
Jambatan Bailey ialah sejenis jambatan mudah alih pasang siap yang mempunyai kekuda. Jembatan jenis ini dibangunkan oleh British untuk kegunaan tentera semasa Perang Dunia Kedua dan banyak digunakan oleh unit-unit askar jurutera British dan Amerika Syarikat.
Sebuah jambatan Bailey memiliki kelebihan kerana pembinaannya tidak memerlukan peralatan khas atau pun berat. Bahagian-bahagian kayu dan besi bersaiz kecil dan ringan agar dapat diangkut menggunakkan lori dan kemudian dipasang dengan tangan tanpa penggunaan kren. Jambatan Bailey kukuh dan dapat menampung kereta kebal. Jambatan-jambatan Bailey masih kekal digunakan secara meluas dalam projek-projek pembinaan awam dan bagi menyediakan tempat laluan sementara buat pejalan kaki dan kenderaan.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.