Ivan Lanin | |
---|---|
Kelahiran | Ivan Razela Lanin[1] 16 Januari 1975 |
Pasangan | Ananda Prilianti[2] |
Anak-anak | Arka Baskara Lanin[2] |
Laman web rasmi | ivan.lanin.org |
Ivan Lanin (lahir di Jakarta, Indonesia, 16 Januari 1975; umur 49 tahun; lahir dengan nama Ivan Razela Lanin)[1] merupakan seorang pakar internet Indonesia.[3] Ivan Lanin terutamanya dikenali sebagai seorang aktivis yang menganjurkan penggunaan bahasa Indonesia baku serta memperkenalkan padanan Indonesia daripada istilah-istilah asing antara lain di beberapa laman web seperti Facebook dan Twitter.[4]
Ivan mula menulis di Wikipedia bahasa Indonesia sejak tahun 2006 (dia berdaftar dengan nama pengguna "IvanLanin" pada 18 Februari 2006)[5] dengan suntingan pertamanya di WBI pada rencana Pajak.[6][7][8] Sejak saat itulah dia barulah benar-benar memerhatikan bahasa Indonesia.[2] Pada tahun 2007, beliau bergabung dengan Milis Bahtera yang beranggotakan para pemerhati bahasa Indonesia.[4] Pada akhir tahun 2008, Wikimedia Indonesia dibangunkan oleh 19 orang, dua di antaranya adalah Ivan Lanin dan Revo Arka Giri Soekatno.[9][10] Dalam Rapat Umum Anggota pada akhir tahun 2008, beliau terpilih menjadi Pengarah Eksekutif Wikimedia Indonesia.[9] Ivan berundur diri dari kedudukan tersebut pada akhir tahun 2009 kerana kesibukannya.[2] Pada pertengahan tahun 2009, beliau diterima kuliah di Magister Teknologi Maklumat Universiti Indonesia.[2] Pada masa yang hampir sama, beliau pun diterima menjadi penyunting Google berbahasa Indonesia.[2]
Untuk membantu meluaskan pengetahuan mengenai bahasa, Ivan mengembangkan "Kateglo" yang merupakan singkatan dari "kamus", "tesaurus", dan "glosarium".[2] Dia mengembangkan Kateglo bersama rakannya, Romi Hardiyanto yang merupakan penterjemah Firefox ke dalam bahasa Indonesia.[4] Ivan pertama kali mendapat idea membuat Kateglo pada 9 Mei 2009.[2] Dia lalu mencipta struktur pangkalan data Kateglo hanya dalam masa 3 hari. Ivan bertanggungjawab mencipta program, sedangkan Romi melakukan debugging programnya.[2]
Pendidikan
- SMA Negeri 3 Jakarta, 1989 [2][4]
- Teknik Kimia, Institut Teknologi Bandung, 1992[2][4]
- Magister Teknologi Informasi, Universiti Indonesia, 2009 [2][4]
Pekerjaan
Lihat juga
- IvanLanin, akaun milik Ivan Lanin di Wikipedia bahasa Indonesia
Nota
- ^ a b "Finally, next challange on Flickr" (dalam bahasa Inggris). Dicapai pada 2010-06-26.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b c d e f g h i j k l m n Andre M. Mantiri, penyunting (2010). "Ivan Lanin, Bangga Berbahasa Indonesia". CHIP Indonesia (dalam bahasa Indonesia) (ed. 04-2010). m/s. 42-43.
- ^ "Wikipedia Indonesia Terbesar Ketiga di Asia" (dalam bahasa Indonesia). 2007-11-20. Dicapai pada 2010-04-27. Pada rencana ini ditulis bahawa Ivan Lanin merupakan seorang pensyarah ICT.
- ^ a b c d e f "Ivan Lanin: Indonesian language evangelist" (dalam bahasa Inggeris). 2010-01-25. Dicapai pada 2010-04-24.
- ^ "Log pengguna baru pengguna IvanLanin" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2010-04-24.
- ^ "Daftar suntingan IvanLanin di Wikipedia bahasa Indonesia" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2010-04-24.[pautan mati]
- ^ "Kontribusi pengguna IvanLanin" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2011-01-08.
- ^ "Pajak - Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas" (dalam bahasa Indonesia). 2006-02-23. Dicapai pada 2010-04-24.
- ^ a b "Peresmian Wikimedia Indonesia" (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-27. Dicapai pada 2010-04-24.
- ^ "Daftar pendiri Wikimedia Indonesia" (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-12. Dicapai pada 2010-04-24.