Lambang negara Timor Leste terdiri daripada sebuah matahari bercahaya 14 yang membelakangi perisai Majlis Kebangsaan Penentangan Rakyat Timor (Conselho Nacional de Resistência Timorense) di bahagian tengah. Elemen-elemen utama dalam jata ini adalah dua bilah pedang tradisional Timor yang dipanggil Surik yang berpangkah, lembing, bintang dan dua anak panah. Nama rasmi negara itu dalam Portugis ditulis di atas bulatan biru. Moto yang terdapat di reben merah di bawah bermaksud: Kehormatan, Tanahair dan Rakyat.