Kerangka | |
---|---|
Kependekan | IAU |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan sains, pertubuhan antarabangsa |
Anggota bagi | Majlis Sains Antarabangsa, Jawatankuasa mengenai Penyelidikan Angkasa, Majlis Sains Antarabangsa |
Bahasa rasmi | Bahasa Perancis, bahasa Inggeris |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 1919 |
Pengasas | Benjamin Baillaud |
Pengurusan | |
Pengerusi | Debra Elmegreen |
Setiausaha agung | Teresa Lago |
Subsidiari | Kumpulan Kerja Kesatuan Astronomi Antarabangsa mengenai Nama Bintang |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Paris |
Lokasi | |
Koordinat | 48°50′5.24″N 2°20′6.86″E / 48.8347889°N 2.3352389°E |
Kawasan perkhidmatan | Bumi |
sunting · sunting di Wikidata |
Kesatuan Astronomi Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Astronomical Union , disingkatkan kepada IAU, Perancis: L’union astronomique internationale , disingkatkan kepada UAI) adalah satu kesatuan yang terdiri daripada ahli astronomi profesional yang mempunyai ijazah Ph.D. dan ke atas, bergiat di dalam penyelidikan dan pendidikan profesional di dalam bidang astronomi.[1]Ia diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh ahli-ahli astronomi/falak sebagai satu badan astronomi rasmi yang berwibawa untuk menamakan bintang-bintang, planet-planet, asteroid-asteroid, dan jasad-jasad cakrawala dan fenomena-fenomena berkaitan. Ia juga merupakan ahli kepada Majlis Sains Antarabangsa (ICSU).
Kumpulan-kumpulan kerja termasuklah Kumpulan Kerja Untuk Tatanama Sistem Planet (WGPSN), yang mengekalkan Persetujuan Penamaan Astronomi dan tatanama planet bagi jasad-jasad planet. IAU juga bertanggungjawab kepada sistem Telegram Astronomi yang dihasilkan dan diagih-agihkan bagi pihaknya oleh Pusat Biro Telegram Astronomi. Pusat Planet Minor (MPC), satu cara pembersihan bagi semua jasad bukan planet atau bukan jasad bukan bulan di dalam sistem solar, juga beroperasi di bawah IAU.
Latar belakang
Pertubuhan ini didirikan pada 1919,sebagai penggabungan sejumlah projek internasional termasuk Carte du Ciel, Persatuan Matahari dan Biro Waktu Antarabangsa (Bureau International de l'Heure); ia pada mulanya dianggotai oleh Amerika Syarikat, Belgium, Jepun, Kanada, Perancis, United Kingdom dan Yunani, sebelum disusuli oleh Itali dan Mexico.
Keanggotaan
Pertubuhan ini termasuk sebanyak 12,664 ahli individu dari 96 buah negara anggota seluruh dunia;[2] 83% daripada merupakan lelaki manakala 17% yang selebihnya perempuan.
Ia turut dianggotai 79 ahli peringkat kebangsaan yakni masyarakat pakar astronomi mewakili hubungan negara masing-masing dengan IAU, termasuk Akademi Sains Australia, Pertubuhan Astronomi China, Akademi Sains Perancis, Akademi Sains Negara India, Akademi Negara Amerika Syarikat, Yayasan Penyelidikan Negara Afrika Selatan, Majlis Penyelidikan Teknikal dan Saintifik Negara Argentina, KACST (Saudi Arabia), Majlis Balai Cerap Jerman, Pertubuhan Astronomi Diraja di United Kingdom, Pertubuhan Astronomi Diraja New Zealand, Akademi Sains Diraja Sweden, Akademi Sains Rusia dan Majlis Sains Jepun antara lainnya.
Perhimpunan Am merupakan badan mentadbir pertubuhan ini yang dianggotai semua ahli; ia menentukan dasar-dasar serta mengesahkan statut dan undang-undang kecil pertubuhan ini serta melantik beberapa jawatankuasa berkaitan.
Kepimpinan
Senarai presiden (berdasarkan sumber yang ada):[3][4]
|
|
|
Lihat juga
Rujukan
- Statut IAU, VII: Perhimpunan Agung, ss. 13-15
- ^ Tentang IAU [1]
- ^ Seperti pada 1 Februari 2017, IAU.org
- ^ "Past Executive Committee". International Astronomical Union. Dicapai pada 18 September 2018.
- ^ Колчинский И. Г., Корсунь А. А., Родригес М. Г. (1977). Астрономы. Биографический справочник (dalam bahasa Russian). Киев: Наукова Думка.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: unrecognized language (link)