Iron Man 1 | |
---|---|
Pengarah | Jon Favreau |
Penulis | Lakon layar: Arthur Marcum Matthew Hollaway Mark Fergus Hawk Ostby Buku komik: Stan Lee Larry Lieber Don Heck Jack Kirby |
Dihasilkan oleh | Avi Arad Kevin Feige |
Dibintangi | Robert Downey Jr. Terrence Howard Gwyneth Paltrow Jeff Bridges |
Sinematografi | Matthew Libatique |
Muzik oleh | Ramin Djawadi[3] |
Diedarkan oleh | Paramount Pictures (Negara berbeza) Columbia Pictures (Sepanyol, Jepun) Marvel Studios (jualan seluruh dunia) |
Tarikh tayangan | 30 April 2007[1][2] Amerika Syarikat 2 Mei 2008 |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | $140 juta[4] |
Pecah panggung | $585,174,222[4] |
Iron Man 1 ialah filem berdasarkan watak Marvel Comics Iron Man. Filem ini diarahkan oleh Jon Favreau dan membintangi Robert Downey Jr., Gwyneth Paltrow, Terrence Howard, dan Jeff Bridges. Dijangkakan untuk keluaran pada 2 Mei 2007 dalam Amerika Syarikat, ia ditayangkan di pawagam-pawagam secara serentak di Malaysia pada 30 April 2008[5].
Sinopsis
Tony Stark, pengerusi syarikat senjata Stark Industries, diserang hendap oleh sekumpulan pengganas semasa di Afghanistan selepas demonstrasi senjata terbaru keluaran Stark Industries iaitu Peluru Berpandu Jericho di hadapan pasukan tentera Amerika Syarikat. Semasa dalam tahanan, Stark dengan bantuan Dr. Yinseng merekacipta satu sut perisai keluli lengkap bersenjata serta ditenagai reaktor arka mini bagi membolehkan mereka melarikan diri. Stark berjaya melarikan diri dengan sut itu tetapi Dr. Yinseng terkorban semasa cuba melindungi Stark semasa dia hampir selesai menyempurnakan rekaan sut itu.
Setelah kembali ke Amerika Syarikat, Stark membuat kejutan dengan pengumuman pemberhentian aktiviti membuat senjata tetapi ditentang hebat ahli lembaga pengarah yang lain. Untuk menebus kesilapannya yang menyebabkan senjata tersebut jatuh ke tangan pengganas, dia merekabentuk sut perisai yang lebih sempurna. Dalam satu majlis, Stark dikejutkan dengan gambar-gambar senjata buatan Stark Industries yang dimiliki kumpulan pengganas. Dia juga mendapat tahu bahawa rakan kongsinya, Obadiah Stane, mengkhianati syarikat dengan menjual senjata buatan Stark Industries kepada kumpulan pengganas secara haram.
Seterusnya, Stark menghantar pembantunya yang paling setia iaitu Pepper Potts untuk menggodam sistem maklumat syarikat bagi mengesan sebarang aktiviti penghantaran senjata haram kepada pengganas. Semasa menggodam, Potts mendapati rupa-rupanya Stane memang mengupah kumpulan pengganas tersebut untuk membunuh Stark. Lebih teruk lagi, Stane turut mencuri reka bentuk prototaip sut perisai asal Stark di Afghanistan serta membuat kejuruteraan undur untuk membuat sut versinya sendiri. Dalam klimaks filem tersebut, Stark berlawan dengan Stane di dalam sut perisai masing-masing dan akhirnya berjaya mengalahkan Stane.
Para pelakon
- Robert Downey Jr. sebagai Tony Stark / Iron Man
- Terrence Howard sebagai James "Rhodey" Rhodes
- Gwyneth Paltrow sebagai Virginia "Pepper" Potts
- Jeff Bridges sebagai Obadiah Stane / Iron Monger
- Shaun Toub sebagai Dr. Yinseng
- Leslie Bibb sebagai Christine Everhart
- Bill Smitrovich
- Samuel L. Jackson sebagai Ultimate Nick Fury
- Gerard Sanders sebagai Howard Stark
Sekuel
- Iron Man 2 (2010)
- Iron Man 3 (2013)
Rujukan
- ^ http://www.cinemaonline.com.my/movie/movie.asp?search=ironman
- ^ star-ecentral.com/movies/movie.asp?id=1517
- ^ "Djawadi to Compose the Iron Man Score". SuperHeroHype.com. 2007-10-16. Dicapai pada 2007-10-17. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ a b "Iron Man (2008)". Box Office Mojo. Dicapai pada 2009-07-01.
- ^ http://www.cinemaonline.com.my/movie/movie.asp?search=ironman
Pautan luar
- Laman web utama Diarkibkan 2008-02-15 di Wayback Machine
- title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Teaser trailer di Apple.com
- Tekel 2005
- Iron Man: trailers
- Iron Man di Rotten Tomatoes
- Iron Man Diarkibkan 2008-08-21 di Wayback Machine di MySpace
- title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)