Ivy Nallammah Josiah (dilahir 1954 atau 1955 di Kuala Lumpur, Malaysia) ialah seorang guru dan aktivis hak wanita. Beliau aktif dalam NGO iaitu Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO). Beliau merupaka salah seorang ahli perinitis WAO, yang telah ditubuhkan pada tahun 1982 oleh mendiang Tun Tan Siew Sin merupakan salah satu organisasi pertama di Malaysia bagi membantu wanita dan kanak-kanak yang didera.
Kehidupan Awal
Josiah dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Brickfields. Ibu bapa beliau berasal dari Jaffna, Sri Lanka. Bapanya datang ke Malaysia untuk bekerja dengan kerajaan kolonial. Akhirnya, bapa Josiah pulang ke Jaffna, berkahwin dengan ibu Josiah dan berpindah ke Malaysia.
Kerjaya
Josiah memegang jawatan Pengarah Eksekutif di WAO selama 15 tahun. Apabila Josiah mula bekerja dengan WAO, beliau melihatnya sebagai satu cara untuk menghapuskan diskriminasi dalam hidupnya sendiri sambil berkata, "Saya tidak pernah melihatnya sebagai kerja amal. Ia adalah aktivisme."[1] Beliau diperkenalkan kepada WAO melalui Datuk Ambiga Sreenevasan, seorang peguam dan peguam bela hak asasi manusia yang merupakan rakannya di S.M.K. Convent Bukit Nanas. WAO membantu wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa dan mangsa keganasan. WAO menjalankan kempen pendidikan awam untuk mewujudkan kesedaran tentang keganasan terhadap wanita dan hak-hak wanita.[2]
Pada tahun 2017, Josiah masih aktif dalam pelbagai jenis hak sivil dan politik termasuk menjadi sukarelawan dengan Bersih, Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia, dan PROHAM (Pertubuhan Promosi Hak Asasi Manusia), yang mana beliau adalah pernah pegang jawatan sebagai setiausaha agung.[3]
Rujukan
- ^ "Ivy Josiah still fighting for civil rights - 3Age". web.archive.org. 2016-11-04. Dicapai pada 2025-03-17.
- ^ "100 memorable Malaysian women - Part 1". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-08. Dicapai pada 2011-09-20.
- ^ "Chew: Women candidates want level playing field". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2017-04-28. Dicapai pada 2025-03-17.