Koordinat: 35°41′05.11″N 139°45′08.85″E / 35.6847528°N 139.7524583°E
Istana Maharaja Tokyo atau Tokyo Imperial Palace (皇居 , Kōkyo) adalah kediaman utama Maharaja Jepun. Ia adalah kawasan yang besar yang terletak di Chiyoda, Tokyo berhampiran Stesen Tokyo. Terdapat beberapa bangunan utama termasuk istana (宫殿 , Kyūden), kediaman peribadi keluarga, arkib, muzium dan pejabat pentadbiran.
Ia dibina di atas tapak lama Istana Edo. Luasnya 3,41 kilometer persegi (1.32 sq mi). Semasa kemuncak gelembung hartanah Jepun 1980-an, nilai tanahnya melebihi semua hartanah di California.[1][2]
Sejarah
Istana Edo
Selepas menyerah diri shogun dan pemulihan Meiji, Shogun Tokugawa Yoshinobu dikehendaki mengosongkan premis Istana Edo. Beliau meninggalkan Istana Maharaja Tokyo pada 26 November 1868. Maharaja tiba di Istana Edo dan dibina kediaman baru dan ditukar nama kepada Istana Tōkei (东京城 , Tōkei-jo). Pada masa itu Tokyo juga telah dipanggil sebagai Tōkei.
Kebakaran telah memusnahkan kawasan Honmaru pada 1657. Pada malam 5 Mei 1873, kebakaran Istana Nishinomaru (bekas kediaman shogun). Maka Istana Kyūjō telah dibina di atas tapak itu pada tahun 1888.
Dalam era Meiji, kebanyakan struktur Istana Edo telah musnah. Ada yang diruntuhkan untuk memberi laluan kepada bangunan lain .Sementara yang lain telah dimusnahkan oleh gempa bumi dan kebakaran. Contohnya, jambatan kayu dua (二重桥 , Nijūbashi) telah digantikan dengan jambatan batu dan besi.
Pada tahun 1948, bahagian timur telah ditukar nama kepada Taman Timur (东御苑 , Higashi-Gyoen) dan menjadi sebuah taman awam pada tahun 1968.
Galeri
-
Jambatan Seimon Ishibashi ini merentas parit untuk menuju ke pintu utama
-
It is the privilege of each new ambassador arriving at the palace to hand in his accreditation to the emperor to be picked up from Tokyo Station either in a limousine or the carriage. Although the carriage is not as comfortable as the modern limousine, most choose the carriage.
-
Bangunan Imperial Household Agency, dibina tahun 1930-an, terletak bersebelahan dengan Kyuden
-
Dojo Saineikan untuk pengawal-pengawal
-
Building of the former Privy Council in the East Garden area, one of the few western-style buildings from the pre-war Showa era
-
Music Department of the Board of Ceremonies
-
Musium Imperial Collections, dibina tahun 1990-an
-
Archives and Mausolea Department
-
Palace grounds during Nov 12, 2009 celebration of anniversary of Akihito's ascension to the throne
-
Pandangan dari menara pengawal dan Pintu Timur kepada Istana Maharaja
-
Parit lotus Hasuikebori
-
Pertemuan antara Maharaja Akihito dan bekas Presiden AS George W. Bush
-
Fujimi-yagura (Mt Fuji-view keep), guard building within the inner grounds of the Imperial Palace
-
Kolam di dalam Laman Timur di Istana Maharaja
-
Tōkagakudō (Music Hall)
-
Suwa no chaya teahouse di dalam Taman Ninomaru
-
Pintu hadapan Chōwaden Reception Hall
-
Rujukan
- ^ (Inggeris) Ian Cowie (7 Ogos 2004). "Oriental risks and rewards for optimistic occidentals". The Telegraph. Telegraph Media Group Limited. Dicapai pada 15 Jun 2017.
- ^ (Inggeris) Edward Jay Epstein (17 Februari 2009). "What Was Lost (and Found) in Japan's Lost Decade". Vanity Fair. Condé Nast. Dicapai pada 15 Jun 2017.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.