Jata negara Montenegro (bahasa Montenegro: Грб Црне Горе / Grb Crne Gore dirasmikan pada tahun 12 Julai 2004 oleh Parlimen negara tersebut sebelum dimaktubkan dalam perlembagaan negara tersebut pada 2 Oktober 2007. Ia tertera pada bendera negara ini sendiri.
Komponen
Helang
Seekor helang berkepala dua menyokong keseluruhan komponen dalam jata ini melambangkan hubungan antara agama dan negara; ia wujud sejak zaman Empayar Byzantine dan diteruskan melalui dinasti wangsa Crnojević yang memerintah Zeta dengan pengaruhi Empayar Rusia, sekutu kuat wangsa ini dan wangsa Petrović-Njegoš
Perisai
Seekor singa mengangkat satu kaki depannya (lion passant) melambangkan kekuasaan uskup melalui perlambangannya kepada Singa Judah. Ia turut menyerupai simbol Republik Venezia yang banyak berhubungan diplomatik dengan Montenegro.