Istana | |
---|---|
Nama lama | Government House of Singapore |
Maklumat umum | |
Jenis | Mansion |
Gaya seni bina | Palladian |
Lokasi | Newton |
Alamat | Jalan Orchard, Singapura |
Negara | Singapura |
Koordinat | 1°18′28″N 103°50′35″E / 1.30778°N 103.84306°E |
Penyewa terkini | Presiden Singapura |
Pembinaan bermula | 1867 |
Disiapkan pada | 1869 |
Pemilik | Pemerintah Singapura |
Butiran teknikal | |
Bilangan tingkat | Tiga |
Keluasan tingkat | 0.4 km² |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | John Frederick Adolphus McNair |
Tapak web | |
https://www.istana.gov.sg | |
sunting · sunting di Wikidata |
Istana Singapura merupakan kediaman dan pejabat rasmi Presiden Republik Singapura. Di istana ini, Presiden menerima dan menjamu para tetamu kenegaraan. Dalam kompleks yang sama terdapat Sri Temasek, kediaman dan pejabat rasmi Perdana Menteri Singapura bekerja. Istana merupakan kompleks yang luas dan terbuka di tengah-tengah lingkungan Jalan Orchard yang padat.
Kompleks seluas 0.4 km² ini dahulunya merupakan sebahagian daripada sebuah kawasan pertanian buah pala Mount Sophia. Pada tahun 1867, Pemerintah Jajahan British membeli lahan tersebut dan membangunkan sebuah bangunan besar untuk digunakan sebagai kediaman rasmi Gabenor British. Fungsi tersebut tetap berterusan sehingga tahun 1959 ketika Singapura memperoleh status kedaulatan dan kedudukan gabenor digantikan Yang di-Pertuan Negara, sehingga akhirnya menjadi Presiden Singapura.
Senibina
Senibina Istana ini mempunyai ciri yang sama seperti bangunan-bangunan gaya neo-Palladian lain yang direka bentuk oleh jurutera ketenteraan British di India pada kurun ke-18, di mana tapaknya terhampar seakan rumah Melayu yang dikelilingi tiang-tiang tinggi, beranda yang luas, serta anak-anak tingkap dan pintu-pintu berpanel yang bertujuan memberikan pengudaraan lebih. Sebuah blok menara tiga tingkat yang berketinggian 28 meter "menguasai" bangunan ini. Sayap-sayap sisi bangunan ini bercirikan unsur-unsur Ionik, Dorik serta Corinthian dengan deretan tiang Ionik di tingkat kedua dan deretan tiang Dorik di tingkat pertamanya. Bangunan utama Istana terletak di posisi yang sedikit tinggi menghadap laman-lamannya yang menyerupai taman-taman besar di England.
Bangunan-bangunan yang sedia ada dalam Istana
- Sri Temasek - kediaman rasmi Perdana Menteri, dibina pada tahun 1869 asalnya untuk setiausaha jajahan British.
- "The Annexe".
- "The Istana Villa" (1938).
- Penginapan "The Lodge" (1974).
- Selaras meriam Jepun yang dihadiahkan kepada Lord Louis Mountbatten setelah Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua pada tahun 1945.
- Taman berpaya (1970).
- Sebuah kolam yang diberi nama Kolam Victoria.
- Sebuah padang golf berlubang sembilan.
- Terdapat juga tanah perkuburan Muslim untuk penduduk Bengkulu yang tiba ke Singapura dari 1825 hingga 1828 di kaki bukit berdekatan pintu masuk Orchard Road.
Bacaan lanjut
- Gan, James Wan Meng; Lau, Aileen [T.] (2005), Birds Seen at the Istana, Singapore: Singapore Environment Council, ISBN 978-981-05-2730-3.
- Mysteries of the Istana [videorecording; Hey Singapore, Series 1; first broadcast 25 December 1995], Singapore: Television Corporation of Singapore, 1995.
- Ong, Lay Hong, producer (1996), The Istana: The Jewel of Temasek [videorecording; first broadcast 18 February 1996], Singapore: Television Corporation of Singapore, OCLC 422781304.
- Pantin, Gail (2009), A Day at the Istana, Singapore: Editions Didier Millet, ISBN 978-981-426-024-4.
- Seet, Khiam Keong; Mealin, Peter, photographer (2000), The Istana, Singapore: Times Editions, ISBN 978-981-232-116-9.
- Tan, Wee Kiat [et al.] (2003), Gardens of the Istana, Singapore: National Parks Board, ISBN 978-981-04-9167-3.
- Wong, Tuan Wah [et al.] (2011), Lau, Aileen T. (penyunting), Trees of the Istana: Treasures in the Domain, Singapore: Suntree Media Pte. Ltd. in association with National Parks Board, ISBN 978-981-08-7481-0.
Pautan luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.