Jangkitan papillomavirus manusia | |
---|---|
Nama lain | Papilomavirus manusia |
Domain helikase antigen T besar papilomavirus | |
Pengkhususan | Penyakit berjangkit, ginekologi |
Gejala | Tiada, ketuat[1][2] |
Kerumitan | Barah serviks, vulva, faraj, zakar, dubur, mulut atau tekak[1][2] |
Punca | Papilomavirus manusia tersebar melalui sentuhan langsung[3][4] |
Pencegahan | Vaksin HPV, kondom[3][5] |
Kekerapan | Kebanykan orang terjangkit pada beberapa ketika dalam masa[3] |
sunting |
Jangkitan papilomavirus manusia (jangkitan HPV) ialah suatu jangkitan oleh papilomavirus manusia (HPV, akronim bahasa Inggeris: human papillomavirus).[4] Kebanyakan jangkitan HPV infections menyebabkan tiada gejala dan selesai dengan sukarela.[1] Dalam beberapa orang, jangkitan HPV berterusan dan mengakibatkan ketuat atau luka prabarah.[2] Luka prabarah meningkatkan risiko barah pada serviks, vulva, faraj, zakar, dubur, mulut, atau tekak.[1][2] Hampir kesemua barah pangkal rahim disebabkan HPV dengan dua jenis, HPV16 dan HPV18, menjelskan 70% daripada kes.[1][6] Antara 60% dan 90% daripada barah lain yang disebut di atas juga dikaitkan pada HPV.[6] HPV6 dan HPV11 ialah sebab biasa ketuat kelamin dan papilomatosis larinks.[1]
Jangkitan HPV berpunca oleh papilomavirus manusia, sebuah virus DNA dari famili papilomavirus, daripada itu lebih 170 jenis diketahui.[7] Lebih daripada 40 jenis berjangkit melalui sentuhan persetubuhan dan menjangkiti dubur dan kelamin.[3] Faktor risiko bagi jenis hubungan jenis berterusan termasuk usia muda hubungan seks pertama, pasangan pelbagai, merokok, dan fungsi imun yang lemah.[1] Jenis-jenis ini biasanya tersebar oleh sentuhan kulit ke kulit langsung yang beransur, dengan persetubuhan faraj dan dubur menjadi kaedah yang terlazim.[3] Kadangkala, ia boleh tersebar dari ibu ke bayinya semasa hamil.[8] Ia tidak muncul tersebar melalui barang biasa seperti tempat duduk tandas.[8] Walau bagaimanapun, jenis yang menyebabkan ketuat boleh tersebar melalui permukaan seperti lantai.[9] Orang boleh dijangkiti dengan lebih daripada satu jenis HPV.[8] HPV hanya mempengaruhi manusia.[4][10]
Vaksin HPV boleh mengelakkan kebanyakan jenis jangkitan biasa.[3] Untuk menjadi paling berkesan, vaksin patut digunakan sebelum mula kegiatan persetubuhan dan are therefore recommended antara usia sembilan hingga 13 tahun.[1] Saringan barah serviks, seperti dengan ujian Papanicolaou (pap) atau melihat pada serviks selepas menggunakan asid asetik, boleh mengesan barah awal atau sel luar biasa yang dapat berkembang menjadi barah.[1] Saringan membenarkan rawatan awal yang mengakibatkan hasil yang lebih baik.[1] Saringan telah mengurangkan kedua-dua bilangan kes dan bilangan kematian daripada barah serviks.[11] Ketuat boleh dibuang dengan pembekuan.[4]
HPV ialah jangkitan hubungan jenis yang terlazim di seluruh dunia.[4] Kebanyakan orang terjangkit pada suatu ketika dalam kehidupan mereka.[3] Pada tahun 2018, dianggarkan 569,000 kes baru dan 311,000 kematian berlaku dari barah serviks di seluruh dunia.[12] Sekitar 85% daripada ini berlaku di negara berpendapatan rendah dan pertengahan.[1] Di Amerika Syarikat, sekitar 30,700 kes barah disebabkan HPV berlaku setiap tahun.[13] Kira-kira 1% orang dewasan yang giat bersetubuh ada ketuat kelamin.[8] Sementara kes ketuat telah digambarkan sejak zaman Yunani kuno, alam semula jadi virusnya tidak ditemui sehingga tahun 1907.[14]
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i j k "Human papillomavirus (HPV) and cervical cancer". WHO. Jun 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2016. Dicapai pada 10 Ogos 2016. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c d Ljubojevic S, Skerlev M (2014). "HPV-associated diseases". Clinics in Dermatology. 32 (2): 227–34. doi:10.1016/j.clindermatol.2013.08.007. PMID 24559558.
- ^ a b c d e f g "What is HPV?". CDC. 28 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2016. Dicapai pada 10 Ogos 2016. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c d e Milner, Danny A. (2015). Diagnostic Pathology: Infectious Diseases (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 40. ISBN 9780323400374. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2017. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Fact Sheet for Public Health Personnel | Condom Effectiveness | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 25 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2017. Dicapai pada 1 Mei 2017. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b "The Link Between HPV and Cancer". CDC. September 30, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2015. Dicapai pada 11 August 2016.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBzhalava2013
- ^ a b c d "Human Papillomavirus (HPV) Questions and Answers". CDC. 28 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Ogos 2016. Dicapai pada 11 Ogos 2016. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Human Papilloma Virus (HPV)" (PDF). WRHA. 18 November 2019. Dicapai pada 26 March 2019.
- ^ "Pink Book (Human Papillomavirus)" (PDF). CDC.gov. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 Mac 2017. Dicapai pada 18 April 2017. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Sawaya GF, Kulasingam S, Denberg TD, Qaseem A (Jun 2015). "Cervical Cancer Screening in Average-Risk Women: Best Practice Advice From the Clinical Guidelines Committee of the American College of Physicians". Annals of Internal Medicine. 162 (12): 851–9. doi:10.7326/M14-2426. PMID 25928075.
- ^ "Global Cancer Observatory: International Agency for Research on Cancer" (PDF). IARC. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 October 2018. Dicapai pada 16 March 2019.
- ^ Viens, LJ; Henley, SJ; Watson, M; Markowitz, LE; Thomas, CC; Thompson, TD; Razzaghi, H; Saraiya, M (8 July 2016). "Human Papillomavirus-Associated Cancers - United States, 2008-2012". MMWR. Morbidity and Mortality Weekly Report. 65 (26): 661–6. doi:10.15585/mmwr.mm6526a1. PMID 27387669.
- ^ Tyring, Stephen; Moore, Angela Yen; Lupi, Omar (2016). Mucocutaneous Manifestations of Viral Diseases: An Illustrated Guide to Diagnosis and Management (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2). CRC Press. m/s. 207. ISBN 9781420073133. Unknown parameter
|name-list-format=
ignored (bantuan)
Pautan luar
- Jangkitan papilomavirus manusia di Curlie
- Information Centre on HPV and Cancer—ICO
- HPV Fact sheets at the Centers for Disease Control and Prevention
- "Human Papillomavirus (HPV) Vaccines", National Cancer Institute Fact Sheet, US National Institutes of Health, 22 October 2009.