Jalan Negeri Kedah K655 | |
---|---|
Jalan Pengkalan Lebai Man | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda | |
Panjang | 1.20 km[1] (0.75 mi) |
Simpang utama | |
Hujung utara | Kampung Pengkalan Lebai Man |
Jalan Taman Ria Jaya–Bukit Tok Acheh K653 Jalan Kampung Raja–Taman Sri Wang | |
Hujung selatan | Taman Seri Wang |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Pengkalan Lebai Man (Laluan Negeri Kedah K655) ialah jalan negeri yang terletak di timur Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K655 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.2 kilometer (0.7 bt),[1] menghubungkan Kampung Pengkalan Lebai Man di utara dengan Taman Sri Wang di selatan dengan melalui kawasan Kampung Sungai Gelugor.[4][5]
Gambaran keseluruhan
Jalan Pengkalan Lebai Man bermula di persimpangannya dengan Jalan Taman Ria Jaya–Bukit Tok Acheh (Laluan Negeri K609), di Taman Sri Wang; berhampiran dengan sebuah sekolah, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang. Ia akan menuju ke barat laut menuju ke Kampung Sungai Gelugor, melalui kawasan perumahan. K655 akan bersimpang dengan Jalan Kampung Raja–Taman Sri Wang (Laluan Negeri K653), kira-kira 500 meter (0.3 bt) dari penghujung selatan. Jalan Pengkalan Lebai Man (Laluan Negeri K655) berakhir dengan persilangan dengan jalan perumahan sedia ada di Kampung Pengkalan Lebai Man.[4][5][6]
Secara keseluruhan, Laluan K655 ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong dan terletak di bawah pentadbiran Mukim Sungai Petani, Daerah Kuala Muda.[2]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[5][6] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Taman Sri Wang | 0.0 | K609 — Baling, Kuala Ketil | Penghujung selatan | ||
Kampung Sungai Gelugor | 0.5 | K653 K653 — Taman Beringin, Kampung Raja, Sungai Petani | |||
Kampung Pengkalan Lebai Man | 1.2 | Dilanjutkan dengan jalan perumahan sedia ada. | Penghujung utara | ||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Rujukan
- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ @JKRKMS (27 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 6 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ a b c "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
- ^ a b Google Inc (25 Januari 2022). "Peta Laluan Negeri Kedah K655" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Februari 2022.
Pautan luar
- "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.