Inul Daratista | |
---|---|
Kelahiran | Ainur Rokhimah 21 Januari 1979 |
Warganegara | Indonesia |
Nama lain | Bunda Ratu |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
Tahun aktif | 1990 - kini |
Terkenal kerana | Goyang-gerudi atau Ratu Goyang ‘Ngebor’ di Indonesia |
Pasangan | Adam Suseno (berkahwin 2008) |
Anak-anak | Yusuf Ivander Damares |
Kerjaya muzik | |
Genre | Dangdut |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Blackboard Indonesia / GP Records (2001 - 2008) HP Records / Musica Studio's (2013 - 2014) Maksi Music (2017 - kini) |
Pengkarya berkait | Too Phat |
Ainur Rokhimah atau lebih terkenal sebagai Inul Daratista (lahir 21 Januari 1979) merupakan seorang penyanyi dangdut yang terkenal di Indonesia. Beliau dikenali Ratu Goyang ‘Ngebor’ di Indonesia. Dikenali artis simbol seksi.
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan Adam Suseno pada 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yusuf Ivander Damares.
Bantahan
Pelbagai pihak membantah tarian gelek gerudi oleh Inul. Pada 22 Mei 2010, Datuk Hamisa Samat dari Wanita UMNO Kalabakan membantah konsert Inul pada 29 Mei 2010 di Kompleks Sukan Tawau. Inul didakwa menyumbang kepada keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Demonstrasi bantahan juga diadakan di Masjid Al-Khauthar.[1]
Rujukan
Pautan luar
- "Hips Don't Lie: A pop singer and a potentially violent culture war in the world's biggest Muslim state.", "The Wall Street Journal", April 3, 2007