Abjad Fonetik Antarabangsa | |
---|---|
Jenis tulisan | Alfabet
– cirian separa |
Tempoh masa | 1888 sehingga kini |
Bahasa-bahasa | Digunakan untuk tujuan transkripsi fonetik dan fonemik untuk sebarang bahasa pertuturan |
Tulisan berkaitan | |
Sistem tulisan induk | |
Unikod | |
Lihat Abjad Fonetik Antarabangsa § Notes | |
Abjad Fonetik Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Phonetic Alphabet ; singkatan: IPA)[1] atau singkatannya AFA[2] merupakan satu sistem tatatanda fonetik yang berasaskan tulisan Rumi. Ia telah direka oleh Persatuan Fonetik Antarabangsa pada akhir abad ke-19 sebagai perwakilan bertulis yang piawai untuk bunyi-bunyi pertuturan.[3] Sistem tatatanda ini digunakan oleh ahli leksikografi, pelajar dan guru bahasa asing, ahli linguistik, ahli patologi pertuturan bahasa, penyanyi, pelakon, pencipta bahasa buatan, dan penterjemah.[4][5]
AFA direka untuk mewakili unsur-unsur pertuturan yang merupakan sebahagian daripada bunyi-bunyi leksikal (serta prosodi) dalam bahasa pertuturan, yang terdiri daripada: fon, intonasi, dan pemisahan suku kata.[3] Untuk mewakili unsur-unsur pertuturan tambahan seperti bunyi kertak gigi, bunyi lispa, serta bunyi-bunyi yang dibuat menggunakan sumbing lelangit, sebuah set simbol lanjutan juga digunakan.[4]
Sesuatu segmen ditranskripsi menggunakan satu atau lebih simbol AFA yang terdiri daripada dua unsur asas iaitu huruf dan diakritik. Contohnya dalam bahasa Inggeris, bunyi digraf ⟨ch⟩ mungkin ditranskripsi dalam AFA menggunakan satu huruf iaitu [c] atau dengan berbilang huruf dengan tambahan diakritik iaitu [t̠̺͡ʃʰ], bergantung pada setepat mana transkripsi ini diingini oleh seseorang itu. Tanda garis miring digunakan untuk menanda transkripsi fonemik; makanya /tʃ/ adalah lebih bersifat samar berbanding sama ada [t̠̺͡ʃʰ] atau [c] dan boleh merujuk pada salah satu transkripsi fonetik itu, bergantung pada konteks dan bahasa.[nota 1]
Seiring dengan perkembangan bidang fonetik, huruf atau diakritik pada carta rasmi AFA akan ditambah, dialih keluar atau diubah suai oleh Persatuan Fonetik Antarabangsa. Setakat perubahan terbaharu pada tahun 2005,[6] terdapat 107 huruf bersegmen, sebilangan besar huruf suprasegmen yang tidak terhad, 44 diakritik (tanpa mengira komposit), dan empat tanda prosodi tambahan ekstraleksikal dalam AFA. Semua ini telah ditunjukkan pada carta AFA semasa, disiarkan pada rencana ini serta di laman sesawang rasmi Persatuan Fonetik Antarabangsa.[7]
Sejarah
Perkembangan AFA bermula pada tahun 1886, apabila sekumpulan guru bahasa dari Perancis dan United Kingdom yang diketuai pakar bahasa dari Perancis bernama Paul Passy, memebentuk satu pertubuhan yang bakal digelar Persatuan Fonetik Antarabangsa. Tujuan asal pertubuhan ini adalah untuk mereka satu set aksara fonetik berbeza bagi setiap bahasa, yang mana sesuatu aksara itu melambangkan bunyi yang berlainan antara satu bahasa dengan satu bahasa lain.[8] Contohnya, bunyi /ʃ/ (sy dalam syarat; sh dalam shoe) asalnya diwakili huruf <c> dalam bahasa Inggeris manakala bunyi sama diwakili huruf <x> dalam bahasa Perancis.[9] Meskipun begitu, atas sebab tertentu persatuan ini kemudian memutus untuk memastikan setiap satu daripada huruf-huruf ini sama bagi setiap bunyi dalam semua bahasa, iaitu jika sesuatu bunyi itu terdapat dalam beberapa bahasa tertentu, maka lambang yang sama patut dipakai untuk bunyi tersebut dalam semua bahasa. Lambang ini juga boleh diaplikasi pada bunyi-bunyi yang amat serupa.[10] Versi rasmi pertama AFA dikeluarkan pada tahun 1888, dua tahun setelah pembentukan Persatuan Fonetik Antarabangsa,[11] berdasarkan huruf Romik ciptaan Henry Sweet,[12][13] yang turut dibentuk daripada Phonotypic Alphabet ciptaan bersama Isaac Pitman dan Alexander John Ellis.[14]
Sejak penciptannya, penyusunan huruf vokal dan konsonan kebanyakannya dikekalkan bentuknya. Namun, huruf-huruf ini sendiri telah mengalami sediki pengubahsuaian. Konvensyen Kiel IPA yang dilangsungkan pada tahun 1989 banyak membawa perubahan pada versi 1932. Satu pengubahsuaian kecil dilakukan pada tahun 1993, melibatkan penambahan vokal tengah-tengah[15] serta penanggalan simbol bagi bunyi implosif tanpa suara.[16] Kali terakhir IPA diubah suai adalah pada bulan Mei 2005, yang mana aksara bagi kibasan bibir-gigi ditambah.[17]
Penerangan
Prinsip umum IPA adalah untuk menyediakan satu huruf untuk setiap bunyi yang tersendiri (segmen ucapan).[18] Ini bermakna bahawa:
- Ia biasanya tidak menggunakan gabungan huruf untuk mewakili bunyi tunggal, seperti cara bahasa Inggeris menggunakan ⟨sh⟩, ⟨th⟩ and ⟨ng⟩, atau huruf tunggal untuk mewakili berbilang bunyi, cara ⟨x⟩ mewakili /ks/ atau /ɡz/ dalam Bahasa Inggeris.
- Tiada huruf yang mempunyai nilai bunyi bergantung konteks, cara ⟨c⟩ dan ⟨g⟩ dalam beberapa bahasa Eropah mempunyai sebutan "keras" atau "lembut".
- IPA biasanya tidak mempunyai huruf berasingan untuk dua bunyi jika tiada bahasa yang diketahui membezakannya, sifat yang dikenali sebagai "selektif". Walau bagaimanapun, jika sejumlah besar huruf yang berbeza secara fonemik boleh diterbitkan dengan diakritik, itu boleh digunakan sebaliknya.[15]
Abjad AFA
Konsonan
Konsonan pulmonik
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Konsonan bukan pulmonik
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Konsonan artikulasi serentak
Vokal
| ||||||||||||||||||||||||||||||||
Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi
Terdapat dua jenis tanda kurung utama yang digunakan untuk membatas transkripsi AFA:
Simbol | Kegunaan |
---|---|
[ ... ] | Tanda kurung siku digunakan untuk tatatanda fonetik dan menunjukkan sebutan tepat dan sebenar.[19] Perincian sebutan mungkin dimasukkan walaupun ia tidak diperlukan untuk membezakan perkataan daripada perkataan lain. Tatatanda fonetik begini ialah tujuan utama AFA. |
/ ... / | Garis miring digunakan untuk tatatanda fonemik abstrak,[19] menunjukkan hanya bunyi-bunyi penting sahaja dalam sesuatu bahasa tanpa memberikan maklumat sebutan yang sangat terperinci. Contohnya, walaupun sebutan sebenar untuk kedua-dua huruf "i" pada perkataan "itik" itu berbeza (dan perbezaan ini mungkin bermakna pada sesetengah bahasa lain), perbezaan tersebut tidak bermakna dalam bahasa Melayu. Maka dari segi fonemik, kedua-dua huruf "i" itu biasanya ditranskripsikan sama sahaja iaitu /i/, dan perkataan "itik" ditranskripsikan sebagai /i.tiʔ/. Untuk menangkap perbezaan antara dua huruf yang sama itu (iaitu kelainan bebas untuk /i/), mereka boleh ditranskripsikan secara fonetik sebagai [i] ("i" pertama) dan [ɪ] ("i" kedua), hasilnya transkripsi fonetik untuk "itik" akan menjadi [i.tɪʔ]. Tatatanda fonemik biasanya menggunakan simbol-simbol AFA yang agak dekat dengan sebutan lalai sesuatu fonem, tetapi untuk tujuan pembacaan jelas selalunya akan menggunakan huruf yang ringkas dan kerap digunakan berbanding tatatanda tepat, contohnya /c, ɟ/ untuk bunyi [tʃ, dʒ] dalam bahasa Melayu. |
Tanda kurung berikut mempunyai penggunaan yang kurang biasa:
Simbol | Penggunaan |
---|---|
{ ... } | Tanda kurung dakap digunakan untuk tatatanda prosodi.[20] |
( ... ) | Tanda kurung biasa digunakan untuk kata-kata yang sukar untuk dibezakan[19] atau sukar untuk dikenal pasti. Tanda ini juga digunakan untuk artikulasi senyap (pergerakan mulut tanpa suara),[21] yang melibatkan transkripsi fonetik diterbit melalui pembacaan gerakan bibir, dan tiga tanda noktah digunakan untuk menunjukkan jeda senyap, contohnya (…) atau (2 saat). Penggunaan yang terkemudian telah pun rasmi pada extIPA, dengan segmen tidak dapat dikenal pasti akan dibulatkan.[22] |
⸨ ... ⸩ | Tanda kurung biasa berganda digunakan sama ada untuk transkripsi sebutan yang samar-samar atau penerangan terhadap bunyi yang samar-samar. AFA menetapkan bahawa tanda ini digunakan untuk menandakan suara samar,[20] contoh seperti ⸨2σ⸩ yang menandakan dua suku kata yang boleh didengari dikaburkan oleh suara lain. Huraian extIPA terkini menetapkan tanda kurung biasa berganda untuk bunyi hingar tambahan, seperti ⸨batuk⸩ atau ⸨ketuk⸩ untuk ketukan pintu, namun buku panduan AFA menyetarakan penggunaan pada AFA dan extIPA.[23] Penerbitan extIPA awal menjelaskan bahasa tanda kurung biasa berganda merupakan penanda untuk "ketidakpastian yang berpunca daripada hingaran yang mengganggu bunyi rakaman", dan di dalam bunyi rakaman tersebut "boleh menunjukkan seberapa banyak butiran yang dapat dikesan oleh ahli transkripsi rakaman itu".[24] |
Nota kaki
- ^ Tanda sempang bawah ⟨t̠̺͡ʃʰ⟩ menspesifikkan bunyi itu sebagai belakang gusi (yang disebut sedikit ke belakang daripada batas gusi), tanda siku melintang terbalik menspesifikkan bunyi itu sebagai bunyi hujung lidah, dan tanda superskrip h menunjukkan yang ia dihembuskan. Kedua-dua unsur tersebut menyebabkan /tʃ/ dalam bahasa Inggeris kedengaran berbeza dengan /tʃ/ dalam bahasa Itali dan bahasa Sepanyol, yang merupakan laminal (disebut dengan menggunakan daun lidah) dan tidak dihembuskan [t̠̻͡ʃ]. Maka, [t̠̺͡ʃʰ] dan [t̠̻͡ʃ] merupakan dua bunyi berbeza tetapi seakan.
Rujukan
- ^ Laver, John (1994). Principles of Phonetics. New York: Cambridge University Press. m/s. 561. ISBN 0-521-45031-4 (hb); ISBN 0-521-45655-X (pb).
Singkatan ‘IPA’ secara rasminya merujuk…kepada ‘Persatuan Fonetik Antarabangsa’. Namun begitu, kini makin kerap penggunaannya untuk merujuk kepada aksara ini (dari frasa ‘International Phonetic Alphabet’).
- ^ "Terjemahan IPA". DBP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-06-08. Dicapai pada 2023-06-08.
Terjemahan rasmi dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia untuk singkatan "IPA" dalam bahasa Melayu ialah "AFA".
- ^ a b International Phonetic Association 1999
- ^ a b MacMahon, Michael K. C. (1996). "Phonetic Notation". Dalam Daniels, P. T.; Bright, W. (penyunting). The World's Writing Systems. New York: Oxford University Press. m/s. 821–846. ISBN 0-19-507993-0.
- ^ Wall, Joan (1989). International Phonetic Alphabet for Singers: A Manual for English and Foreign Language Diction. Pst. ISBN 1-877761-50-8.
- ^ "IPA: Alphabet". UCL Division of Psychology and Language Sciences. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2012. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "Full IPA Chart". International Phonetic Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 February 2017. Dicapai pada 24 April 2017.
- ^ International Phonetic Association (1999, 195-196)
- ^ International Phonetic Association (1999, 196)
- ^ International Phonetic Association (1999, 196)
- ^ Passy, Paul (1888). "Our revised alphabet". The Phonetic Teacher: 57–60.
- ^ Sweet, Henry (1880–1881). "Sound notation". Transactions of the Philological Society: 177–235.
- ^ Sweet, Henry (1971). Henderson, Eugénie J. A. (ed.) (penyunting). The indispensable foundation: A selection from the writings of Henry Sweet. Language and language learning. 28. London: Oxford University Press.CS1 maint: extra text: editors list (link)
- ^ Kelly, John (1981). "The 1847 alphabet: An episode of phonotypy". Dalam R. E. Asher and E. J. A. Henderson (eds.) (penyunting). Towards a history of phonetics. Edinburgh: Edinburgh University Press. ISBN 0-85224-374-X.CS1 maint: extra text: editors list (link)
- ^ a b MacMahon, Michael K. C. (1996). "Phonetic Notation". Dalam P. T. Daniels and W. Bright (eds.) (penyunting). The World’s Writing Systems. New York: Oxford University Press. m/s. 821–846. ISBN 0-19-507993-0.CS1 maint: extra text: editors list (link)
- ^ Pullum, Geoffrey K. (1996). Phonetic Symbol Guide. University of Chicago Press. m/s. 152 & 209. ISBN 0-226-68535-7. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Nicolaidis, Katerina (2005). "Approval of New IPA Sound: The Labiodental Flap". International Phonetic Association. Dicapai pada 2006-09-17. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ "From its earliest days [...] the International Phonetic Association has aimed to provide 'a separate sign for each distinctive sound; that is, for each sound which, being used instead of another, in the same language, can change the meaning of a word'." (International Phonetic Association, Handbook, p. 27)
- ^ a b c International Phonetic Association 1999, halaman 175
- ^ a b International Phonetic Association 1999, halaman 176
- ^ International Phonetic Association 1999, halaman 191
- ^ International Phonetic Association 1999, halaman 188, 192
- ^ International Phonetic Association 1999, halaman 176, 192
- ^ Duckworth, Martin; Allen, George; Hardcastle, William; Ball, Martin (1990). "Extensions to the International Phonetic Alphabet for the transcription of atypical speech". Clinical Linguistics & Phonetics. 4 (4): 278. doi:10.3109/02699209008985489. ISSN 0269-9206.