Jata negara Israel direka selepas pertandingan yang diadakan dalam tahun 1948. Rekabentuk berasaskan dari penyertaaan yang dimenangi oleh pelan Gabriel dan Maxim Shamir, dengan gabungan elemen peserta yang lain seperti Oteh Walisch dan W. Struski's, dan Itamar David dan Yerachmiel Schechter's.
Isi jata
- Menorah, lambang agama Yahudi
- 2 daun pohon zaitun, simbol sebagai keamanan
- Tulisan Ibrani yang membawa maksud Israel.
Dikatakan imej ini dipinjam dari Injil Lama (Zakaria: bab 4) dan Tanakh Yahudi:
Aku lihat dan pegang menorah emas bersama mangkuk yang diatasnya ada 7 lampu..dan terdapat 2 pokok zaitun bersama, satu berada disebelah kanan, dan satu disebelah kiri.
Kemudiannya ia tidak dikatakan dengan jelas dari Injil atau dari kitab yahudi terbabit, ia juga bukan dikatakan secara disengajakan. Adik-beradik Shamir tidak pernah menyatakan rangkap ini dari Injil (Zakaria) sebagai sumber inspirasi rekabentuk mereka, walaupun kenyataan mereka telah diberi ketika bual-bicara dengan Maariv (16 Februari, 1949).
Penggunaan menorah dikatakan merupakan simbol agama Yahudi yang digunakan hampir 3000 tahun. Ia digunakan di kuil di Jerusalem.
Kegunaaan jata ini boleh didapati dibahagian depan pasport negara ini.
Rujukan
- Kementerian Luar Negara Israel Bendera dan Jata,Alec Mishory, 2007-04-01; 2003-04-28. (Inggeris)
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.