Interleukin 6 (IL-6) ialah interleukin yang bertindak sebagai sitokin proradang serta miokin antiradang. Molekul ini dikodkan oleh gen IL6 dalam badan manusia.[4]
Di samping itu, osteoblas merembeskan IL-6 untuk merangsang pembentukan osteoklas. Sel otot licin dalam tunika media pada banyak saluran darah juga menghasilkan IL-6 sebagai sitokin proradang. Peranan IL-6 sebagai miokin antiradang dikawal atur melalui kesan perencatannya terhadap TNF-α dan IL-1, serta pengaktifan IL-1ra dan IL-10.
Terdapat beberapa bukti awal bahawa IL-6 boleh digunakan sebagai penanda keradangan untuk jangkitan COVID-19 yang teruk dengan prognosis yang buruk, dalam konteks pandemik koronavirus yang lebih luas.[5]
Superkeluarga protein
Interleukin ialah ahli utama superkeluarga IL-6 (Pfam PF00489) yang turut merangkumi G-CSF, IL23A dan CLCF1. Versi virus IL6 ditemui dalam herpesvirus berkaitan sarkoma Kaposi.[6]
Rujukan
- ^ a b c GRCh38: Ensembl release 89: ENSG00000136244 - Ensembl, May 2017
- ^ "Human PubMed Reference:". National Center for Biotechnology Information, U.S. National Library of Medicine.
- ^ "Mouse PubMed Reference:". National Center for Biotechnology Information, U.S. National Library of Medicine.
- ^ "Regional localization of the interferon-beta 2/B-cell stimulatory factor 2/hepatocyte stimulating factor gene to human chromosome 7p15-p21". Genomics. 2 (3): 203–208. April 1988. doi:10.1016/0888-7543(88)90003-1. PMID 3294161.
- ^ "Raised troponin and interleukin-6 levels are associated with a poor prognosis in COVID-19". Cardiac Rhythm News. 2 April 2020.
- ^ "HHV-8-encoded viral IL-6 collaborates with mouse IL-6 in the development of multicentric Castleman disease in mice". Blood. 119 (22): 5173–5181. May 2012. doi:10.1182/blood-2011-09-377705. PMC 3370672. PMID 22490805. Unknown parameter
|displayauthors=
ignored (bantuan)