Jamal Jamban SSAP (Pahang) | |
---|---|
Ketua Komunikasi Barisan Nasional Selangor | |
Menyandang jawatan 31 Julai 2022 | |
Didahului oleh | Isham Jalil |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Jamal bin Md Jamban 4 Ogos 1970 Sungai Leman, Sekinchan, Selangor |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Datin Sri Nurhanizatul Shida Mat Hassan |
Pekerjaan |
|
Yang Hormat Dato' Sri Jamal Md Jamban merupakan seorang pengusaha kedai Ikan Bakar Sekinchan dari Sungai Besar, Selangor dan Ketua Pemuda UMNO cawangan Sungai Besar. Dilahirkan pada 4 Ogos 1970 ini juga merupakan aktivis "Baju Merah" untuk menentang Bersih 5.
Jamal Jamban pernah melarikan diri dari buruan polis mengunakan laluan tikus menggunakan laluan tikus lari ke Indonesia dan bersembunyi di ladang.[1] Walaupun masih menjadi buruan polis, Jamal Jamban menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.[2] Beliau telah bertanding sebagai calon parlimen Sungai Besar atas tiket BN semasa pilihan raya ke-15 tetapi telah kalah kepada calon Perikatan Nasional.
Tuduhan memfitnah Siti Nurhaliza
Jamal dikecam oleh segelintir peminat industri hiburan tanah air kerana tindakannya menyindir penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kurang subur kerana masih tidak mempunyai cahaya mata. Sindiran itu dibuat selepas Siti memuat naik gambar beliau dan mengkritik tindakannya bertuala tanda protes terhadap masalah bekalan air. Berikut ialah komen pedas beliau: "Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain".
Aksi memecahkan botol arak
Insiden ini berlaku berikutan bantahan golongan Baju Merah terhadap pesta arak "The Better Beer Festival 2017" yang dijadualkan untuk dianjurkan di Publika, Mont Kiara di bulan Oktober 2017 [1] Diarkibkan 2017-10-07 di Wayback Machine.
Berikutan bantahan dari badan bukan kerajaan, parti politik dan ahli ulama, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akur kepada tekanan, dan telah membatalkan penganjuran pesta tersebut.
Laporan polis dibuat dan polis menahan Jamal dan sepuluh orang pengikutnya untuk disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana berhimpun secara haram [2]. Ketika ditahan, Jamal berkata beliau "rela digari daripada membiarkan anak Selangor mabuk arak". [3] Diarkibkan 2017-10-07 di Wayback Machine.
Rujukan
- http://www.kwiknews.my/news/dbkl-tolak-permohonan-penganjuran-better-beer-festival-2017 Diarkibkan 2017-10-07 di Wayback Machine "DBKL Tolak Permohonan Penganjuran 'Better Beer Festival 2017"
- https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/09/324960/pas-kelantan-bantah-pesta-arak "Kelantan bantah pesta arak"
- https://www.malaysiakini.com/news/395895 "Polis dapat tahu rancangan pengganas di pesta arak"
- http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jamal-jamban-pecahkan-botol-arak-tanda-protes-157023
- https://www.malaysiakini.com/news/397415 "Jamal ditangkap selepas aksi pecahkan botol arak"
- http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2017/10/06/saya-rela-digari-daripada-biar-anak-selangor-mabuk-arak-kata-jamal/"Saya Diarkibkan 2017-10-07 di Wayback Machine rela digari daripada biar anak Selangor mabuk arak, kata Jamal"