Ustaz Haji Ismail bin Haji Mamat (1958-2023) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Teluk Pasu selama dua penggal (1995-2004).
YB Ustaz Haji Ismail bin Haji Mamat | |
---|---|
![]() | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Teluk Pasu | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 16 Mei 1958 Kuala Terengganu, Terengganu |
Meninggal dunia | 1 Mei 2023 (64 tahun) |
Parti politik | ![]() |
Tinggi | 170 cm (5 ka 7 in) |
Anak | 10 |
Pekerjaan | Ahli Politik / Pendakwah Bebas |
Latar Belakang Awal
Ismail bin Mamat dilahirkan pada 16 Mei 1958 di Hospital Kuala Terengganu dan berasal dari Kampung Tanjung Bunut, Manir. Beliau menerima pendidikan di Universiti Al-Azhar, Mesir, di mana beliau memperoleh ijazah dalam bidang Lughah Arabiyyah (Bahasa Arab). Sebelum terlibat dalam politik, beliau bekerja sebagai guru Bahasa Arab di Sekolah Agama Tok Jiring, SMA Sheikh Abdul Malek dan juga pernah mengajar di Sekolah Imtiaz.
Penglibatan dalam Politik
Ismail bin Mamat berkhidmat selama dua penggal sebagai wakil rakyat ADUN Teluk Pasu. Beliau amat dikenali dengan perjuangannya untuk memperjuangkan undang-undang syariah dan menjadikan undang-undang Allah sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia. Beliau turut menggalakkan pemimpin PAS untuk bersederhana dalam kehidupan dan menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dan pemimpin.
Sumbangan dalam Pendidikan Agama
Selain terlibat dalam politik, Ismail bin Mamat juga sangat aktif dalam bidang pendidikan agama dan dakwah. Beliau banyak mengadakan majlis ilmu dan memberi sumbangan kepada masyarakat dengan mendalami dan mengajarkan ilmu-ilmu agama, terutamanya dalam bidang Bahasa Arab, Fiqh, Tafsir Al-Quran, Ilmu asas Fardhu Ain.
Sifat Peribadi dan Penghormatan
Ismail bin Mamat dikenali dengan sifat zuhud, warak, tawaduk, lemah lembut, dan tegas dalam undang-undang Islam. Beliau hidup dengan penuh kesederhanaan dan tidak pernah mengamalkan hutang sepanjang hidupnya. Sebagai seorang pemimpin dan pendakwah, beliau sangat dihormati oleh masyarakat, khususnya dalam kalangan ahli PAS dan masyarakat setempat.
Legasi dan Pengaruh
Ismail bin Mamat terus dikenang dengan legasi dan sumbangannya dalam bidang pendidikan, politik, dan dakwah. Beliau dikenali sebagai seorang yang memperjuangkan nilai-nilai Islam dan memberi banyak pengaruh positif kepada masyarakat sekitarnya.