Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
Intramuros ( bahasa Latin "di dalam tembok") merupakan sebuah kawasan bersejarah yang terletak di ibu negara Filipina, iaitu bandar raya Manila. Kawasan bersejarah yang seluas 0.67-kilometer-persegi (0.26 bt2) ini dikelilingi tembok yang dibina semasa zaman penjajahan Sepanyol pada abad ke-16. Kawasan ini kini ditadbir oleh Pentadbiran Intramuros dengan bantuan majlis bandar raya Manila. [1]
Sejak awal zaman penjajahan Sepanyol, Intramuros, termasuk sistem kubu dan benteng pertahanan yang melindunginya, dianggap sebagai seluruh Kota Manila. Pekan dan penempatan lain yang terletak di luar sistem benteng pertahanan itu pula dipanggil extramuros, yakni "di luar tembok" [2] [3] dalam Bahasa Latin. Penempatan-penempatan luar bandar yang panggil arrabales ini sekian lama ditadbir secara berasingan daripada Intramuros. Penggabunggan pekan-pekan ini ke dalam bandar raya Manila hanya mula berlaku pada awal abad ke-20. Dari penubuhan kota tersebut pada tahun 1571 hingga 1865, kediaman rasmi gabenor jeneral bagi wilayah Kapten Jeneral Filipina (sebuah wilayah komponen Empayar Sepanyol) terletak di Intramuros. Hal ini bermaksud selama tiga abad, Intramuros menjadi sinonim dengan pusat pentadbiran tanah jajahan Sepanyol tersebut. Selain itu, Majlis Diraja Manila turut terletak di Intramuros. Majlis Diraja Manila yang berfungsi sebagai mahkamah agung wilayah Filipina pula terus berfungsi sehingga tahun 1898, tahunya apabila tercetus Revolusi Filipina yang menamatkan penjajahan Sepanyol di Filipina.
Kota bertembok itu juga dijadikan pusat keagamaan dan pendidikan Hindia Timur Sepanyol. Kampus asal universiti terawal di Asia, iaitu Universiti Santo Tomas (dipindah pada tahun 1927) dan Ateneo de Manila (dipindah pada tahun 1932), terletak di Intramuros. Hari ini masih terdapat beberapa pusat pembelajaran tinggi yang terletak di Intramuros, antaranya termasuk Universiti Bandar Raya Manila, Colegio de San Juan de Letran, Universiti Mapua, Kolej Latihan Kelautan Filipina, Colegio de Santa Rosa, dan Sekolah Tinggi Manila. [4] Ekonomi wilayah tersebut juga berpusat di Intramuros. Geliung Manila yang membawa barang dagangan Asia ke Acapulco, Mexico berpusat di pelabuhan yang sekarang terletaknya Plaza Mexico, Intramuros.
Rujukan
- ^ "Presidential Decree No. 1616, s. 1979". Official Gazette of the Republic of the Philippines. Dicapai pada July 12, 2017.
- ^ Journal of American Folklore, Volumes 17-18. United States: American Folklore Society. 1904. m/s. 283. ISBN 1248746058. Dicapai pada 2012-08-12.
- ^ O'Connell, Daniel (1908). Manila, the Pearl of the Orient. Manila Merchants' Association. m/s. 20. ISBN 0217014798. Dicapai pada 2012-08-12.
- ^ "SCHOOLS - INTRAMUROS JOURNEY". discoverintramuros.weebly.com. Dicapai pada June 18, 2020.