Istana Louvre | |
---|---|
Palais du Louvre | |
Maklumat umum | |
Jenis | Persemayaman diraja |
Gaya seni bina | Additions of the 13th and 14th centuries: Gothic, Additions of the 16th century: Renaissance, Additions of the 17th and 18th centuries: Louis XIII Style and Baroque, Additions of the 19th century: Neo-Classicism, Neo-Baroque and Napoleon III Style, Additions of the 20th century: Modernism |
Lokasi | Rue de Rivoli, 75001 Paris, Perancis |
Negara | Perancis |
Koordinat | 48°51′39.7″N 2°20′9.19″E |
Penyewa terkini | Muzium Louvre (1793) Musée des Arts Décoratifs, Paris (1905) Académie des Inscriptions et Belles-Lettres (en) (1692–1793) Académie royale de peinture et de sculpture (en) (1692–1793) Ministry of the Economy and Finance (France) (en) |
Pembinaan bermula | 1202 (Istana Louvre), 1546 (Kubu Louvre) |
Disiapkan pada | 1989 (completed by the Louvre Pyramid) |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Pierre Lescot (mul) , Hector-Martin Lefuel (mul) , Louis Le Vau (mul) , Jacques Lemercier (mul) , I. M. Pei |
sunting · sunting di Wikidata |
Istana Louvre (bahasa Perancis: Palais du Louvre) adalah sebuah istana diraja terletak di antara Taman Bunga Tuileries dan gereja Saint-Germain l'Auxerrois di Tebing Kanan sungai Seine pusat kota Paris, Perancis. Pekarangan istana ini dibina dari zaman pertengahan, dan struktur kininya telah berkembang bertahap-tahap sejak abad keenam belas.
Istana ini merupakan tempat persemayaman raja-raja yang memerintah Perancis sehinggalah Raja Louis XIV berpindah ke istana baharunya pada 1682, namun Louvre tetap menjadi tempat bersidang kerajaan rasmi hingga berakhirnya Ancien Régime pada 1789. Sejak itu, istana ini telah merumahkan Musée du Louvre yang termasyhur dan juga pelbagai jabatan kerajaan.
Penamaan
Nama Louvre mula-mula muncul semasa pembinaan kubu pada zaman Raja Philippe II terletak di sebuah kawasan dinamakan Lupara.[1]
Sejarawan Perancis Henri Sauval mengusulkan nama tempat ini muncul daripada perkataan Frank leovar atau leower, lovar atau lower menandakan sebuah tempat berkubu.[2]
Bahagian utama
Kompleks
Istana Louvre masa kini merangkumi banyak sayap dan astaka hasil banyak pembangunan dan pengubahan semula sekitaran selama berabad-abad. Istana ini terletak di tebing kanan Sungai Seine di antara Rue de Rivoli di utara dan Quai François Mitterrand di selatan, Jardin des Tuileries di barat, , Rue de l’Amiral de Coligney (muka hadapan yang termasyhurnya, dicipta oleh Claude Perrault) dan Place du Louvre di timur. Kompleks ini menduduki 40 hektar dan membentuk dua kuadrilateral utama yang memagari dua halaman dalam besar: Cour Carrée (“Halaman Segi Empat Sama”), diselesaikan di bawah Napoleon I, dan Cour Napoleon yang lebih besar dengan Cour du Carrousel di sebelah baranya, dibina di bawah Napoleon III - kedua-dua halaman ini dipisahkan oleh jalan bernama Place du Carrousel
Kompleks Louvre boleh dibahagikan kepada
- Louvre Lama (Louvre médiéval): sebuah kuadrilateral dengan anggaran 160 meter pada satu siir terdiri dari 8 ailes (sayap) yang disempurnakan oleh 8 pavilion - ia memusat kepada binaan istana asal semayaman Raja Philippe II dibina abad ke-12, istana ini diruntuhkan pada 1546 oleh Raja Francis I untuk membina suatu persemayaman lebih besar yang telah ditambahkan oleh hampir setiap raja.
- Louvre Baru (nouveau Louvre): sayap dan astaka menjangkaui dataran lama lebih kurang 500 meter di utara dan selatan terdiri daripada Cour Napoléon dan Cour du Carrousel. Napoléon III menghubungkan Istana Tuileries dengan Louvre pada 1850-an berjaya memenuhi rekaan Grand Dessein “(Rekabentuk Hebat”) yang diidamkan Raja Henri IV pada abad ke-16. Penyempurnaan ini hanya tahan selama beberapa tahun apabila Tuileries terbakar sepenuhnya pada 1882.
Piramid
Suatu binaan piramid keluli bertingkap kaca terdiri merangkumi kawasan bawah tanah Cour Napoléon dan Cour du Carrousel mempunyai pejabat, kedai, ruang pameran, kawasan penyimpanan dan tempat letak kenderaan, auditorium, sebuah depot bas pelancong serta sebuah kafeteria. Ia direka dan dibina I. M. Pei tahun 1989 dalam suatu projek “Louvre Raya” (Grand Louvre) diterajui Presiden François Mitterrand.
Sejarah
Zaman Pertengahan
Benteng
Palais du Louvre terdahulunya dibina sebagai sebuah kubu, dibina pada abad ke-12 oleh raja Philip II Augustus di sepanjang tembok berpagar Bandar pertama untuk mempertahankan sungai aSeine terhadap penyerbu dari utara.[3] Kubu ini mempunyai di pusatnya sebuah menara bersilinder: Donjon, atau Menara Pengawas. (penemuan Arkeologi pada kubu asal kini sebahagian dari pameran Louvre Zaman Pertengahan di sayap Sully dari muzium.)
Benteng Philip Augustus dari 1190 bukan sebuah tempat kediaman tetapi sebuah gudang senjata terdiri dari sebuah kuadrilateral dikelilingi parit (tujuh puluh lapan demi tujuh puluh meter) dengan kubu bulat di tiap sudut, dan di pusat tembok utara dan barat. Menara pertahanan flanked pintu pagar sempit di tembok selatan dan timur. Di pusat kompleks ini terdirinya sebuah menara pengawas, Grosse Tour (lima belas meter pada diameter dan tiga puluh meter tinggi). Dua bangunan bahagian dalam menyempadani tembok luar di bahagian barat dan selatan.[4]
Tempat kediaman diraja
Louvre diperbaharukan secara sering di sepanjang Zaman Pertengahan. Di bawah Louis IX pada pertengahan 1200an, Louvre menjadi rumah kebendaharaan diraja. Istana kota ini tidak lama kemudian memperolehi dwi fungsi: tambahan pada peranan perlindungannya, ia menjadi salah satu tempat kediaman raja dan halaman istana, bersama denganChateau de Vincennes, Hotel Saint-Pol di Le Marais dan Conciergerie dari Ile de la Cité.
Benteng ini diperbesarkan dan dicantikkan pada kurun ke-14 oleh Charles V, membuatnya tempat kediaman diraja terperayaikan di Eropah pada ketika itu. Charles V bermula pembesaran Louvre pada 1358, tetapi kerjanya telah dimusnahkan apabila mulanya Perang Seratus Tahun dan diruntuhkan pada zaman 1500an oleh Raja Francis I, untuk membuat ruang untuk sebuah struktur baru dibina dalam gaya Zaman Pembaharuan.[3]
Zaman Pembaharuan
Bermula pada 1546, selepas pulang dari ketangkapan di Sepanyol, Raja Francis I dari Perancis menugaskan arkitek Pierre Lescot dan tukang seni pahat Jean Goujon untuk mengalihkan menara pengawas dan memodenkan ke dalam sebuah istana gaya Zaman Pembaharuan.[5][6] Lescot telah terdahulunya bekerja di châteaux Loire Valley dan telah digunakan sebagai arkitek projek. Rancangan baru terdiri dari sebuah halaman dalam segi empat sama, dengan sayap utama dipisahkan oleh sebuah tangga berpusat, dan dua sayap bahagian-bahagian mendirikan sebuah tingkat. Lescot menambahkan sebuah siling pada bilik Raja Henry II (Pavillon du Roi) yang berlepas dari gaya beralang, dan memasang Salle des Caryatides, yang mencirikan karyatid ukiran pahat berasaskan kerja Greek dan Rom.[7] Sejarawan seni Anthony Blunt merujukkan pada seni Lescot "sebagai bentuk klasikisme Perancis, mempunyai prinsip tersendirinya dan harmoni tersendirinya.[7]
Kematian Francis I pada 1547, meskipun, mengganggu projek. Arkitek Androuet du Cerceau juga bekerja di Louvre.[8]
Pada 1564 Catherine de' Medici mengarahkan pembinaan sebuah château di barat digelarkan Palais des Tuileries, menghadap Louvre dan kebun-kebun mengeliling.[5] Istana menutup penghujunh barat halaman dalam Lourve. Catherine kemudian mengambil alih pengembalian keseluruhan istana. Arkiteknya Philibert de l'Orme memulakan projek, dan telah digantikan selepas kematiannya pada 1570 oleh Jean Bullant.
Dewan Bourbon dan Selepasnya
Dinasti Bourbons mengambil alih Perancis pada 1589. Sewaktu pemerintahan (1589-1610), Henry IV memulakan "Reka bentuk Mewah baginda" untuk mengalihkan peninggalan benteng zaman pertengahan, untuk menambahkan kawasan Cour Carrée', dan untuk mencipta pautan di antara Palais des Tuileries dan Louvre. Pautan itu telah ditamatkan melalui Grande Galerie oleh arkitek Jacques Androuet de Cerceau dan Louis Métezeau.[9]
Lebih daripada satu suku panjang satu dan seratus kaki lebar, tambahan besar ini dibina di sepanjang tebing sungai Seine; pada waktu penamatannya, ia bangunan terpanjang antara yang sejenisnya di dunia. Henry IV, seorang penggalak seni, menjemput beratusan tukang seni dan tukang ukiran untuk tinggal dan bekerja di tingkat-tingkat bawah bangunan itu. (Tradisi ini berterusan 200 tahun lagi hingga Napoleon III menamatkannya.)
Pada awal zaman 1600an, Louis XIII membakar sayap utara zaman pertengahan Louvre dan menggantikan dengan keterusan sayap Lescot. Arkiteknya, Jacques Lemercier, reka bentuk dan menyelesaikan sayap pada 1639 (berikutnya dikenali sebagai Pavillon de l'Horloge, selepas sebuah jam ditambahkan pada 1857.)[9]
Sayap Richelieu telah juga dibina oleh Louis XIII, bangunan yang pertama kali dibuka ke orang ramai sebagai sebuah muzium pada November 8, 1793 sewaktu Revolusi Perancis.[3] Louis XIII (1610-1643) menamatkan sayap yang kini digelarkan Sayap Denon, yang telah dimulakan oleh Catherine de Medici pada 1560. Hari ini ia telah diperbaharukan, sebagai sebahagian dari Acara Renovasi Grand Louvre.
Louvre di bawah Raja Matahari
Pada 1659, Louis XIV melakukan suatu fasa pembinaan di bawah arkitek Le Vau dan André Le Notre, dan pelukis Charles Le Brun.[9][10] Le Vau mengawasi hiasan Pavillon du Roi, Grand Cabinet du Roi, sebuah galeri baru selari dengan Petite Gallerie, dan sebuah gereja kecil. Le Notre reka bentuk redesigned kebun Tuileries dalam gaya Perancis, yang telah diciptakan pada 1564 oleh Catherine de' Medici dalam gaya Itali; dan hiasan Le Brun pada Galerie d'Apollon. Suatu jawatankuasa arkitek mencadangkan Deretan Tiang Perrault; bangunan besar ini bermula pada 1668 tetapi belum diselesaikan hingga abad ke-19.[9][11]
Karya kemudian
Pada 1806, pembinaan Arc de Triomphe du Carrousel bermula, terletak di antara dua sayap barat, ditugaskan oleh Maharaja Napoleon I untuk memperingati kejayaan ketenteraannya, direkabentuk oleh arkitek Charles Percier, diatasi oleh quadriga dipahat oleh Baron Francois Joseph Bosio, dan diselesaikan pada 1808.
Louvre kemudian ditambah oleh Napoleon III. Sayap baru 1852-1857, oleh arkitek Louis Visconti dan Hector Lefuel, mewakili versi Empayar Kedua Neo-baroque, penuh perincian dan sarat dengan seni pahat.
Pada 1871 Istana Tuileries telah dimusnahkan dalam pergolakan sewaktu ketindasan Paris Commune. Hujung barat halaman dalam Louvre telah dibiar buka sejak Cour d'honneur dibina. Pemanjangan dan penghiasan berterusan Louvre berlanjutan sepanjang 1876.
Grand Louvre dan Piramid
Istana Louvre adalah hampir sebuah struktur yang hampir berbentuk segi empat tepat, terdiri dari Cour Carrée segi empat sama dan dua sayap yang mengelilingi Cour Napoléon di utara dan selatan. Di pusat kompleks adalah Piramid Piramid Louvre, di atasnya pusat pengunjung. Muzium dibahagikan ke tiga sayap: Sayap Sully di timur, yang mengandungi Cour Carrée dan bahagian-bahagian terlama Louvre; Sayap Richelieu di utara; dan Sayap Denon, yang menyempadan Sungai Seine di selatan.
Pada 1983, Presiden Perancis Francois Mitterrand mencadangkan rancangan Grand Louvre untuk merenovasikan bangunan dan memindahkan keluar Kementerian Kewangan, membenarkan paparan di sepanjang bangunan. Arkitek Amerika I. M. Pei telah dianugerahkan projek dan mencadangkan sebuah piramid kaca moden untuk halaman dalam tengah. Piramid dan lobi bawah tanahnya telah dirasmikan pada 15 Oktober 1988. Berkontroversi pada mulanya, ia telah menjadi sebuah mercu tanda gaya seni bina Paris. Fasa kedua rancangan Grand Louvre, La Pyramide Inversée (Piramid Songsang), telah disiapkan pada 1993. Pada 2002, kehadiran pengunjung bertambah dua kali berbanding sebelum pembinaannya.
Catatan
- ^ Bourciez, Jean (1982). Phonétique française. Poitiers: Éditions Klincksieck. m/s. 89.
- ^ Sauval, Henri (1724). Histoire et recherches des antiquités de la ville de Paris (dalam bahasa Perancis). II. m/s. 9 – melalui Les bibliothèques virtuelles humanistes.
- ^ a b c "The Louvre: One for the Ages" (dalam bahasa English). 2008. Dicapai pada 2008-09-29.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "The History of the Louvre: From Chateau to Museum" (dalam bahasa English). 2008. Dicapai pada 2008-09-29.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b Mignot, pp. 34, 35
- ^ Sturdy, p. 42
- ^ a b Blunt, p. 47
- ^ "Palais du Louvre" (dalam bahasa English). 2008. Dicapai pada 2008-09-29.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b c d Mignot, p. 39
- ^ Baedeker, pp. 87-89
- ^ Edwards, p. 198
Rujukan
- Mesqui, Jean (1997). Chateaux-forts et fortifications en France. Paris: Flammarion. m/s. 493 pp. ISBN 2080122711. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - Baedeker, Karl (1891). Paris and Environs: With Routes from London to Paris; Handbook for Travellers. K. Baedeker.
- Blunt, Anthony; Beresford, Richard (1999). Art and architecture in France, 1500-1700. New Haven Connecticut: Yale University Press. ISBN 0-300-07748-3. OCLC 237357512.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Pitt, Leonard. Walks Through Lost Paris: A Journey Into the Heart of Historic Paris. Shoemaker & Hoard. ISBN 978-1-59376-103-5. OCLC 224054099. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Istana Louvre |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Istana Louvre |