Istana Olahraga Gelora Bung Karno | |
---|---|
Istora, Istora Senayan | |
Nama lama | Istana Olahraga Senayan (1969–2001) |
Lokasi | Gelora, Tanah Abang, Jakarta Pusat |
Koordinat | 6°13′13.2″S 106°48′22.5″E / 6.220333°S 106.806250°E |
Pecah tanah | 8 Februari 1960 (seluruh kompleks) |
Dibuka | 21 Mei 1961 |
Diubahsuai | 2016–2018 |
Ditutup | 2016–2018 |
Pemilik | Pemerintah Indonesia |
Pengendali | Pusat Pengelolaan Kompleks Gelora Bung Karno (PPKGBK) |
Permukaan | Kayu |
Papan mata | Seiko |
Kos pembinaan | $12,500,000 (1958, seluruh kompleks) Rp132 bilion (2016–2018)[1] |
Kapasiti | 7,166[2] Sejarah kapasiti
|
Dimensi padang | 50 kali 25 meter (55 kali 27 yd) |
Penyewa | |
Terbuka Indonesia (badminton) |
Istora Gelora Bung Karno (singkatan dari Istana Sukan Gelora Bung Karno, disebut pula Istora Senayan) adalah sebuah stadium sukan tertutup yang terletak di dalam kompleks Gelanggang Sukan Bung Karno di daerah Jakarta, Indonesia. Kapasiti asal Istora adalah 10,000, kemudian selepas diubah suai dan dibuka kembali pada tahun 2018, kapasitinya menjadi 7,166.[3] Arena ini sering menjadi lokasi kejohanan badminton. Acara perdananya adalah Piala Thomas 1961.[4]
Bangunan sukan ini digunakan sebagai kelengkapan prasarana dalam rangka Sukan Asia 1962.[5] Istora dibuka sejak tanggal 21 Mei 1961 sebelum Piala Thomas 1961 yang diadakan di Jakarta.[4] Istora diubah suai untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 2018 dan Sukan Para Asia 2018.[6] Acara pertamanya selepas diubah suai ialah Indonesia Masters 2018. Semasa Sukan Asia 2018, Istora menjadi lokasi perlawanan badminton serta bola keranjang, sementara ketika Sukan Para Asia 2018, arena ini merupakan tuan rumah perlawanan badminton.[7][8][9]
Kegunaan
Selain digunakan dalam Sukan Asia, Sukan Asia Tenggara dan Minggu Sukan Nasional, bangunan sukan ini telah berkali-kali dipilih sebagai arena perlawanan sukan yang memerlukan arena tertutup. Sepanjang sejarah sukan di Indonesia, banyak perlawanan sukan antarabangsa berlangsung di sini sehingga nama Indonesia dapat dikenali di seluruh dunia melalui sukan, antara lain:
Pertandingan sukan terkenal
- Sukan Asia 1962 dan 2018
- Sukan Asia Tenggara 1979, 1987, 1997 dan 2011
- Piala Sudirman 1989
Lihat pula
- Stadium Utama Gelora Bung Karno
- Stadium Madya Gelora Bung Karno
Rujukan
- ^ Diah, Femi (18 Oktober 2017). "Potensi Masalah Setelah Istora Tiba-Tiba Jadi Venue Basket Asian Games 2018". Detik.com. Dicapai pada 10 Disember 2017.
- ^ Ganesha, Amal (23 Januari 2018). "Jokowi Inaugurates Newly Renovated Istora Sports Hall". Jakarta Globe (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Oktober 2018.
- ^ Velarosdela, Rindi Nuris (31 Ogos 2018). "Perubahan pada Kursi Penonton di Istora Senayan demi Asian Games". Kompas.com. Dicapai pada 31 Ogos 2018.
- ^ a b Abdiel, Bagas (18 Januari 2017). "Indonesia Pertahankan Piala Thomas 1961 di Istora Senayan". Okezone.com. Dicapai pada 10 Disember 2017.
- ^ Nailufar, Nibras Nada (10 Julai 2018). Robertus Belarminus (penyunting). "Riwayat Stadion Utama GBK dan Ambisi Soekarno". Kompas.com. Dicapai pada 11 Julai 2018.
- ^ Raya, Mercy (25 Januari 2018). "'Istora Sudah Layak Gelar Asian Games'". detikSport. Dicapai pada 27 Januari 2018.
- ^ Sawitri, Yus Mei (17 Ogos 2018). "Asian Games 2018: Istora Senayan, Surga atau Kuburan bagi Tim Bulutangkis Indonesia?". Liputan6. Dicapai pada 18 Ogos 2018.
- ^ Rida, Muhammad Ivan (30 Ogos 2018). "Asian Games 2018: Hanya Dalam Waktu 46 Jam, Istora Senayan Disulap Jadi Venue Basket". Bola.com. Dicapai pada 31 Ogos 2018.
- ^ Pambudhy, Agung (5 Oktober 2018). "Atlet Asian Para Games Jajal Istora Senayan". detikSport. Dicapai pada 6 Oktober 2018.