Jambatan Gemencheh adalah jambatan yang menyeberangi Sungai Kelamah dan menghubungkan bandar Gemas dengan bandar bersebelahan Tampin. Semasa Perang Dunia Kedua jambatan ini menjadi medan pertempuran antara tentera Jepun dan tentera Australia.
Jambatan Gemencheh semasa Pertempuran Malaya
Semasa Pertempuran Malaya dalam Perang Dunia Kedua, Jambatan Gemencheh berhampiran Gemas menyaksikan pertempuran hebat antara Tentera Jepun Imperial dan 2/30th Battalion, 8th Division, Australian Imperial Force (AIF) dalam pertempuran yang dikenali sebagai pertempuran Jambatan Gemencheh. Pegawai Pemerintah Batalion adalah Lieutenant Colonel Frederick "Black Jack" Galleghan. Jambatan Gemencheh menghubungkan bandar Gemas dengan Tampin. Pihak Jepun perlu melalui Tampin dan perlu menyeberang Sungai Kelamah bagi sampai ke bandar Gemas.