangkang waktu itu (PKR, DAP dan PAS) kerana mereka berkata bahawa mereka bimbang akan disalahgunakan, tapi alasan ini dibidas pembangkang bahawa BN masih mahu mengekalkan sokongan politik terhadap parti mereka.
Bantahan
Pakatan Rakyat tidak setuju penubuhan JKKKP kerana akan bertindan dari segi fungsi, projek , pertelagahan sesama anggota masyarakat kampung serta membazirkan wang pembayar cukai.
Projek yang dilaksanakan seperti menbaiki jalan raya , bantuan hari raya dan fakir miskin tidak lagi selaras. Kemungkinan mereka yang berhak mendapat bantuan tidak menerimanya.
Penubuhan JKKKP menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka kalah di 5 buah negeri kepada pembangkang. Ini juga menunjukkan amalan demokrasi dan kebebasan mengundi tidak merata dan tidak dihayati bersama.
Setiap ketua kampung sinonim dengan UMNO. Mereka adalah pejuang UMNO dan memeriahkan suasana politik dan pilihan raya di sesebuah kampung. Penduduk kampung amat bergantung kepada kredibitii ketua kampung. Dalam masyarakat yang kecil, tali persaudaraan yang erat wujud sesama mereka.
Di Perak, majoriti ketua kampung melahirkan bantahan dan enggan berfungsi seperti sedia kala selepas pembangkang menang di 5 buah negeri. Mereka menjadi ahli Persatuan Ketua Kampung di Perak.