Jóhanna Sigurðardóttir1 | |
---|---|
Perdana Menteri Iceland | |
Memegang jawatan 1 Februari 2009 | |
Presiden | Ólafur Ragnar Grímsson |
Didahului oleh | Geir Haarde |
Menteri Hal Ehwal Sosial dan Keselamatan Sosial | |
Dalam jawatan 24 May 2007 – 1 February 2009 | |
Perdana Menteri | Geir Haarde |
Didahului oleh | Magnús Stefánsson (Hal Ehwal Sosial) Siv Friðleifsdóttir (Menteri Kesihatan dan Keselamatan Sosial) |
Digantikan oleh | Ásta Ragnheiður Jóhannesdóttir |
Dalam jawatan 8 Julai 1987 – 24 Jun 1994 | |
Perdana Menteri | Þorsteinn Pálsson Steingrímur Hermannsson Davíð Oddsson |
Didahului oleh | Alexander Stefánsson |
Digantikan oleh | Guðmundur Árni Stefánsson |
Butiran peribadi | |
Lahir | Reykjavík, Iceland | 4 Oktober 1942
Parti politik | Peri (2000 – kini) Gerakan Kebangsaan (1994 – 2000) Parti Demokratik Sosial (1978 – 1994) |
Rakan kongsi domestik | Jónína Leósdóttir |
Anak-anak | Dua orang anak kandung lelaki (l. 1972 dan 1977)<brS>Seorang anak tiri lelaki (l. 1981) |
Pekerjaan | Pemimpin buruh, pramugari |
1 Ini merupakan nama orang Iceland yang serupa strukturnya dengan nama Melayu, iaitu nama akhir adalah nama bapa atau ibu dan bukan nama keluarga seperti bangsa-bangsa Barat yang lain; maka tokoh ini harus dipanggil Jóhanna. |
Jóhanna Sigurðardóttir[nota 1][nota 2] (IPA: [jouːhanːa ˈsɪːɣʏrðartouʰtɪr]; lahir 4 Oktober 1942) ialah seorang ahli politik Iceland dan Perdana Menteri Iceland masa kini. Beliau pernah memegang jawatan Menteri Hal Ehwal dan Keselamatan Sosial Iceland dari tahun 1987–1994 dan 2007–2009. Beliau menjadi anggota Althing (parlimen Iceland) sebagai wakil Reykjavík semenjak 1978. Beliau menjadi Perdana Menteri wanita pertama bagi Iceland pada 1 Februari 2009; di samping itu juga beliau menjadi ketua pemerintah berorientasi homoseksual pertama di zaman moden.[1][2] Majalah Forbes turut menyenaraikan beliaudalam kalangan 100 orang wanita aling berkuasa di dunia menurut ia.[3]
Pada September 2012, beliau mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding semula serta akan bersara dari dunia politik.[4]
Pemerintahan
Beliau berusaha memulihkan keadaan ekonomi Iceland yang dilumpuhkan akibat hutang yang ditanggung berat Icesave, hasil suatu pertelingkahan oleh salah satu bank utama di negara tersebut, Landsbanki pada Oktober 2008.
Pada tahun 2010, pemerintah pimpinannya mengharamkan sebarang kegiatan yang membenarkan majikan mengambil untung dari ketelanjangan badan para pekerja termasuk perniagaan kelab tarian bogel. Beliau beralasan perkara tersebut "mengiktiraf wanita sebagai warga yang sama haknya bukannya sebagai komoditi untuk dijual."[5]
Nota
- ^ Nama orang Iceland sama strukturnya dengan nama asas dalam budaya-budaya Arab, Melayu dan Yahudi di mana nama akhir adalah nama bapa atau ibu yang diimbuhkan dengan kata "anak" dalam bahasa tempatan, bukan nama keluarga seperti bangsa-bangsa Barat yang lain; maka tokoh ini harus dipanggil dengan nama depannya iaitu "Jóhanna".
- ^ Nama ini sering dieja dalam akhbar bahasa luar Iceland sebagai Johanna Sigurdardottir
Rujukan
- ^ Moody, Jonas (2009-01-30). "Iceland Picks the World's First Openly Gay PM". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-19. Dicapai pada 2009-01-31.
- ^ "First gay PM for Iceland cabinet". BBC News. 1 Februari 2009. Dicapai pada 2009-02-01.
- ^ "The 100 Most Powerful Women". Forbes.
- ^ Reuters (27 September 2012). "Iceland's PM, its first female premier, says to quit politics". Reuters.com. Thomson Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 October 2012. Dicapai pada 13 October 2012.
- ^ Sirota, David (26 Mac 2010). "Iceland's stripping ban – Broadsheet". Salon.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-05. Dicapai pada 17 Mei 2010.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jóhanna Sigurðardóttir |
Wikiberita mempunyai berita berkaitan: First openly gay prime minister to be appointed in Iceland |
- Personal blog Diarkibkan 2009-01-31 di Wayback Machine (Iceland)