United States Department Of Defense | |
Ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat di The Pentagon | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 18 September 1947 (oleh Akta Keselamatan Negara 1947) |
Agensi terdahulu | |
Jenis | Jabatan |
Ibu pejabat | The Pentagon Kaunti Arlington, Virginia |
Kakitangan | 2.87 juta orang [1] |
Belanjawan tahunan | $716 billion dolar [1] |
Eksekutif jabatan | |
Agensi-agensi anak | |
Laman sesawang | https://www.defense.gov |
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat ( Bahasa Inggeris : United States Department Of Defense ; singkatan : DOD dan USDOD ) merupakan sebuah jabatan persekutuan yang dipertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia kesemua agensi dan fungsi kerajaan yang berkait rapat keselamatan negara dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat, bersamaan dengan Kementerian Pertahanan di negara lain. Organisasi dan fungsi Jabatan Pertahanan A.S ada diterangkan di dalam Judul 10 di dalam Kanun Amerika Syarikat.
Jabatan Pertahanan AS merupakan penyewa terbesar di Bangunan The Pentagon berhampiran Washington, DC. Jabatan ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu — Jabatan Tentera Darat Amerika Syarikat, Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dan Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat.
Agensi-agensi Jabatan Pertahanan yang lain adalah Agensi Pertahanan Peluru Berpandu, Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Termaju, Agensi Pasukan Perlindungan Pentagon, Agensi Perisikan Pertahanan, Agensi Perisikan Geospatial Negara dan Agensi Keselamatan Negara. Jabatan ini juga mengoperasikan beberapa sekolah-sekolah perkhidmatan bersama, termasuk Kolej Peperangan Negara.
Lihat juga
- The Pentagon
- Angkatan Tentera Amerika Syarikat
- Tentera Angkasa Amerika Syarikat
- Tentera Darat Amerika Syarikat
- Tentera Udara Amerika Syarikat
- Tentera Laut Amerika Syarikat
- Kor Marin Amerika Syarikat
- Biro Pengawal Kebangsaan
- Pengawal Pantai Amerika Syarikat
- Markas Medan Bersepadu
Rujukan
- ^ a b Dari laman web rasmi pada 24 Disember 2020
Pautan luar
- United States DOD website
- Read Congressional Research Service (CRS) Reports regarding the Department of Defense Diarkibkan 2007-09-14 di Wayback Machine
- U.S. Department of Defense Profile: Making the Tail Smaller and the Tooth Stronger
- Entire Collection of DoD Freedom of Information Act (FOIA) Reading Room
- DOD property auctions Diarkibkan 2008-07-05 di Wayback Machine
- Title 10 U.S.C. Diarkibkan 2008-08-21 di Wayback Machine
- Department Of Defense Meeting Notices and Rule Changes Diarkibkan 2008-09-06 di Wayback Machine from The Federal Register RSS Feed Diarkibkan 2008-07-04 di Wayback Machine