Jambatan Bengkok Rm17 Juta Sungai Damit | |
---|---|
![]() | |
Ciri-ciri | |
Bahan | steel |
Sejarah | |
Biaya pembinaan | RM17 million + RM30 million to dismantle and build new |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Jambatan Bengkok Rm17 Juta Sungai Damit adalah sebuah jambatan jenis arch-tied yang terletak di Sungai Damit, Tamparuli, Sabah, Malaysia . Jambatan itu menjadi kontroversi kerana kecacatan struktur yang teruk, bengkok di bahagian tengahnya di atas beratnya sendiri. Ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan awam dan dakwaan kemungkinan penyelewengan dana dalam pembinaannya. [1]
Sejarah
Jambatan Bengkok Sungai Damit telah dibina dengan kos RM17 juta sebagai sebahagian daripada projek infrastruktur di kawasan itu. Tetapi selepas siap, ia telah didapati mempunyai bengkok yang ketara, ini menimbulkan persoalan tentang kualiti dan keselamatan pembinaan. [2]
Kontroversi
Pada Februari 2025, Zid Aliasgar mendedahkan keadaan bengkok jambatan itu melalui video di akaun TikToknya. Video itu menjadi tular dengan 1.3 juta tontonan, mencetuskan perdebatan mengenai beberapa isu utama: [3]
Kebimbangan keselamatan awam – Bengkok luar biasa jambatan itu menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilannya.
Kos pembinaan boleh dipersoalkan – Kos RM17 juta dianggap terlalu tinggi berbanding keadaan fizikal jambatan itu, yang dianggarkan ada yang hanya bernilai sekitar RM500,000 .
Tuduhan penyelewengan dana – Timbul spekulasi bahawa dana projek mungkin telah disalahgunakan atau dikendalikan secara tidak telus.
Kesudahannya
Berikutan pendedahan ini, jambatan itu ditutup kepada orang ramai bagi mengelakkan kemungkinan berlaku kemalangan. Tambahan RM30 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk meruntuhkan dan membina jambatan baaru. Zid Aliasgar terus menuntut siasatan terhadap peruntukan asal RM17 juta, percaya bahawa mungkin terdapat salah urus kewangan atau rasuah dalam projek itu. [4]
Kesan dan Sambutan Orang Ramai
Kontroversi Jambatan Bengkok RM17 Juta Sungai Damit mencetuskan perbincangan lebih besar mengenai ketelusan dalam projek infrastruktur kerajaan di Sabah . Pendedahan bukti video 18 kes rasuah di negeri ini, tepat pada masanya. Tetapi tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa. [5]
Pendedahan itu menarik perhatian awam dan media yang meningkatkan tekanan ke atas pihak berkuasa untuk menyiasat kemungkinan salah laku dalam projek infrastruktur di seluruh rantau ini.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Setiausaha Agung KDM Dr Gaim cadang "Jambatan Sungai Damit Bengkok" dijadikan produk pelancongan baharu Tuaran". Jesselton Times. October 2, 2023. Dicapai pada February 16, 2025.
- ^ "Jadikan jambatan Sungai Damit sebagai produk pelancongan". Utusan Borneo. October 2, 2023. Dicapai pada February 16, 2025.
- ^ "Jambatan Tuaran RM18 Juta Bengkok, Netizen Persoal Kualiti Binaan". I Love Borneo. February 2025. Dicapai pada February 16, 2025.
- ^ "[VIDEO] Jambatan Tuaran bernilai RM18 juta didakwa terbazir, bengkok kerana bahan tak berkualiti". Majoriti. February 2, 2025. Dicapai pada February 16, 2025.
- ^ "KDM Sec Gen Dr Gaim wants "Jambatan Sungai Damit Bengkok" to be turned into a new tourism product for Tuaran". Jesselton Times. October 2, 2023. Dicapai pada February 16, 2025.