| Fail:International Baseball Federation logo.svg | |
| Kerangka | |
|---|---|
| Kependekan | IBAF |
| Jenis/bentuk sah | Persekutuan sukan antarabangsa |
| Tujuan | Badan induk sukan |
| Keanggotaan | 124 buah persekutuan |
| Bahasa rasmi | Inggeris, Sepanyol |
| Tapak web | www.IBAF.org |
| Sejarah | |
| Pengganti | Konfederasi Besbol Sofbol Dunia |
| Dibentuk | 1938 |
| Dibubarkan | 2013 |
| Pengurusan | |
| Presiden | Riccardo Fraccari |
| Organisasi induk | WBSC |
| Lokasi | |
| Ibu pejabat | Lausanne, Switzerland |
| Lokasi |
|
| Koordinat | 46°31′N 6°37′E |
| Kawasan perkhidmatan | Sedunia |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Persekutuan Besbol Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Baseball Federation, atau disingkatkan kepada IBAF) merupakan badan induk antarabangsa bagi sukan besbol sebelum ini. Ia kini telah digantikan oleh Konfederasi Sofbol Besbol Dunia (World Baseball Softball Confederation, WBSC) dan kini wujud sebagai bahagian besbol di bawah WBSC. Antara tahun 1944 hingga 1975, organisasi ini dikenali dengan nama dalam bahasa Sepanyol iaitu Federación Internacional de Béisbol Amateur (FIBA).
Sebelum penubuhan WBSC, IBAF merupakan satu-satunya entiti yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebagai pihak yang mengawasi sukan besbol di peringkat global. IBAF juga diberi tanggungjawab untuk menganjur dan mempromosikan kejohanan antarabangsa utama, seperti Piala Dunia Besbol (Baseball World Cup, dahulunya dikenali sebagai Amateur World Series), dan Piala Antara Benua (Intercontinental Cup). Pada tahun 2006, IBAF turut bekerjasama dengan Major League Baseball (MLB) dalam penganjuran kejohanan sulung World Baseball Classic (WBC).
Salah satu tanggungjawab utama sebagai bahagian di bawah naungan WBSC adalah untuk menganjurkan, menyelaras dan meluluskan pertandingan antarabangsa menggunakan nama WBSC. Ia berfungsi bersama 124 badan induk kebangsaan besbol melalui pelbagai kejohanan bagi menentukan juara dunia serta mengira kedudukan dunia (world rankings) bagi besbol lelaki dan wanita. Pejabatnya terletak di ibu pejabat WBSC di Lausanne, Switzerland — yang juga dikenali sebagai Ibu Kota Olimpik.
Penganjuran antarabangsa
Persekutuan Besbol Antarabangsa telah menganjurkan kejohanan-kejohanan dunia berikut sebelum penggabungan dengan WBSC:
- WBSC Premier 12
- World Baseball Classic
- Piala Dunia Besbol Wanita IBAF
- Piala Dunia Besbol IBAF 23U (dahulu 21U)
- Piala Dunia Besbol IBAF 18U
- Piala Dunia Besbol IBAF 15U (dahulu 16U)
- Piala Dunia Besbol IBAF 12U
Struktur organisasi
IBAF terdiri daripada lima konfederasi benua yang kini mewakili sejumlah 127 persekutuan kebangsaan sebagai ahli.
- IBAF Afrika: Persatuan Sofbol & Besbol Afrika (ABSA) - 24 buah negara anggota
- IBAF Oceania: Konfederasi Besbol Oceania (BCO) - 14 buah negara anggota
- IBAF Asia: Persekutuan Besbol Asia (BFA) - 24 buah negara anggota
- IBAF Eropah: Konfederasi Besbol Eropah (Perancis: Confédération Européenne de Baseball) (CEB) - 38 buah negara anggota
- IBAF Amerika: Konfederasi Besbol Seluruh Amerika (Sepanyol: Confederación Panamericana de Béisbol) (COPABE) - 27 buah negara anggota
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Persekutuan Besbol Antarabangsa |
- International Baseball Federation – official website (archived)









