Kawasan pilihan raya Perak | |
---|---|
Kawasan pilihan raya diwujudkan | 1955 |
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan | 1959 |
Kali pertama dipertandingkan | 1955 |
Kali terakhir dipertandingkan | 1959 |
Ipoh-Menglembu ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Persekutuan Tanah Melayu. Ia telah diwakili oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 sehinggalah tahun 1959.
Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1955 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.[1][2] Sejak 1955, ahli parlimen untuk kawasan Ipoh-Menglembu ialah Leong Yew Koh dari Parti Persatuan Cina Malaysia yang juga merupakan sebahagian parti gabungan Parti Perikatan.
Sejarah
Kawasan Ipoh-Menglembu telah dihapuskan pada tahun 1959 dan kini ia telah digantikan dengan Ipoh dan Menglembu. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan. Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1955, sebanyak empat calon telah bertanding di kerusi parlimen Ipoh-Menglembu. Mereka ialah Leong Yew Koh dari Parti Perikatan, Loh Ah Kee dari Parti Kebangsaan Perak (NAP), D. R. Seenivasagam dari Parti Progresif Rakyat (PPP) dan W. E. Balasingam dari parti Bebas.[3] Leong Ah Kee telah menang dan telah menewaskan tiga calon lainnya dengan mendapatkan undian sebanyak 7,421.[2]
Sejarah perwakilan
Ahli Parlimen untuk Ipoh-Menglembu | |||||
---|---|---|---|---|---|
Parlimen | Tahun | Ahli | Parti | Undian yang didapatkan | Majoriti |
Kawasan parlimen diciptakan | |||||
Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu | |||||
ke-1 | 1955-1959 | Leong Yew Koh (梁宇皋) | Perikatan (MCA) | 7,421 | 6,438 |
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Ipoh dan Menglembu. |
Keputusan pilihan raya
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
Perikatan | Leong Yew Koh | 7,421 | 76.9 | N/A | |
NAP | Loh Ah Kee | 983 | 10.2 | N/A | |
PPP | D. R. Seenivasagam | 808 | 8.4 | N/A | |
Bebas | W. E. Balasingam | 439 | 4.5 | N/A | |
Jumlah undian sah | 9,651 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | |||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | |||||
Pemilih berdaftar | 11,610 | ||||
Majoriti | 6,438 | ||||
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan. | |||||
Sumber |
Rujukan
- ^ "Parliamentary Democracy system in Malaysia" [Sistem Demokrasi Parlimen di Malaysia]. www.parlimen.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 12 Februari 2021.
- ^ a b c "How To People Voted" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 29 Julai 1955. m/s. 7. Dicapai pada 12 Februari 2021.
- ^ a b "People and Parties in the Pools" [Calon dan Parti dalam Kawasan Pilihan Raya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 16 Jun 1955. m/s. 2. Dicapai pada 12 Februari 2021.
Pautan luar
- "Keputusan Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-24. Dicapai pada 2016-04-29.