(Dilencongkan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat)
جابتن كباجيكن مشاركت | |
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pontian | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | April 1946 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya |
Eksekutif kerajaan |
|
Agensi induk | Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia |
Laman sesawang | www |
Jabatan Kebajikan Masyarakat (Tulisan Jawi: جابتن كباجيكن مشاركت; singkatan: JKM) telah ditubuhkan dalam tahun 1946. Ia bertujuan menjaga kebajikan mereka yang memerlukan berlandaskan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian. Kumpulan sasar JKMM termasuklah:
- Kanak-kanak
- Orang kurang upaya
- Warga emas
- Keganasan rumah tangga
- Keluarga bermasalah
- Orang papa/fakir
- Gelandangan
- Perintah khidmat masyarakat (PKM)
- Pertubuhan sukarela kebajikan (PSK)
- Mangsa bencana
Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah ditempatkan di bawah beberapa kementerian:
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya (1946 - 1951)
- Kementerian Perusahaan dan Perhubungan Sosial (1952 - 1955)
- Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat (1956 - 1957)
- Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat (1958 - 1959)
- Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat (1960 - 1962)
- Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat (1963)
- Kementerian Kebajikan Am (1964)
- Kementerian Kebajikan Am ditukarkan nama kepada Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia (1982)
- Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia ditukarkan kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Oktober 1990)
- Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat digabungkan dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dengan nama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2004)