James Mountbatten-Windsor, Earl Wessex | |
---|---|
Kelahiran | James Alexander Philip Theo Mountbatten-Windsor 17 Disember 2007 Hospital Frimley Park, Frimley, Surrey, United Kingdom |
Ibu | Sophie, Duchess Edinburgh |
Bapa | Putera Edward, Duke Edinburgh |
Keluarga |
|
James Mountbatten-Windsor, Earl Wessex (diputerakan 17 Disember 2007) ialah putera bongsu kepada Putera Edward, Earl Wessex dan Forfar, dan Sophie, Countess Wessex dan Forfar. Baginda ialah cucunda bongsu kepada Ratu Elizabeth II dan Putera Philip, Duke Edinburgh, serta anakanda saudara kepada Raja Charles III. Baginda kini berada pada tempat ke-14 dalam susur-galur pewarisan takhta British.
Keputeraan dan pembaptisan
Viscount Severn diputerakan pada Disember 2007, di Hospital Frimley Park di Frimley, Surrey.[1] Nama bayi, James Alexander Philip Theo, diumumkan pada 21 Disember.[2]
Baginda dibaptis pada 19 April 2008, di Gereja Kecil Persendirian Istana Windsor oleh Uskup David Conner, dan ibu bapa baptisnya ialah Alastair Bruce of Crionaich, Duncan Bullivant, Thomas Hill, Denise Poulton, dan Jeanye Irwin.[3][4] Baginda mengenakan replika gaun pembaptisan diraja yang baru dibuat yang asalnya digunakan oleh Victoria, puteri sulung Ratu Victoria, pada tahun 1840. Ia telah dipakai untuk kebanyakan pembaptisan sejak itu, dan gaun asal kini telah dipelihara.[3]
Sehingga 2020, Viscount Severn menghadiri Eagle House School, sebuah sekolah persediaan pendidikan bersama berhampiran Sandhurst di Berkshire.[5]
Penampilan rasmi
Pada April 2015, James dan paduka kekandanya, Lady Louise, menyertai penglibatan pertama mereka di luar negara dengan menemani bonda dan ayahanda mereka dalam lawatan ke Afrika Selatan.[6] Pada September 2020, James menyertai Great British Beach Clean bersama keluarganya di Southsea Beach di Hampshire, sebagai sokongan kepada Persatuan Pemuliharaan Marin.[7][8]
Pada Mac 2022, James menghadiri upacara peringatan untuk Putera Philip, Duke Edinburgh.[9] Pada Jun 2022, baginda menghadiri Upacara Kesyukuran Negara Jubli Platinum[10][11] dan Parti Platinum di Istana.[12]
Pada 17 September 2022, semasa tempoh perkabungan rasmi untuk Ratu Elizabeth II, James menyertai kekandanya dan enam sepupunya untuk berjaga selama 15 minit di sekeliling keranda mendiang Ratu, ketika ia diletakkan di Dewan Westminster untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir.[13] Pada 19 September, baginda menyertai ahli keluarga lain di istiadat pemakaman negara mendiang Ratu.[14]
Gelaran, gaya, dan anugerah
Gelaran dan gaya
James mendapat gaya panggilan Viscount Severn. Gelaran Viscount Severn mengakui asal Wales keluarga ibunya:[15] Sungai Severn naik di Wales. Surat paten yang dikeluarkan pada tahun 1917 memberikan status putera dan gaya Royal Highness (Duli Yang Maha Mulia) kepada semua anakanda lelaki raja. Apabila bonda dan ayahandanya berkahwin, Istana Buckingham mengumumkan bahawa anak-anak mereka akan digayakan sebagai anak seorang earl, bukannya sebagai putera atau puteri.[16] Oleh itu, komunikasi mahkamah merujuknya sebagai Viscount Severn.[17] Pada tahun 2020, Countess Wessex dan Forfar menyatakan bahawa James dan kekandanya Lady Louise Windsor mengekalkan gelaran dan gaya diraja mereka dan akan membuat pilihan sama ada untuk menggunakannya apabila masing-masing mencapai umur 18 tahun.[18]
Anugerah
- 6 Februari 2012: Pingat Jubli Berlian Ratu Elizabeth II[19]
- 6 Februari 2022: Pingat Jubli Platinum Ratu Elizabeth II[19]
Pada Jun 2008, untuk mengiktiraf lawatan ayahandanya ke wilayah Manitoba di Kanada, Leftenan Gabenor Manitoba menamakan sebuah tasik di utara wilayah itu sempena nama James.[20]
Rujukan
- ^ "Countess gives birth to baby boy". BBC News. 17 December 2007.
- ^ "Edward and Sophie name baby James". BBC News. 21 December 2007.
- ^ a b "Announcement of the Arrangement for the Christening of Lord Severn". royal.uk. 15 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2008.
- ^ "Queen sees grandson's christening". BBC News. 19 April 2008.
- ^ Lamb, Christina. "Can Sophie, Countess of Wessex, steady the royal ship?". The Times. Dicapai pada 6 June 2020.
- ^ "Lady Louise and James accompany mother Sophie on royal mission in South Africa". 11 April 2015.
- ^ Rice, Francesca (21 September 2020). "The Countess of Wessex looks cool and casual in jeans to litter-pick at the beach with her famil". Good Housekeeping. Dicapai pada 16 November 2020.
- ^ "Prince Edward and family spend sunny weekend on beach clean". Tatler. 21 September 2020. Dicapai pada 16 November 2020.
- ^ Scarsi, Alice (29 March 2022). "Lady Louise Windsor stuns royal fans during rare public appearance – 'what a beauty'". Express. Dicapai pada 19 August 2022.
- ^ Hughes, Seren (2 June 2022). "Royal fans can't believe how grown up the Queen's youngest grandson looks". MyLondon.
- ^ "Who was at the Queen's Jubilee service of thanksgiving? Royal family joined by Harry, Meghan and politicians past and present". Sky News.
- ^ Coke, Hope (4 June 2022). "'You laugh with us and cry with us': Prince Charles pays heartfelt tribute to 'mummy' at historic Platinum Party". Tatler. Dicapai pada 19 August 2022.
- ^ McCrum, Kirstie (17 September 2022). "Queen's grandchildren stand solemn vigil in Westminster Hall". walesonline.co.uk. Dicapai pada 17 September 2022.
- ^ "Queen's youngest grandchild James Viscount Severn, 14, attends funeral with sister". Independent.co.uk. 19 September 2022.
- ^ "Wessex titles for Edward and Sophie". BBC News. 19 June 1999. Dicapai pada 3 May 2011.
- ^ UK Government News – 19th June, 1999: TITLE OF HRH THE PRINCE EDWARD (Accessed 18 January 2014)
- ^ Kidd, Charles; Shaw, Christine (2008). Debrett's Peerage & Baronetage 2008. Debrett's Peerage Limited. ISBN 978-1870520805.
- ^ "Queen Elizabeth's Grandchildren Will 'Work for a Living' and Won't Use HRH, Says Mom Sophie Wessex". People. Dicapai pada 9 June 2020.
- ^ a b Peter Phillips, Zara Tindall, The Prince of Wales, The Duke of Sussex, Princess Beatrice, Princess Eugenie, Lady Louise Windsor and James, Viscount Severn have mounted a vigil around their grandmother’s coffin at Westminster Hall
- ^ "Prince Edward begins Winnipeg visit". The Vancouver Sun. Canada. 2 June 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2011. Dicapai pada 30 March 2010.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan James, Earl Wessex |
James, Earl Wessex Tarikh keputeraan: 17 Disember 2007
| ||
Susunan penggantian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Earl Wessex dan Forfar |
Pewarisan takhta British ke-14 dalam susur-galur |
Diikuti oleh Lady Louise Mountbatten-Windsor |
Susunan keutamaan di United Kingdom | ||
Didahului oleh Earl Wessex dan Forfar |
Gentlemen Viscount Severn |
Diikuti oleh Peter Phillips |