Ismail Sani (lahir 15 April 1967) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADN Dusun Tua selama sepenggal (2008-2013).
Ismail Sani | |
|---|---|
| Ahli Dewan Negeri Selangor bagi Dusun Tua | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 22 April 2013 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 1,963 (PRU-12) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 15 April 1967 Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor |
| Parti politik | |
Latar belakang
Ismail lahir di Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor pada 15 April 1967.
Beliau telah berkahwin dan mempunyai 5 anak.
Pendidikan
1974 - 1979 bersekolah di Sekolah Kebangsaan Hulu Langat.
1980 - 1990 di SMK Abdul Jalil Hulu Langat.
1985 - Kolej Pengajian Persediaan JPA.
1985 - 1987 Diploma Pengajian Perniagaan (Associate Degree Indiana University/ITM).
1988 - 1990 Bachelor of Science, Business Administration (University of Missouri, St. Louis USA)
Khidmat masyarakat
Beliau menjadi ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sejak 1998- 2008. Beliau juga Presiden Dewan Perniagaan Melayu Hulu Langat.
Keputusan Pilihan Raya
| Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2013 | Dusun Tua | Ismail Sani | BN (UMNO) | 18,090 | Razaly Hassan | PAS | 22,161 | 4,071 |
| 2008 | Ismail Sani | BN (UMNO) | 13,542 | Mohd Sany Hamzan | PAS | 11,579 | 1,963 |
Pautan luar
- Adun Dusun Tua Diarkibkan 2009-05-10 di Wayback Machine








