(Dilencongkan daripada Januari 13)
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
13 Januari merupakan hari ke-13 dalam kalendar Gregory. Tinggal 352 hari (atau 353 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari St. Knut (Kristian–Skandinavia).
Peristiwa
- 532 - Rusuhan Nika bermula di Constantinople, menyebabkan hampir separuh bandar itu musnah dan ribuan penduduknya terbunuh.
- 888 - Odo, Count Paris menjadi raja Frank.
- 1328 - Edward III dari England bepermaisurikan Philippa dari Hainault, anak kepada Count Hainault.
- 1547 - Henry Howard, Earl Surrey dihukum mati.
- 1559 - Elizabeth I dinobatkan sebagai ratu England di Westminster Abbey, London.
- 1605 - Pementasan Eastward Hoe ciptaan Ben Jonson, George Chapman, dan John Marston yang penuh kontroversi, menyebabkan dua orang penciptanya dipenjarakan.
- 1607 - Bank Genoa jatuh berikutan pengumuman kemuflisan negara di Sepanyol.
- 1610 - Galileo Galilei menemui Callisto, satelit semula jadi keempat planet Musytari.
- 1785 - John Walter menerbitkan isu pertama akhbar Daily Universal Register (kini dikenali sebagai The Times).
- 1822 - Rekaan bendera Yunani diterima oleh Perhimpunan Kebangsaan Pertama di Epidaurus.
- 1830 - Kebakaran besar-besaran tercetus di New Orleans, Louisiana.
- 1832 - Presiden A.S. Andrew Jackson menulis surat membantah keingkaran negeri Carolina Selatan terhadap kekuasaan persekutuan kepada Naib Presiden Martin Van Buren dalam Krisis Pembatalan.
- 1840 - Kapal wap Lexington terbakar lalu karam empat batu dari pantai Long Island dengan kehilangan 139 nyawa.
- 1842 - Perang Afghan-Inggeris Pertama: Pembantu pakar bedah tentera British William Brydon tiba di Jalalabad, menjadi satu-satunya pelarian dari Kabul yang terselamat.
- 1847 - Perjanjian Cahuenga menamatkan Perang Mexico-Amerika di California.
- 1869 - Konvensyen pemimpin kulit hitam kebangsaan bersidang di Washington, D.C.
- 1893 - Parti Buruh Bebas UK mengadakan mesyuarat pertamanya.
- 1893 - Tentera Marin A.S. mendarat di Honolulu dari kapal U.S.S. Boston untuk menghalang ratu Hawaii daripada membatalkan Perlembagaan Bayonet.
- 1898 - Akhbar Paris L'Aurore menerbitkan surat terbuka Émile Zola (gambar) kepada Presiden Félix Faure bertajuk J'accuse, yang mendedahkan peristiwa Dreyfus dan menuduh kerajaan Perancis sebagai anti-Semitik.
- 1915 - Sebuah gempa bumi meragut 29,800 nyawa di Avezzano, Itali.
- 1934 - Ijazah Calon Sains diperkenalkan di Kesatuan Soviet.
- 1935 - Hasil plebisit di Saarland mendapati 90.3% pengundi hendak menyertai Jerman Nazi.
- 1938 - Gereja England menerima teori evolusi.
- 1939 - Kebakaran hutan Black Friday merentungkan tanah seluas 20,000 km² dan meragut 71 nyawa di Australia.
- 1942 - Henry Ford mempatenkan kereta plastik yang 30% lebih ringan berbanding kereta biasa.
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Penggunaan kerusi lenting pesawat buat julung kalinya oleh seorang juruterbang uji Jerman dalam pesawat pejuang Heinkel He 280.
- 1953 - Marsyal Josip Broz Tito dipilih menjadi Presiden Yugoslavia.
- 1957 - Syarikat mainan Wham-O mengeluarkan cakera terbang pertama mereka, kemudian dinamakan semula sebagai Frisbee.
- 1958 - Tentera Pembebasan Maghribi menyerang hendap pasukan rondaan Sepanyol di Pertempuran Edchera.
- 1964 - Rusuhan Hindu-Muslim tercetus di Calcutta (kini Kolkata), menyebabkan 100 orang terkorban.
- 1964 - Karol Wojtyla, iaitu bakal Paus John Paul II, dilantik menjadi ketua biskop Krakow, Poland.
- 1966 - Robert C. Weaver menjadi ahli Kabinet berketurunan Afrika-Amerika pertama dengan menyandang jawatan Setiausaha Pembangunan Perumahan dan Perbandaran Amerika Syarikat.
- 1967 - Jeneral Gnassingbe Eyadema merampas kuasa di Togo, dan memerintah sebagai ketua negara sehingga kematiannya pada Februari 2005.
- 1968 - Johnny Cash membuat persembahan di Penjara Folsom.
- 1972 - Perdana Menteri Kofi Busia dan Presiden Edward Akufo-Addo dari Ghana digulingkan dalam rampasan kuasa secara aman oleh Kolonel Ignatius Kutu Acheamphong.
- 1974 - Seraphim dipilih selaku Ketua Biskop Athens dan Seluruh Greece.
- 1985 - Sebuah kereta api penumpang terjunam ke dalam sebuah gaung di Habsyah, menyebabkan 428 orang terkorban dalam malapetaka kereta api paling dahsyat di Afrika.
- 1986 - Pertempuran hebat selama sebulan bermula di Aden, Yaman Selatan, antara para penyokong Presiden Ali Nasir Muhammad dengan bekas Presiden Abdul Fattah Ismail, dan mengakibatkan beribu-ribu orang terkorban.
- 1990 - L. Douglas Wilder menjadi gabenor Afrika-Amerika terpilih yang pertama ketika menyandang jawatan di Richmond, Virginia.
- 1991 - Peristiwa Januari: Askar Soviet menyerang penyokong kemerdekaan Lithuania di Vilnius, mengorbankan 14 orang.
- 1992 - Jepun memohon maaf kerana memaksa wanita Korea menjadi hamba seks ketika Perang Dunia Kedua.
- 2001 - Sebuah gempa bumi meragut lebih 800 nyawa di El Salvador.
- 2007 - Dua pertiga hemisfera selatan planet Zuhrah tiba-tiba bercahaya kerana terjadinya pembentukan aerosol secara mendadak.
- 2010 - Gempa bumi 7.0 Mw melanda Haiti, mengorbankan lebih 70,00 orang dan menyebabkan kemusnahan meluas di Port-au-Prince.
- 2010 - Parti Demokratik Liberal mendapat kemajmukan kerusi dalam pilihan raya Dewan Perundangan Uzbekistan.
- 2012 - Di Kiribati, Anote Tong terpilih semula sebagai presiden bagi penggal ketiga.
- 2015 - Penutupan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ditutup dengan menjatuhkan hukuman gantung terhadap tertuduh, Cif Inspektor Azilah dan Koperal Sirul.
Kelahiran
- 1980 - Dorra Zarrouk, pelakon wanita Tunisia.