Janji Joni | |
---|---|
Pengarah | Joko Anwar |
Penulis | Joko Anwar |
Dihasilkan oleh | Nia Dinata |
Dibintangi | Nicholas Saputra Mariana Renata Rachel Maryam Dwiky Riza Tora Sudiro Fedi Nuril |
Tarikh tayangan | 27 April 2005 |
Masa tayangan | 83 Minit |
Negara | Indonesia |
Bahasa | Bahasa Indonesia |
Janji Joni adalah sebuah filem Komedi Indonesia tahun 2005 yang dibintangi oleh Nicholas Saputra, Mariana Renata, Rachel Maryam dan Ramai lagi. Filem ini dikarang dan diarahkan oleh Joko Anwar.
Pelakon
- Nicholas Saputra Sebagai Joni
- Mariana Renata Sebagai Angelique
- Rachel Maryam Sebagai Voni
- Dwiky Riza Sebagai Toni
- Surya Saputra Sebagai Otto
- Gito Rollies Sebagai Pak Ucok
- Fedi Nuril Sebagai Jeffrey
Sinopsis
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Janji Joni menceritakan tentang Joni (Nicholas Saputra) seorang penghantar gelendong filem yang tidak pernah lewat menghantar gelendong filem antara pawagam. Joni yang telah bekerja sebagai penghantar secara turun temurun ini bernekad untuk menghantarnya lebih tepat dan diandalkan. Suatu hari ketika dia bertemu seorang wanita jelita (Mariana Renata) dan Joni menanyakan namanya. Tapi perempuan itu hanya akan memberitahu namanya kalau Joni dapat menghantar gelendong-gelendong filem dengan tepat hingga filem yang ditonton tidak terputus di tengah jalan.
Perbagai halangan perlu tempuhinya. Dimulakan dengan motornya dicuri ketika sedang menolong orang buta melintas jalan dan membantu istri kepada pemandu teksi yang ditumpangnya bersalin. Dia kemudian dipaksa menjadi figuran filem dan menolong gadis yang dijambatan. Voni (Rachel Maryam) yang kemudiannya malah membawa lari gelendong filemnya. Kemudian menjadikannya band Voni dan Jeffry (Fedi Nuril) turut dikejar semasa yang menjerit menyebut Voni yang mencuri barang mereka. Sehingga akhirnya bertemu dengan Adam (Sujiwo Tejo) seniman sinting sang pencuri beg tangan yang hampir saja mencuri beg tangan Joni. Sementara itu masa sudah hampir habis untuk menghantar gelendong filem. Joni bergerak dengan lebih cepat. Sekiranya Joni gagal menghantar gelendong filem tersebut pada masa yang tepat dia tidak akan dapat berjumpa dengan wanita tersebut itu lagi dan filem di pawagam akan tergantung ceritanya.