Iqbaal Ramadhan | |
---|---|
![]() Iqbaal Ramadhan pada 2022 | |
Kelahiran | Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan 28 Disember 1999 |
Nama lain | BAALE |
Pusat pendidikan | Universiti Monash |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2010—kini |
Kerjaya muzik | |
Genre |
|
Instrumen | |
Syarikat rakaman |
|
Ahli |
|
Tandatangan | |
![]() |
Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan atau Iqbaal Ramadhan (lahir di Surabaya, 28 Disember 1999; umur 25 tahun) merupakan pelakon dan penyanyi Indonesia. Iqbaal Ramadhan merupakan anggota dari boyband CJR yang dahulunya sebelum 23 Februari 2014 bernama Coboy Junior. Selain berkarya bersama group vocal CJR, secara personal sudah menghasilkan dua mini album iaitu "Songs For SoniQ I" (2013) dan "Songs For SoniQ II" (2014). Komuniti peminat Iqbaal Ramadhan sendiri dikenali dengan sebutan "SoniQ" (Sobatnya Iqbaal). Bersama "SoniQ", Iqbaal Ramadhan sudah menghasilkan 3 mini album "Songs From SoniQ" (2013), "Songs From SoniQ" (2014) dan "Songs From SoniQ" (2015).
Kerjaya
Iqbaal memulakan kerjayanya dengan memainkan watak Trapani dalam drama muzikal Musikal Laskar Pelangi yang dipentaskan pada 2010 hingga 2011. Selepas itu, dia menerima tawaran menjadi model dalam klip video single kumpulan muzik The Rain bertajuk "Bermain dengan Hatiku" dan mendapat watak Rusdi dalam filem skrin besar pertamanya, 5 Elang pada 2011. Iqbaal turut mengeluarkan single pertamanya berjudul "Terima Kasih", yang menjadi lagu tema filem itu. Kemudian, pada tahun yang sama, Iqbaal menyertai kumpulan vokal lelaki Coboy Junior. Kumpulan itu menjalani pertukaran nama kepada CJR pada 2014, sebelum akhirnya dibubarkan pada 2017.
Iqbaal menyertai semula kumpulan muzik lain iaitu The Second Breaktime[1] sebagai vokalis dan gitaris. Iqbaal juga merupakan seorang pemain gitar dan bassis dalam kumpulan muzik yang ditubuhkan pada 2017 iaitu Svmmerdose.
Pada Julai 2017, Iqbaal diumumkan untuk memegang watak Dilan dalam filem adaptasi novel Dilan: Dia adalah Dilanku Tahun 1990. Filem ini bertajuk Dilan 1990 dan telah ditayangkan pada 25 Januari 2018.
Iqbaal meneruskan kerjayanya dalam dunia muzik dengan mengeluarkan projek solo dengan nama BAALE. Untuk menandakan kemunculannya, beliau telah mengeluarkan single bertajuk "Cinta Luka Sempurna, Fortuna, Di Bawah Lampu" pada 19 April 2024.[4]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | 5 Elang | Rusdi | |
2012 | Jakarta Hati | Teman Syailendra | Segmen: Hadiah |
2013 | Coboy Junior the Movie | Iqbaal | |
2014 | Comic 8 | Anak SMP | |
2015 | CJR the Movie: Lawan Rasa Takutmu | Iqbaal | |
2016 | Ada Cinta di SMA | Iqbal Akbar Farabi | |
2018 | Dilan 1990 | Abdul Dilan | |
#TemantapiMenikah | Iqbaal Ramadhan | Tidak dikreditkan | |
2019 | Dilan 1991 | Abdul Dilan | |
Bumi Manusia | R.M. Tirto “Minke” Adhi Soerjo | ||
2020 | Milea: Suara dari Dilan | Abdul Dilan | |
2021 | Ali & Ratu Ratu Queens | Ali Widjanarko | |
2022 | Mencuri Raden Saleh | Piko Subiakto the Forger | |
2023 | Ketika Berhenti di Sini | Piqo | |
2024 | Modal Nekad | Penyapu jalanan | |
2025 | Perayaan Mati Rasa | Ian Antono | Juga penerbit eksekutif |
Monster Pabrik Rambut | Bona |
Lihat pula
Rujukan
- ^ a b c Raafani, Tanri (3 Ogos 2016). "Iqbaal CJR Rilis Single Bersama Band Barunya, The Second Breaktime" [Iqbaal CJR releases the single with his new band, The Second Breaktime]. Kincir.com. Dicapai pada 28 Februari 2025.
- ^ Elmira, Putu (25 April 2016). "Wah, Iqbaal CJR Terobsesi dengan Grup Musik Ini". Bintang. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2018. Dicapai pada 28 Februari 2025.
- ^ Rachman, Yogi (16 Oktober 2018). Supratiwi, Fitri (penyunting). "Iqbaal Ramadhan pilih fokus dengan Svmmerdose". ANTARA News. Dicapai pada 28 Februari 2025.
- ^ Gerald Manuel (23 April 2024). "Iqbaal Ramadhan Lanjutkan Karier Musik dengan Nama BAALE". POP HARI INI (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 28 Februari 2025.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Iqbaal Ramadhan |